 |
gaya tarbiyah cerita al Qur'an |
Saturday, November 24, 2007 |
Cerita-cerita al-Qur’an bertujuan untuk mentarbiyah jiwa manusia. Antara cara al-Qur’an mentarbiyah jiwa manusia ialah dengan menyebut tentang sifat terburuk yang ada pada orang yang kufur dan sifat terbaik yang ada pada orang mukmin. Apabila keadaan orang yang kufur ini diteliti keinsafan akan menjalar di dalam jiwa untuk akhirnya menyatakan: alhamdulilah saya tidak tergolong di kalangan mereka yang kufur ini. Apabila diteliti pula keadaan orang yang beriman jiwa lantas berkata: bagaimana tahap amalanku berbanding amalan orang-orang yang baik ini. Antaranya rujuk firman Allah tentang orang yang kufur dalam surah al-Muddaththir: 1-46 dan cerita hamba-hamba al-Rahman dalam surah al-Furqan: 63-65. |
posted by admin @ 2:41 AM   |
|
|
munaqasyah ilmu di darul fuqaha "menghormati kajian hadis salaf" |
Tuesday, November 20, 2007 |
MUNAQASYAH ILMU
anjuran : NADWAH ILMUWAN MUSLIM (NAIM)
Tajuk :"Menghormati Manhaj Hadis Salaf" Pembentang : Ust Azlan Abd Aziz (panel al-Ahkam.net) Tarikh & Waktu : Sabtu 11 pagi - 1 Disember 2007 Tempat : Darul Fuqaha
Jemputan KHUSUS kepada para ilmuwan muslim untuk hadir bagi sama-sama MEMBAHASKAN isu ini. Maklumkan kehadiran ustaz-ustaz kepada Ust Harme menerusi SMS di talian 0192121972 dengan menyertakan maklumat nama, alamat, jawatan dan kelulusan akademik tertinggi
MUSLIMIN MUSLIMAT JUGA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDAPAT MANFAAT ILMU DARIPADA MUNAQASYAH INI MAKLUMKAN KEHADIRAN DENGAN MENYERTAKAN NAMA DAN ALAMAT KEPADA USTAZ HARME DI TALIAN 0192121972
MAKAN TENGAHARI AKAN DISEDIAKAN. |
posted by admin @ 4:27 PM   |
|
|
20 November : Gagasan Ulama Sunnah? |
|
lama juga tidak berkesempatan menjenguk blog sendiri. Seorang sahabat yang ditemui 2 hari lepas menegur; blog ustaz slow! maksudnya bahan-bahan lambat dimasukkan; menyedarkan saya betapa blog ini selalu juga ditatapi oleh para sahabat selain darulfuqaha.com. Terima kasih pada semua yang mendokong blog ini. Semalam seorang sahabat meminta pandangan saya terhadap gagasan ulama sunnah yang dicetuskan oleh Dr Asri. Saya nyatakan sekiranya jemputan dan pemilihan ahli yang menganggotainya dibuat secara "selected" dengan melihat mereka yang sealiran pandangan fiqhnya sahaja, yang melihat makna "salaf" dalam tafsiran yang sempit, yang mentafsir makna "sunnah" dengan tafsiran yang jumud, yang melihat sebahagian perkara khilaf fiqhi sebagai bid`ah yang besar yang perlu diperangi, ia tidak akan mencapai matlamat. Jadikan gagasan itu sebagai tempat melontarkan pelbagai pandangan yang akan dibahaskan secara ilmu tanpa taksub kepada peribadi tertentu; ia pasti mencapai kejayaan. Berikan tafsiran yang lebih luas kepada makna "salaf", "manhhaj salafi" dan ahli sunnah.... |
posted by admin @ 1:26 PM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|