BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
SAMBUTAN MAULID RASUL KETIKA POKET RAKYAT DINODAI - UST NAZMI NIK DIN
Wednesday, January 15, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL  KETIKA POKET RAKYAT DINODAI

Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah melakarkan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah ummat Islam. Terutama sekali setiap tahun apabila tibanya bulan Rabiul Awwal maka seluruh ummat Islam sedunia bersama bagi mengingati saat kelahiran Nabi Muhammad SAW. Rasul yang bertuah, putera kepada Abdullah dan Siti Aminah. Lahir pada Tahun Gajah di bumi Mekah sebagai perubah kepada dunia yang kelam dalam kegelapan jahiliah. Kelahiran dan kebangkitan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi lagi rasul akhir zaman telah membawa sinar kebahagiaan kepada ummat yang selama ini ditindas dan bermusuhan antara satu sama lain, di mana yang kuat memerintah, yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah.

Seperti tahun-tahun sebelum ini,  kos kehidupan rakyat Malaysia terus meningkat bermula dari sekecil-kecil barangan keperluan manusia sehinggalah kepada keperluan-keperluan besar yang lain. Tarif itu naik dan barang ini naik ! Namun pernahkah kita bertanya, APA ERTI AKU MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ketikamana kita seolah-olah masih meredhai kezaliman yang  terus mencengkam kehidupan rakyat Malaysia pada hari ini. Adakah sikap tidak prihatin ini disukai oleh rasulullah s.a.w kiranya baginda masih hidup?

Cukai-cukai semakin menggila melepaskan amarahnya kepada rakyat jelata namun pada kali ini ianya bergerak menodai poket rakyat jelata diatas nama suntikan ekonomi dan penyelarasan subsidi ! Ketahui apa yang berlaku ini adalah kerana manusia meninggalkan ajaran dan perundanfan Allah s.w.t.

Perundangan terletak pada pandangan nafsu bukannya wahyu sehingga dunia menjadi bercelaru kehilangan pedoman dan ketiadaan sistem yang mampu dijadikan tempat rujukan untuk berlindung.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam semakin terpancar dengan penghapusan  apa saja bentuk penindasan terhadap apa sahaja hak hak asasi manusia yang dinodai.

Rasulullah s.a.w juga turut membawa satu mesej yang jelas kepada seluruh alam apabila rasulullah s.a.w memerangi penyakit semangat kebangsaan sempit yang merosakkan keadilan sesama manusia. Ianya bersesuaian dengan pengutusan Nabi Muhammad SAW itu sendiri sebagai rasul pembawa seruan Islam untuk semua bangsa bukannya dikhususkan kepada sesuatu bangsa semesti sahaja sebagaimana para nabi sebelum ini.

Ketahuilah umat Islam di negara ini hanya akan menjadi kuat dan dikurniakan izzah bilamana kita berpadu di atas nama Islam dan bukannya atas nama perkauman sempit yang dikeji oleh rasulullah s.a.w.

Kekuatan Islam dapat dilihat dengan jelas apabila umatnya bersatu dalam satu aqidah, mengadap ke arah satu Ka’abah, mengguna pakai seluruh sistem berdasarkan satu al-Quran kalimah Allah.

Manakala kelemahan umat Islam dapat dilihat juga dengan jelas apabila aqidah umat Islam dipecah-belahkan dengan meniggalkan ajaran Islam yang sebenar  sehingga ramai yang mengambil ideologi ciptaan kuffar sebagai pedoman hidup serta ramai di kalangan umat Islam menyuburkan kembali semangat kebangsaan yang sempit juga menyebabkan jurang pemisah mula timbul kembali setelah dihapuskan oleh Rasulullah SAW.

Disamping itu ummat Islam hanya menggunakan al-Quran sebagai bahan bacaan semata-mata sedangkan segala sistem dan tutur cara yang terkandung dalam al-Quran yakni turut melibatkan masalah pemerintahan, perundangan, ekonomi, kemasyarakatan  terus diabaikan dan ada juga menerima pakainya tetapi dalam bab yang berkenan di hati sahaja. Inilah antara penyakit teramat bahaya yang timbul dalam masyarakat Islam sehingga mereka dihinakan oleh Allah SWT dengan pelbagai penyakit termasuk peperangan.

Menyedari tentang bahayanya perpecahan di kalangan umat Islam yang menyebabkan kita terus ditawan serta dijajah, maka kita wajib kembali bersatu atas dasar Islam sebagaimana yang telah dilakukan dengan gahnya oleh Rasulullah SAW.

Sempena menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal ini maka seluruh ummat Islam bukan sahaja menyebut tentang kemuliaan dan kehebatan yang ada pada diri Rasulullah SAW, tetapi mesti bertindak segera dalam mengikuti segala yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW kita dalam mengembalikan semula kegemilangan dan kemuliaan ummat Islam.

Biarlah perasaan gembira yang kita gambarkan dan hamparkan dalam mengadakan sebarang majlis Maulidurrasul sama keadaannya antara perasaan pada zahir dan batin bukannya pada zahir sahaja kita begitu gembira menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW sedangkan pada batinnnya umat Islam sedang menangis hiba akibat dijajah oleh musuh  dalam segenap penjuru kehidupan mereka akibat kesilapan dan kesalahan mereka sendiri.

Firman Allah SWT dalam ayat 39 surah at-Taubah :

إلا تنفروا يعذبكم عذابا أليما ويستبدل قوما غيركم ولاتضروه شيئا والله على كل شىء قدير

“Jika kamu tidak turut serta berangkat untuk berperang nescaya Allah akan menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantikan kamu dengan suatu kaum yang lain dan kamu tidak dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Yakinlah kita bahawa dengan Islam sahaja maka kita mampu meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jadikanlah diri kita sebagai pejuang agama Allah SWT bukan penentang dan peruntuh Islam.

Ingatlah bahawa kita bukan orang pertama dan terakhir yang memperjuangkan Islam sebaliknya kita ialah rantaian kepada perjuangan ummat terdahulu dan akan datang. Ingatlah juga bahawa kita bukan orang yang memulakan perjuangan Islam sebaliknya kita adalah penerus dan penyambung kepada tugas yang telah dilakukan oleh para nabi dan rasul serta pejuang Islam sebelum ini.

Jangan diungkit tentang keletihan dalam perjuangan kerana ianya adalah lumrah, ketahuilah bahawa golongan yang mentang perjuangan kita jauh lebih letih dan penat menentang pejuang Islam kerana mereka berjuang untuk mendapat habuan dunia berupa takhta dan harta yang semuanya berbentuk sementara, bukan selama-lamanya. Yakinlah kepada janji pertolongan dan kemenangan daripada Allah SWT. Islam akan subur tatkala jahiliah semakin hancur, Islam akan menang ketika rangkaian mula keletihan, Islam akan berdiri gagah ketika penyokong jahiliah semakin lemah, Islam akan kembali merajai dunia ketika jahiliah tersungkur jatuh penuh hina.

Wallahua’lam.

~RAHMAT UNTUK SEMUA ~

NAZMI NIK DIN
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan

posted by admin @ 1:52 PM   0 comments
Perbezaan Pandangan Ulamak Tentang Tarikh Kelahiran Rasulullah SAW

إن من أكبر نعم الله سبحانه وتعالى وأعظم امتنانه على البشرية قدوم النبي الكريم صلى الله عليه وسلمفي العالم وبعثته لهدايته . ويوم ولادته أزهرالأيام التي طلعت عليها الشمس , وهو يوم الخلاص للإنسانية من العنف والوحشة والذعر والفوضى والظلم والتعدي , وهذه الساعة السعيدة قدلاحت للباحث عن درة التوحيد مبيضة السحرللحصول على الأمنية الكريمة.
إن شخصية الرسول الكريم صلى الله عليه وسلمالعظيمة الشريفة قدنورت عالم الظلمة والضلالة بالنورالتام , وعلمت الدنيا المبادئ التوجيهية للأمن والسلام والثقافة الصحيحة والأخلاق الكريمة , ورفعت الإنسانيةمن الثرى إلى الثريا. ومن كان خبيراً في ازدحام الأفكار الباطلة والمتورطين في لعائن الشرك وعبادة الأوثان من العرب بأن المولود من بطن السيدة آمنة بنت عبدالمطلب سيكون أفضل الناس وسراجاً منيراً للعالم كله ؟ فبهذاالسبب الأساسي لم يحتفظ بالتاريخ الصحيح ميلاده , واختلف جمع من العلماء في تعيينه . 
والضروري من الذكر هنا بأن العناية بيوم ولادته صلى الله عليه وسلم من الأمور التي لم يشرعها الله سبحانه وتعالى ولارسوله صلى الله عليه وسلمولم يهتم به الصحابة رضي الله عنهم , فالتحاق التضجروالاحتيار بالعلماءالمحققين بهذاالموضوع أمربديهي . وقد جاءت روايات عديدة مختلفة تتناقض بعضها مع بعض في تعيين التاريخ الذي ولد فيه رسول الله صلى الله عليه وسلم .
أسباب تناقض الروايات في ميلاده
إن أسباب تناقض الروايات في الميلاد واختلافها عديدة نذكرأهمها بغاية من الإيجاز :
الأول : إن من أهم أسباب تناقض الروايات هو الثقة على الروايات الضعيفة والموضوعة وغيرها .
الثاني : شوب الروايات الواهية بالروايات التاريخية التي تسببت تناقض تاريخ القرن الأول وماقبلها .
الثالث : لم يهتم النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه رضي الله عـنهم بهذااليوم ولم يعينوه فلم ينقل إليناالتعيين :
الرابع : من آفة المؤرخين دون المحدثين ضعف التفحص وقلة التمحيص فيذكرون ما ينقل إليهم من غيراعتبار الروايات صحة إو ضعفاً .
الخامس : في البداية كانت الشهور والسنون تقدر بواقعة خاصة ذات أهمية كبيرة أو معروفة لدى الناس , فالتقدير مع مرورالسنين مشكل جداً وخاصة تزدادالمشاكل إذالم تكن الواقعة الموحلة إليها معينة أو تكون تخمينية .
السادس : من أكبرالتعقيدات في تعيين التاريخ الصحيح إعدادالرواة للأيام المذكورة بين الفيل والميلاد , فمنهم من قال : " بين الفيل والميلاد خمسون يوما" ومنهم من قال:" خمس وخمسون" وقيل :" أربعون " وقيل:"شهر"
السابع : قدترسم الملامح على تعيين التاريخ زيادة الشهور القمرية ونقصها , لأن بعض شهورهايحتوي على تسع وعشرين يوماً وبعضهاالآخر على الثلاثين .
الروايات الواردة في الميلاد 
والآن نحن في هذه العجالة نلقي نظرة خاطفة على الروايات المختلفة في ميلاد النبي صلى الله عليه وسلم ونسعى بتقديم الروايات كلهاعنه , ولانبالي أن نقول : إن تساقط بعض الروايات أوبعض الدلائل من العناصراللازمة للبحث والتحقيق , وإن سلسلة البحث والتحقيق تستمرفي كل العصور فتفتح خبايا جديدة لشتى المسائل : 
(1) جاءت رواية تقول بأن الرسول صلى الله عليه وسلم ولد في اليوم الأول من شهرربيع الأول : ذكره محمد بن محمد بن منهد ( م 855هـ ) بلاأصل (راجع : اتحاف الورى صــ 47) .
(2) وقبل : ولد لليلتين خلتا من ربيع الأول : ذكره ابن سعد( الطبقات الكبرى1/101)وابن سيدالناس (عيون الأثر1/79 بصيغة التمريض) وابن كثيرعن ابن عبدالبر(البداية 2/260) واليعقوبي (تاريخه 2/7) وابن الجوزي (المنتظم2/245) والزرقاني عن المغلطائي (شرح المواهب1/131) نسبه ابن عبدالبر إلى الجمهور , وفي إسناده أبومعشرنجيح المدني وقدضعفه جمع من العلماء كأبي داؤدوالدارقطني.(راجع :تهذيب التهذيب10/419 رقم758) . 
(3) وقيل : ولد لثمان خلت من ربيع الأول: ذكره ابن عبدالبر في الاستيعاب (1/31) وابن سيدالناس عن الخوارزمي (عيون الأثر1/81) ونقل ابن عبدالبرعن أصحاب التاريخ أنهم صححوه ورجحه الحافظ أبوالخطاب بن دحية في كتابه 
" التنوير في مولد البشيرالنذير" وذكرابن حجر الهيثمي إجماع أهل التاريخ عليه (شرحه على متن الهمزية صــ 26) وقدحدده المسعودي م 346 هـ (روح الذهب 1/562) وقد إدعى القسطلاني بأنه قول أكثرأهل الحديث (المواهب اللدنية 1/140-141) وقدذكراليعقوبي يوم الثلاثاءمع ثمان من ربيع الأول (تاريخه2/7) وهوقول باطل بالنص الصريح . 
(4) وقيل : ولدلعشرليال خلت من ربيع الأول : وهي رواية الواقدي ذكرهاابن الوردي في تاريخه (صـ 128)وابن كثير عن ابن دحية وابن عساكر ( البداية2/260) وذكرها أيضاً ابن سعد في الطبقات الكبرى (1/100) من طريق محمدبن عمربن واقدالأسلمي وهومتروك وفي سنده إسحاق بن أبي فروة وهومتروك أيضاُ, وابوبكر بن عبدالله متهم بالوضع (راجع : التقريب رقم 7973).
(5) وقيل : ولدلأحدعشرخلت من ربيع الأول : ذكره ابن الجوزي بدون واسطة ( المنتظم 2/245) .
(6) وقيل : لثمانية عشرليلا خلت من ربيع الأول : وهو القول المشهورللجمهور كمانقله ابن كثير(البداية2/260) وقدنقله أيضاً محمد حسين هيكل عن ابن إسحاق وقال : وهواختيارأهل الحديث ( حياة محمدصلى الله عليه وسلم صـ 109) .
(7) وقيل : ولد لثنتي عشرة ليلة خلت من رمضان : قاله ابن الكلبي ( كما في فتح الباري7/164) وبه جزم زبير بن بكار, وقال ابن حجر: وهوشاذ ( المصدر السابق) .
وعن مسيب بن شريك عن شعيب بن شعيب عن أبيه عن جده : " حمل رسول الله صلى الله عليه وسلم في عاشوراء المحرم , وولد يوم الإثنين لثنتي عشرة ليلة خلت من رمضان سنة ثلاث وعشرين من غزوة أصحاب الفيل ( راجع ابن عساكر / تاريخ دمشق رقم 81, والبداية والنهاية 2/261 , وقال الذهبي : هذا حديث ساقط ( السيرة النبوية صـ 25) وقال ابن كثير : غريب .
(8) وقيل : ولدقبل الفيل بخمس عشرة سنة : وهو ما يروى عن الكلبي عن أبي صالح باذام عن ابن عباس . والكلبي قال فيه الذهبي : هو متهم ساقط ( السيرة النبوية صـ 25) 
(9) وقيل : بين الفيل ومولده صلى الله عليه وسلم عشرسنين : رواه اليعقوب العتمي عن جعفر ابن أبي المغيرة عن ابن أبزى , وقال الذهبي : هذا قول منقطع ( السيرة النبوية صـ 25) .
(10) وقيل : ولد في شهرمحرم الحرام: ذكره هيكل بلاواسطة (حياة محمد صلى الله عليه وسلم صـ 109 ) .
(11) وقيل ولد في صفر : ذكره القسطلاني ( المواهب 1/140) وهيكل ( حياة محمد صلى الله عليه وسلم صـ 109) بدون واسطة .
(12) وقيل : ولد في رجب : ذكره أيضاً محمد حسين هيكل بدون واسطة (حياة محمد صلى الله عليه وسلم صـ 109 ) .
(13) وقيل : ولد في ربيع الآخر : ذكره القسطلاني بلفظ التمريض وبلاأصل ( المواهب 1/140).
(14) وقيل ولد يوم الفيل : وقد وردت رواية عن طريق حجاج بن محمد عن عبد الله بن عباس , قال : ولد النبي صلى الله عليه وسلم يوم الفيل (أنظر المستدرك للحاكم 2/603 ,والسيرة النبوية للذهبي صـ 22) وقد ضعفها الذهبي (مختصرالمستدرك 2/1057)وقد فسر ابن سعد" يوم الفيل " " بعام الفيل" ( الطبقات 1/101) , وتؤيده الرواية في المستدرك (2/603) من طريق محمد بن إسحاق الصنعاني وفيه "عام الفيل " وهناك الروايات الأخرى الصحيحة كثيرة تخالف الرواية بيوم الفيل . 
(15) وقيل: ولد لسبعة عشر من ربيع الأول : رواه ابن دحية عن بعض الشيعة (البداية 2/260) .
(16) وقيل : ولد في أول الإثنين من ربيع الأول : ذكره ابن عبد البر (الاستيعاب 1/30) وابن سيد الناس بلفظ التمريض (عيون الأثر1/79) ونظرا إلى هذه الرواية يحتمل الميلاد من بداية ربيع الأول إلى سبعة منه .
(17) وقيل : ولد لثنتي عشرة ليلة خلت من ربيع الأول : إن أغلبية الآراء لأهل التاريخ على أن النبي صلى الله عليه وسلم ولد في اليوم الثاني عشر من ربيع الأول كابن إسحاق ( السيرة النبوية لابن هشام 1/158) وأبي حاتم ابن حبان 
( الثقات 1/14-15) وابن خلدون ( تاريخه2/394) وابن سيد الناس المتوفى سنة 734هـ ( عيون الأثر1/79) .
وقد روي من طريق سلمة بن الفضل عن ابن إسحاق , قال ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الإثنين عام الفيل لاثنتي عشرة ليلة مضت من شهرربيع الأول ( أنظر : دلائل النبوة للبيهقي 1/74, ومستدرك الحاكم 2/603, وتاريخ الأمم والملوك للطبري2/125) وفيه سلمة بن الفضل الأبرش , قال الحافظ : صدوق كثير الخطأ ( التقريب رقم 2505) .
وعن زبير بن بكار عن معروف بن خربوذ وغيره من أهل العلم قالوا : ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم عام الفيل , وسميت قريش" آل الله " وعظمت في العرب . ولد لاثنتي عشرة ليلة مضت من ربيع الأول ( السيرة النبوية للذهبي صـ 25) ومعروف بن خربوذ متكلم فيه (أنظر : معجم أسامي الرواة 4/159) , وذكر الذهبي أيضاً فيه قول أبي معشرنجيح ( السيرة النبوية صـ 27) وهو ضعيف بالاتفاق كما عرفت ( وراجع أيضاً : معجم أسامي الرواة 4/258) . 
وقد روي من طريق عثمان عن سعيد بن ميناء عن جابر وابن عباس عند ابن أبي شيبة ولم أقف عليها حتى الآن .
وليعلم أن الروايات في الثاني عشر من ربيع الأول كلها مخدوشة مع أنه اعتمد جمع من العلماء على رواية ابن إسحاق لأنه أوثق الروايات ( راجع : موسوعة نظرة النعيم 1/195) , وقال الشيخ محمد أبوزهرة : إن الجمهرة العظمى من علماء الرواية أن مولده عليه الصلاة والسلام في ربيع الأول من عام الفيل في ليلة الثاني عشرمنه وذاك لأن الفيل وجيشه ساروا مكة في المحرم وولد النبي صلى الله عليه وسلمبعد مقدم الفيل بخمسين يوماً, وبذلك جمع الأكثرون على أنه ولد بعد مساورة جيش أبرهة بخمسين يوماً (راجع : خاتم النبيين صـ 115-116) وقال الغزالي : أغلب الروايات تتجه إلى أن ذلك كان عام هجوم الأجياش على مكة سنة 570 م في الثاني عشر من ربيع الأول ( فقه السيرة صـ 58) .
(18) وقيل : ولد في اليوم التاسع من ربيع الأول : إنها لم تذكررواية موثقة في اليوم التاسع من ربيع الأول ولكن رجحه المحققون وفق تحقيقهم ودراساتهم وأكثرهم يعتمدون على دراسة محمود باشا الفلكي , كما ذكره خضري بك في تاريخ الأمم الإسلامية (1/62) , واعتمد عليه أيضاً المحققون من علماء الهند كالعلامة شبلي النعماني (سيرة النبي 1/115) والسيد سليمان المنصورفوري( رحمة للعالمين 1/40) والشيخ صفي الرحمن المباركفوري
(الرحيق المختوم ) رحمهم الله نقلاً عن " تاريخ دول الإسلام " .
وإن استدلالات الفلكي ممتدة على الصفحات الكثيرة وقد أثبت فيها بأنه صلى الله عليه وسلم ولد في اليوم التاسع من شهر ربيع الأول عام الفيل المصادف الثاني عشر من نيسان ( أبريل) سنة 571 الميلادية . 
إذا نظرنا إلى الأقوال والروايات المذكورة في ميلاد النبي صلى الله عليه وسلم وجدنامنها أربعة لها أهمية تذكر وهي :
1 – رأي أكثرأهل الحديث : وهو اليوم الثامن من شهرربيع الأول .
2 – واختيارالحمهور: وهوالثامن عشر من شهر ربيع الأول .
3 – أشهر الأقوال : وهو الثاني عشر من ربيع الأول .
4 – ودراسة العلماء الفلكيين يوضح بأنه : هو التاسع من ربيع الأول . 
ومن هذه الأقوال الأربعة إثنان مافيهما اختلاف شديد في العصر الحاضرفي ترجيح بعضهما على الآخر, وهما اليوم الثاني عشر واليوم التاسع من ربيع الأول , وأما القول بالثامن من ربيع الأول فهو يلحق بالتاسع لوجود الفرق اليسير في إعداد الشهور والسنين . 
وأما الروايات عن الثاني عشر من ربيع الأول فإن كانت كثيرة ولكن كلها غيرموثوقة لايحتج بها .
وأما قول المحققين بالتاسع من ربيع الأول وإن لم ترد به رواية تستحق بالذكر فهل يعتمد على تحقيق العلماء المحققين ودراساتهم ؟ علماً بأنه يمكن الخطأ في إعداد الشهور والسنين وخاصة في تقويم الشهور القمرية , لأنهاتزداد وتنقص غيرمعينة لذا القول بها بالقطع محل للنظر والتأني , نعم , إذا لم يقم دليل صحيح قاطع على أي مسئلة فدراسات الباحثين تقرب إلى الحق والصواب , والله أعلم وعلمه أتم .وهو المسئول أن يهدينا إلى سواء السبيل وصلى على خير خلقه وسلم

posted by admin @ 1:50 PM   0 comments
posted by admin @ 1:13 PM   0 comments
terjemahan Kitab al-Azkar Imam Nawawi Bhgn 2
Thursday, January 19, 2012
Terjemahan

Fasal. Ketahuilah bahawasanya sewajarnya bagi orang yang sampai kepadanya sesuatu tentang kelebihan- kelebihan amalan beramal dengannya walaupun sekali agar dia tergolong di kalangan ahlinya. Dan tidak wajar meninggalkannya sama sekali malah dia perlu melakukannya kadar yang bole kerana Nabi saw bersabda di dalam Hadis yang disepakati kesahihannya (oleh Bukhari dan Muslim)
وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
bermaksud: "Apabila saya memerintahkan kamu melakukan sesuatu maka kamu datangilah daripadanya apa yang terdaya."

Fasal. Para Ulama di kalangan ulama Hadis, Fiqh dan lain-lain berkata; harus dan sunat beramal dalam perkara fadhail (kelebihan- kelebihan amalan), targhib dan tarhib (galakkan beramal dengan amalan wajib dan sunat dan ancaman melakukan perkara haram dan makruh) dengan Hadis Dha'if (Hadis Lemah) selagimana ia bukannya Hadis Palsu. Adapun dalam perkara halal dan haram, jual beli, nikah kahwin, bercerai dan lainnya maka tidak boleh beramal melainkan dengan Hadis Sahih atau Hasan melainkan untuk berhati- hati dan berawas. Contohnya apabila datang Hadis Lemah menjelaskan makruh beberapa jenis jual beli atau pernikahan maka sunatnya ialah menjauhkan diri daripadanya tetapi tidak wajib. Saya sebutkan fasal ini kerana akan datang dalam kitab ini Hadis-hadis yang saya jelaskan status Sahih atau Hasan atau lemahnya, atau saya diamkan kerana ketidakpastian terhadapnya atau lain- lain, jadi saya mahu tegaskan kaedah ini bagi orang yang membaca Kitab ini.

Fasal. Ketahuilah bahawasanya sebagaimana sunat berzikir sunat juga duduk dalam halaqah dan kumpulan orang- orang yang berzikir. Dalil- dalilnya sangat jelas dan akan datang pada tempatnya nanti insyallah. Cukuplah dengan Hadis Ibn Umar radiyallahu anhuma katanya; Rasulullah saw bersabda

" إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا " . قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ ؟ قَالَ : " حلق الذِّكْرِ " .
Maksudnya: "Apabila kamu melalui kebun- kebun syurga maka makanlah semewah- mewahnha. Para Sahabat Rasulullah saw bertanya; Apakah itu kebun- kebun syurga wahai Rasulullah saw? Baginda bersabda; Halaqah dan kumpulan zikir kerana sesungguhnya Allah Taala mempunyai Malaikat- malaikat yang bergerak mencari kumpulan- kumpulan zikir. Apabila mereka mendatangi orang- orang berzikir ini mereka melingkungi mereka. (Hadsi riwayat Ahmad, Tirmizi dan Baihaqi. Tirmizi menilainya sebagai Hasan Gharib dan juga dinilai Hasan oleh Suyuti.

Kami riwayatkan dalam Sahih Muslim daripada Muawiyah r.a berkata; Rasulullah saw keluar ke satu kumpulan di kalangan Sahabat baginda lalu bertanya; apa yang mendorong kamu duduk bersama? Mereka menjawab; Kami duduk mengingati Allah dan memujiNya atas hidayah dan kurniaan Allah kepada kami menerima Islam. Baginda bersabda, demi Allah, tidak mendorong kamu duduk melainkan itu? Sesungguhnya saya tidak meminta kamu bersumpah kerana menuduh kamu tetapi kerana Jibril datang bertemu saya lalu menceritakan bahawa Allah Taala berbangga dengan kamu di khalayak Malaikat.

Kami riwayatkan juga dalam Sahih Muslim daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a dan Abi Hurairah r.a bahawasanya mereka berdua memberi kesaksian terhadap Rasulullah saw bersabda;

Maksudnya: " Tidak duduk satu kaum mengingati Allah melainkan para Malaikat melingkungi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenangan turun ke atas diri mereka dan Allah menyebut mereka di khalayak makhluk yang ada di sisinya."


Fasal; Berzikir berlaku dengan hati dan berlaku juga dengan lidah. Yang lebih afdhal ialah menerusi hati dan lidah kedua-duanya sekali. Sekiranya dia berpada dengan salah satu maka dengan hati lebih afdhal. Kemudian tidak wajar untuk dia meninggalkan zikir dengan lidah beserta hati kerana bimbang disangka riya, malah dia perlu berzikir dengan kedua- dua cara dan diniatkan mendapatkan redha Allah. Kami telah datangkan sebelum ini kata- kata Fudhail bin 'Iyad r.h bahawa meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya. Sekiranya manusia membuka pintu perhatian manusia dan berwaspada daripada timbulnya sangkaan-sangkaan yang batil tentu akan tertutup banyak pintu- pintu kebaikan dan dia telah mensia- siakan bagi dirinya sesuatu yang besar berkaitan urusan- urusan agama yang penting dan ini bukanlah jalan orang yang arif.

Kami riwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.a berkata; Turun ayat berikut tentang berdoa:
قل ادعوا الله أو ادعوا الرحمن أيا ما تدعوا فله الأسماء الحسنى ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها وابتغ بين ذلك سبيلا ( 110
Maksudnya:" Janganlah kamu menguatkan suara dengan doa kamu dan janganlah juga bersuara rendah dan carilah antara kedua- duanya satu jalan" al- Isra: 110.
posted by admin @ 8:03 AM   0 comments
Kuliyah Tafaqquh Setiap Selasa dan Khamis Darul Fuqaha
Saturday, January 7, 2012
KULIAH TAFAQQUH
anjuran DARUL FUQAHA

bermula 17 jan 2012
tempat Balai Islam Darul Fuqaha
hari Selasa dan Khamis
jam 8.30 - 10.30 pg
guru
1. Ust Dr Khaiiruddin at-Takiri Fiqh Hadis - Bahrul Mazi karya Syeikh al-Marbawi
2. Ust Dr Zulkifli al-Bakri - Fiqh Manhaji karya Dr Mustapha Bugha
3. Ust Dr Syauqi Othman - Aqidah -Hakikat Tauhi karya Dr Yusof Qaradawi
4. Ust Harme at-Takiri - Tafsir - Tafsir al-Munir karya Dr Wahbah Zuhaili

hubungi Ust Harme 0192121972 untuk keterangan lanjut
posted by admin @ 10:22 PM   0 comments
Bahrul Mazi; Masalah 223 tentang menutup keaiban saudara muslim
Monday, December 12, 2011
عن أبي الدرداء عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من رد عن عرض أخيه رد الله عن وجهه النار يوم القيامة

223.) Bab : Yang telah datang pada menyatakan hadis yang membicarakan menolakkan keaipan daripada kehormatan saudara yang Islam

Ketahuilah kiranya ya saudaraku, apakala orang menyebut dihadapanmu mengenai sifat seorang saudaramu yang Islam dan dicelanya dengan tiada kebenarannya bahawa sebenarnya orang itulah yang bersifat demikian ( seperti apa yang dituduh kepada saudara yang dicelanya ).

Ya'ni apabila orang yang dicelanya itu tiada terkenal sebagai orang yang jahat dan fasik maka hendaklah engkau tolak katanya dengan balasan yang baik dan kalam yang menghilangkan jahat sangka itu.

Maka yang demikian itu disuruh syarak kita sebagaimana tersebut pada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa Al-Tirmizi dengan katanya;

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Abi Al-Darda' r.a daripada Nabi SAW, sabdanya : Barangsiapa menolak serta mempertahankan daripada jatuh air muka saudaranya yang Islam nescaya ditolak oleh Allah mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.

Kata Abu Isa Al-Tirmizi: "Dan pada bab ini ada riwayat daripada Asma' binti Yazid". Katanya lagi bermula ini hadis hasan.
posted by admin @ 4:07 PM   0 comments
Wajarkah Mengecam Tahun Masehi
Wednesday, November 23, 2011
Wajarkah Mengecam Penggunaan Tahun Masehi?

Tahun Hijri dirumus berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi dalam tempoh setahun. Ia lebih dikenali sebelumnya sebagai Tahun Bulan. Manakala tahun Masehi dirumus berdasarkan pergerakan antara bumi dan matahari. Ia dikenali juga sebagai Tahun Matahari. Pergerakan bulan, bumi dan matahari adalah ciptaan dan di bawah pentadbiran Allah.

Hikmahnya agar manusia boleh membuat penentuan tahun. Allah berfirman bermaksud:”Dialah yang menjadikan matahri bersinar dan bulan bercahaya dan Dia menetapkan untuknya (bulan atau bulan dan matahari) beberapa kedudukan agar kamu mengetahui bilangan tahun dan pengiraan.” (Yunus: 5)

Tahun Hijri dan Masehi diisyaratkan oleh Allah dalam al-Qur’an apabila bercerita tentang pemuda dalam gua yang dimatikan oleh Allah beberapa lama sebelum dihidupkan kembali. Allah berfirman: َوَلبِثُوْا فِيْ كَهْفِهِمْ ثَلاَثَ مِائَةٍ سِنِيْنَ وَازْدَادُوْا تِسْعًا Maksudnya: “Dan mereka berada dalam gua mereka selama 300 tahun dan mereka tambah lagi 9 tahun.” Menurut Ibn Kathir, 300 tahun itu sekiranya dikira menggunakan tahun Masehi, manakala 309 tahun sekiranya dikira berdasarkan tahun hijri.

Tahun Masehi masyhur digunakan oleh Tahun Masehi digunakan secara meluas oleh Kerajaan Rom di zaman turunnya al-Qur’an. Manakala bulan-bulan yang dikenali kemudiannya di zaman Umar sebagai tahun hijri digunakan oleh orang-orang Arab. Justeru, al-Qur’an merujuk kepada penggunaan kedua-dua jenis calendar.Setahun berdasarkan kiraan hijri ialah 354 hari, 8 jam, 48 minit dan 36 saat.

Setahun berdasarkan tahun Masehi pula ialah 365 hari 6 jam 9 minit dan 9.5 saat. Justeru, perbezaan antara setahun Hijri dan Masehi ialah lebih kurang 11 hari atau lebih tepatnya 10 hari 21 jam dan 1 minit. Dengan itu perbezaan antara 100 tahun ialah 3 tahun 24 hari 11 jam dan 6 minit. Manakala perbezaan antara 300 tahun hijri dengan Masehi ialah 9 tahun 73 hari  9 jam dan 48 minit. Sekiranya diberi pilihan antara dua jenis kalendar tentulah sebagai Muslim kita mengutamakan tahun hijri kerana banyak perlakuan ibadah adalah berdasarkan tahun hijri.

Namun, ia tidak bererti kita perlu mengecam penggunaan tahun masehi. Apatah lagi, yang berlaku hari ini ialah penggunaan tahun masehi digunakan secara meluas berbanding tahun hijri. Menolaknya tentu sahaja menimbulkan kesukaran pengurusan dengan negara-negara luar yang menggunakannya. Yang perlu dibuat ialah ia digunakan seiring. Tapi yang berlaku ialah penggunaan tahun hijri hampir lenyap dalam pemikiran kita seharian. Jika ditanya hari ini berapa haribulan hijri? Kita tentu menjawab; entah..tak pasti pulak....

artikel ini ditulis oleh saya beberapa tahun lalu dan disiarkan di dalam web www.darulfuqaha.com
posted by admin @ 1:47 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri