BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
sudahkah isteri pejuang Islam berpakaian sunnah?
Friday, November 2, 2007

Seruan untuk umat kembali kepada al Qur'an dan al-Sunnah semakin mendapat tempat di hati umat Islam. ia bukan sahaja dilaungkan oleh para ilmuwan Islam bahkan umat daripada segenap lapisan masyarakat dan pendidikan telah bangkit berganding bahu mengkumandangkan seruan mulia ini. Bagi setengah pihak yang terlibat secara lansung dengan gerakan politik kepartian, mereka tentu memfokuskan keperluan kembali kepada al Qur'an dan al-Sunnah dari sudut pentadbiran negara. Golongan yang terlibat dengan gerakan membersihkan umat daripada ibadah yang bid`ah menumpukanperbahasan mereka pada tata cara beribadah yang tidak bertepatan dengan sunnah Rasulillah. Namun, sat kegelinciran yang saya perhatikan pada pendokon-pendokong seruan mulia ini ialah; adakah isteri-isteri mereka berpakaian menurut al Qur'an dan al-Sunnah? Adakah pakaian wara' wanita muslimah menjadi hiasan diri isteri-isteri mereka terutama di zaman yang menyaksikan betapa wanita menjadi fitnah yang besar terhadap manusia?

Seruan saya: mulakanlah seruan agung ini daripada orang yang sangat hampir dengan dirimu wahai pejuang!
posted by admin @ 1:37 AM   0 comments
Apabila Hadis Ternyata Sahih Bolehkah Terus Beramal?
Thursday, November 1, 2007
"Apabila hadis tersebut sahih maka ia adalah mazhabku (peganganku)". Ungkapan ini sangat masyhur dinukilkan daripada tokoh-tokoh Fuqaha antara mereka Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali.
Ungkapan ini pula selalu dijadikan hujah oleh beberapa pengkaji fiqh terkemudian untuk mengenepikan pandangan-pandangan fiqh tokoh-tokoh Fuqaha ini apabila ternyata bagi mereka pendapat tokoh-tokoh ini kononnya bercanggah dengan hadis yang sahih. Bagi mereka apabila didapati sesebuah hadis itu sahih dan makna hadis pula jelas bercanggah dengan fatwa tokoh-tokoh ini, maka pandangan tokoh-tokoh ini perlu diketepikan dan perlu diamalkan hokum yang difahami daripa hadis yang sahih tersebut.

Kenyataan di atas nampaknya sangat mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Tapi adakah praktik sebenarnya semudah itu? Inilah persoalan yang perlu digarap dengan lebih hati-hati oleh pengkaji fiqh terkemudian. Keterlanjuran dalam mempraktikkan kefahaman ini mendorong pengkaji terkemudian memperkecilkan hokum yang dirumuskan oleh tokoh-tokoh ini dengan hujah ;"ia bercanggah dengan hadis!!"

Sebenarnya ungkapan di atas adalah pegangan bagi seluruh umat islam yang menyebut kalimah Laailahaillallah dan beramal dengannya. Begitu juga para fuqaha terdahulu. Tak ada seorang pun yang menolak kenyataan ini. Sekiranya ada ilmuan islam yang menolaknya ia pasti tidak layak untuk digolongkan di kalangan ulama Islam. Ini kerana rujukan bagi setiap umat yang beriman ialah al-Qur'an dan al-Hadis yang sahih. Segala hokum-hakam adalah dirumus daripada kedua-dua sumber hokum ini. Tanpa merujuk kepada dua sumber ini, tak ada hokum yang boleh dinisbahkan kepada Islam.

Namun persoalan yang perlu dibahas ialah: Adakah kesahihan sesebuah hadis sudah cukup untuk dijadikan hujah untuk beramal dengan maksudnya? Inilah perincian yang perlu difahami. Kesahihan sesebuah hadis hanyalah peringkat pertama dalam usaha merumuskan hokum. Sejurus setelah itu menyusul pula kaedah-kaedah yang banyak untuk memahami maksud teks hadis. Kaedah-kaedah ini dipanggil "usul". Hasilan kefahaman daripada teks hadis dengan menggunakan "usul" tersebut dipanggil sebagai "fiqh". Justeru "usul tersebut dipanggil "usul fiqh".
Mereka yang ingin merumuskan hokum daripada teks hadis tersebut perlu mempunyai kefahaman yang mendalam tentang "usul fiqh" atau kaedah dan tatacara memahami teks hadis ini.
Keadaan ini meletakkan hanya orang yang berkelayakan sahaja berhak untuk merumuskan hokum-hukum tersebut. Bukannya orang awam yang hanya tahu sepatah dua perkataan Arab, atau memahami sebuah dua hadis yang sahih atau hanya membaca dua tiga buah kitab fiqh.
Sangat malang sekali umat akhir zaman yang hanya sejengkal ilmunya, tiba-tiba dengan mudah berkata: pandangan tokoh fuqaha ini bercanggah dengan hadis!!! Ada yang sangat mudah menobatkan dirinya berkelayakan untuk "mentarjih" antara pandangan fuqaha dengan hujah: "saya merujuk kepada dalil al-Qur'an dan hadis yang sahih!!"
Adakah dirinya berkelayakan untuk memahami "fiqh" daripada dalil-dalil tersebut?Adakah dirinya telah mendalami sebenar-benar maksud hadis dengan kaedah yang cermat?
Inilah yang mendorong para fuqaha silam selepas zaman tokoh-tokoh besar mazhab lebih berhati-hati dalam merumuskan satu pandangan hokum yang berbeza dengan kefahaman tokoh mazhab mereka.
Ibn `Uyaynah seorang tokoh hadis berkata: "hadis adalah tempat yang menyesatkan melainkan bagi fuqaha (orang-orang yang memahami secara mendalam).Maksudnya –menurut al-Qayrawani-: orang lain daripada mereka barangkali memahami maknanya secara zahir sedangkan ia mempunyai takwilan daripada hadis lain atau dalil yang tersembunyi atau hadis tersebut ditinggalkan kerana ia dituntut untuk ditinggalkan oleh bukan satu perkara sahaja, yang mana ia semua tidak dapat dilakukan melainkan oleh seorang yang meluas pengetahuannya dan faqih (memahami secara mendalam. (Ibn Abi Zayd al-Qayrawani, al-Jami`, sunt Muhammad Abu al-Ajfan, hlm. 118, 1402, t.tmp )
Berkata pula Abu Muhammad `Abdullah bin Wahab (salah seorang murid Imam Malik) dan Imam Layth bin Sa`ad: "Hadis adalah tempat yang menyesatkan melainkan bagi ulama (orang-orang berilmu). (Qadi `Iyad, Tartib al-Madarik, juz 1, hlm 96, 1989, Maktabah al-Hayah).
Imam Nawawi menghuraikan ungkapan Imam Syafie di atas dengan katanya: "Ia tidak bermaksud bahawa setiap orang yang melihat satu hadis sahih lalu berkata: "ini adalah mazhab Syafie" dan beramal dengan zahirnya. Tetapi ini adalah bagi orang yang mempunyai martabat ijtihad dalam mazhab. Syaratnya ialah berat sangkaannya bahawa Imam Syafie tidak menemui hadis ini atau tidak mengetahui kesahihannya. Ini hanya dapat diketahui setelah mengkaji tulisan-tulisan Syafie keseluruhannya dan seumpamanya juga tulisan-tulisan Ashab Syafie yang mengambil daripadanya dan seumpamanya. Syarat ini sangat sukar lagi sedikit yang bersifat dengannya.Syarat ini kami syaratkan kerana Imam Syafie meninggalkan beramal dengan zahir hadis-hadis yang banyak yang beliau telah lihat dan mengetahuinya tetapi tertegak dalil baginya tertang pertikaian terhadap hadis atau nasakhnya (pembatalannya) atau pengkhususannya atau takwilannya atau seumpamanya " (al-Majmu`, juz 1, hlm. 104).
posted by admin @ 1:25 AM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri