BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
apa cita-cita adik bila besar??
Friday, December 7, 2007
Soalan yang biasa ditanya kepada anak-anak kecil : apa cita-cita bila besar nanti? Atau bila besar nak jadi apa? Bila anak-anak ini buntu, tak tahu menjawab, orang dewasa yang bertanya akan membuat pencerahan; nak jadi doktor ke, peguam ke, cikgu ke…lalu anak-anak akan menjawab mengikut rentak pencerahan tersebut.
Persoalannya kenapa ruang cita-cita dilihat dari sudut kerjaya semata-mata? Nak jadi doctor, jurutera, peguam, ini adalah cita-cita melibatkan kerjaya…melibatkan keselesaan hidup pada masa depan…adakah kerjaya adalah segala-galanya dalam kehidupan?
Bagi saya cita-cita yang dibentuk berdasarkan kerjaya adalah hasil jiwa kebendaan yang telah merajai pemikiran manusia hari ini, lalu ia diresapkan pula dalam pemikiran anak-anak sedari usia awal pendidikan. Maka lahirlah masyarakat pelajar yang hanya belajar untuk mendapatkan sijil. Sijil pula untuk mendapatkan pekerjaan. Mendapat segulung ijazah menjadi kemuncak cita-cita seorang pelajar. Seterusnya, mendapat satu kerjaya yang menjamin masa depan di dunia menjadi satu cita-cita. Seterusnya, mencapai keselesaan hidup menjadi satu cita-cita. Seterusnya apa lagi?
Bagaimana dengan Islam? Sepatutnya cita-cita si anak kecil ialah untuk hidup demi islam, memperjuangkan agama Allah. Apa pun kerjayanya selepas ini ia hanyalah kerjaya untuk mendapat sesuap nasi dan sedikit keselesaan hidup. Ia tidak salah, malah dituntut. Tapi bukannya dituntut sebagai satu matlamat. Ia hanyalah alat. Hidup bukan untuk makan, tapi makan untuk hidup…
Hiduplah untuk islam! Hiduplah untuk perjuangan agama Allah di posisi mana pun anda berada! Wakafkanlah masa, tenaga, harta anda demi untuk memastikan Islam sentiasa menjadi milik manusia…
Sistem pendidikan kita telah melahirkan masyarakat yang hidup untuk makan. Kesannya untuk mendapat sesuap makanan mereka sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan meskipun haram…jangan ditanya halal dan haram pekerjaan, yang penting boleh makan….
Kemana perginya pengakuan kita dalam solat:
إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Rabb seluruh alam.
SEKADAR PERINGATAN…….
posted by admin @ 7:07 PM   1 comments
slot di TV 9 Jumaat ni
Thursday, December 6, 2007
Pagi Jumaat ini saya dijemput oleh TV 9 untuk slot rancangan tentang rawatan islam terhadap pesakit mental. sesiapa yang ada maklumat ilmu untuk tambahan maklumat dialu-alukan email kepada saya attakiri@ukm.my
posted by admin @ 10:35 AM   0 comments
Memahami Fiqh Salaf
Perkataan fiqh bermaksud kefahaman mendalam. Istilah fiqh dalam beberapa ayat al-0Qur’an dan Hadis merujuk kepada kefahaman mendalam terhadap persoalan-persoalan agama. Seterusnya ia menjadi satu istilah merujuk kepada kefahaman mendalam terhadap hokum-hakam.

Perkataan salaf bermaksud orang yang awal. Istilah salaf pula merujuk kepada 3 generasi awal Islam iaitu generasi sahabat, generasi tabi`in dan generasi tabi` tabi`in. Ia dipetik daripada hadis sahih yang menjelaskan tentang kelebihan tiga generasi ini yang dipuji oleh Nabi sebagai sebaik-baik generasi. Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik manusia ialah manusia kurunku, seterusnya mereka yang dating selepas mereka, seterusnya mereka yang datang selepas mereka.

Kajian fiqh Islam telah bermula di zaman salaf. Perbezaan pandangan dalam kajian fiqh juga telah berlaku seawal zaman salaf. Justeru fiqh khilaf merupakan salah satu daripada ciri fiqh salaf.

Kelahiran mazhab-mazhab besar juga berlaku di zaman salaf kerana tokoh-tokoh pengasas mazhab iatu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal hidup di era zaman salaf.

Kewujudan pelbagai mazhab fiqh iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali berlaku kerana perbezaan dalam menentukan kaedah pengeluaran hokum atau fiqh daripada al-Qur’an dan Sunnah antara mazhab-mazhab yang dipelopori oleh tokoh besar di zaman salaf iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas, Imam Muhammad bin Idris al-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Justeru fiqh mazhab dan kaedah istinbat setiap mazhab merupakan sebahagian daripada fiqh salaf.

Tokoh-tokoh fuqaha selepas zaman salaf yang menasabkan diri kepada mazhab-mazhab fiqh di zaman salaf ini hanya bertindak untuk mengembangkan lagi fiqh mazhab dengan berpandukan kaedah istinbat yang telah digariskan oleh setiap tokoh mazhab. Keterikatan mereka dengan kaedah istinbat tokoh fuqaha salaf ini menjadikan pandangan fiqh yang dihasilkan oleh mereka juga adalah fiqh salaf.

posted by admin @ 10:19 AM   0 comments
live di RTM 1, selasa 4 dis 8 pagi-Bicara Islam
Tuesday, December 4, 2007
malam ni tak tidur menyiapkan kertas kerja bertajuk bid`ah dan khilaf untuk pembentangan di Mersing anjuran Jabatan Agama Islam Johor pada hari Rabu ini. pukul 8 nanti pula dijemput untuk slot bicara islam di TV i secara live. tajuk : sabar menghadapi musibah....tajuk ni dah pernah saya bincang 4 tahun dulu juga di RTM 1, jadi tak perlu prepare banyak
posted by admin @ 5:48 AM   1 comments
jemputan berforum
ruangan forum baru sahaja disiapkan oleh Ust Azlan, adik saya yang banyak membantu menyediakan template blog ini. Terima kasih kepada ust Azlan. sahabat-sahabat dijemput berforum
posted by admin @ 5:44 AM   0 comments
barakah perlindungan islam...ceramah untuk agent takaful ikhlas
Ceramah saya bertajuk Barakah Perlindungan Kewangan Islam untuk agen-agen Takaful Ikhlas petang tadi dengan kehadiran pegawai-pegawai tinggi mereka di Hotel Saujana Subang nampaknya mendapat respon baik daripada audien. Ramai yang mengucapkan tahniah seusai ceramah tersebut. Saya dijemput pula oleh vice president Takaful Ikhlas untuk menyampaikan tajuk yang sama dalam pertemuan mereka di Johor Bharu sabtu ini. Insyallah saya tunaikan. Topik ini saya ulas bukan dari landasan saya sebagai agent Takaful atau orang yang terlibat dengan mana-mana insuranTakaful, tetapi daripada kesedaran untuk sama-sama menobatkan satu usaha murni iaitu "menyelamatkan umat Islam di Malaysia khususnya daripada keterlibatan dengan insyuran riba yang disytiharkan perang oleh Alah dan RasulNya. Agen-agen mesti bertindak sebagai pendakwah untuk misi yang besar ini.
Tapi satu kebimbangan saya, saya lontarkan kebimbangan itu dalam ceramah tadi secara tersirat....saya bimbang di kala agent-agent takaful yang bersemangat mempromosikan insyuran dan skim perlindungan Islam, atau dengan kata lain promosi perlindungan kewangan Islam...mereka sebenarnya terlibat dengan sistem kewangan riba menerusi kad kredit cara riba yang digunakan untuk mengisi minyak, membeli makanan di stesyen minyak, membeli baju dan pakaian...malah kereta yang dinaiki juga dibeli dengan cara pinjaman riba alias konvesional...kalau terjadi...alangkah malangnya......dan kesian.....harap-harap tak ada audien saya tadi yang demikian
posted by admin @ 3:59 AM   1 comments
amanah dakwah telah terlaksana?
Monday, December 3, 2007
Menyampaikan dakwah merupakan kesinambungan tugas para Anbiya’. Allah menjelaskan tentang Rasulullah saw dalam surah al-Jum`ah ayat 2:
هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته و يزكيهم ويعلمهم الكتاب و الحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضلال مبين
Maksudnya: “Dialah (Allah) yang mengutuskan di kalangan orang-orang yang ummi seorang rasul di kalangan mereka yang membacakan ke atas mereka ayat-ayatNya (/tanda-tanda kekuasaanNya), membrsihkan diri mereka dan mengjar mereka al-Kitab dan al-hikmah meskipun mereka sebelumnya benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.”
Tugas Rasul ialah menjelaskan kekuasaan Allah, mendidik jiwa manusia dan mengajar kandungan al-Qur’an dan menjelaskannya dengan lidah baginda (hadis).
Justeru, dakwah adalah tugas mulia.Ia bermula dengan pencarian ilmu oleh para pendakwah sebagai persiapan serta bekalan untuk menjalankan tugas yang tidak mudah ini.

Namun, amat malang sekali apabila lapangan ilmu Islam hanya menjadi satu bidang mata pencarian. Apabila ilmu telah terhasil ia tidak dikembangkan kepada masyarakat sebagai satu usaha dakwah. Sesetengah orang yang dikurniakan ilmu agama hanya berpuashati dengan jawatan dan tugasnya yang diperolehi hasil sijil agama yang dimiliki. Selesai tugas rasmi di sekolah, universiti atau pejabat maka berakhirlah baginya tugas “dakwahnya”. Bagi mereka “saya telah berdakwah”. Benarkah? Lebih malang ada yang sinis dengan kecergasan rakan berdakwah di luar lingkungan tugas rasmi bergaji!!!!
posted by admin @ 9:56 AM   0 comments
Apakah Yang dimaksudkan dengan Ungkapan “Fadha’il A`mal “ dalam Ungkapan “Hadis Lemah boleh diamalkan dalam “Fadha’il A’mal”?
Saturday, December 1, 2007

Ungkapan “hadis lemah boleh diamalkan dalam “Fadha’il A`mal” sangat masyhur dinukilkan daripada tokoh-tokoh hadis dan fiqh. Perbahasan tentang HUKUM BERAMAL dengan hadis lemah dalam fadha’il a`mal selalu dibincang oleh para pengkaji hadis dan fiqh hadis. Tulisan ini bukan ingin membahaskan perbezaan pendapat ulama dalam isu ini, tetapi focus tulisan ialah maksud ungkapan “fadha’il a`mal. Adakah ia bermaksud “kelebihan-kelebihan amalan”? Atau bermaksud “amalan-amalan yang digalakkan / amalan-amalan sunat? Atau kedua-duanya sekali?

Jika ia bermaksud “kelebihan-kelebihan amalan” maka ia bererti bahawa hadis yang lemah boleh dipakai untuk menjelaskan lagi kelebihan bagi amalan-amalan yang telah sabit galakkannya atau telah sabit hokum sunatnya berdasarkan hadis yang sahih.

Jika ia bermaksud “amalan-amalan yang sunat” maka ia bererti bahawa hadis yang lemah boleh diamalkan dalam menentukan hokum sunat sesuatu amalan.

Tulisan dan praktik beberapa tokoh fiqh menunjukkan bahawa mereka merujuk kepada maksud pertama dan kedua sekaligus. Ini dapat dilihat dalam tulisan Ibn al-Humam dalam Fath al-Qadir: “Hukum sunat sabit dengan hadis yang lemah yang bukannya palsu.” (hlm 7-8, Cetakan Bulaq 1315)

Fuqaha mazhab Syafie menghukumkan makruh menggunakan air musyammas dan sunat meninggalkannya dengan berhujah dengan hadis daripada `Aisyah yang lemah. Nawawi menyebut dalam al-Azkar: “sepertimana tersebut hadis lemah menjelaskan makruhnya beberapa jual-beli dan pernikahan, maka yang sunat ialah membebaskan diri daripadanya.” (al-Azkar, hlm. 7-8, cetakan Mustafa al-Halabi 1371)

Justeru itu juga ulama yang mengharuskan beramal dengan hadis lemah meletakkan tiga syarat salah satunya ialah: ia termasuk di bawah lingkungan sumber yang telah diamalkan (يندرج تحت أصل معمول به).

Oleh itu maksud ungkapan para ulama yang mengharuskan beramal dengan hadis lemah dalam menentukan”FADHA’IL A`MAL” ialah “sekiranya tidak sabit sunatnya sesuatu amalan atau harusnya sesuatu amalan SECARA KHUSUS dengan HADIS YANG SAHIH, sedangkan dalam masa yang sama terdapat hadis lemah yang tidak terlalu lemah, MAKA HOKUM SUNATNYA ATAU KEHARUSANNYA ADALAH SABIT, dengan syarat ia termasuk di bawah SATU SUMBER SYAR`IE YANG UMUM dan juga tidak bercanggah dengan SUMBER-SUMBER syara’ dan dalil-dalil yang sahih.

posted by admin @ 1:33 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri