 |
Lamanya tidak menulis..... |
Tuesday, May 19, 2009 |
Telah agak lama saya tidak berkesempatan menulis dalam blog peribadi ini kerana kesibukan yang memanjang. Begitu juga agak lama saya tidak menulis artikel dalam laman web rasmi darul fuqaha. skrip-skrip beberapa tajuk buku yang sedang saya siapkan pun agak berbulan tanpa sentuhan tambahan antaranya "Rasukan Jin", Solat Rasulillah Menurut Tafsiran Pelbagai Mazhab, Huraian Hadis Riyad Solihin, Huraian hadis Bulugh al-Maram, Tafsir Ringkas al-Qur'an dan beberapa tajuk lagi. Hasrat dan niat begitu kuat untuk meneruskan penulisan namun masa tidak mengizinkan.Ini semua gara-gara kesibukan menguruskan projek D'hatiku (rujuk www.dhatiku.com) yang diharapkan menjadi salah satu cabang perniagaan saya yang boleh membantu saya menampung kos pengurusan projek Darul Fuqaha yang setiap hari semakin bertambah. Setelah saya meletakkan jawatan sebagai pensyarah di UKM hasrat hati ialah mempergiatkan lagi penglibatan dalam kerja-kerja dakwah, pendidikan, kebajikan dan perniagaan. Perniagaan akan menjadi wasilah utama bagi membina ekonomi yang boleh menjadi tunjang untuk seluruh pergerakan saya. saya telah menceburi beberapa bidang perniagaan sebelum ini antaranya penerbitan buku, percetakan, kedai buku, catering, kedai kek dan lain-lain. Semuanya dengan matlamat bahawa perniagaan adalah wasilah untuk mencapai matlamat dakwah, pendidikan dan kebajikan yang telah saya asas dan usahakan iaitu Darul Fuqaha. Darul Fuqaha adalah nadi kehidupan saya. Apa yang saya usahakan setiap hari adalah dengan hasrat untuk melihat darul Fuqaha bangkit sebagai pemacu kerja-kerja dakwah, pendidikan dan kebajikan yang terulung di rantau ini. "saya tidak mahu kaya, namun saya mesti menjadi kaya untuk memastikan cita-cita dakwah, pendidikan dan kebajikan saya tercapai"
Hasrat hati untuk menggiatkan lagi usaha penerbitan buku selepas meletakkkan jawatan. Namun, ditakdirkan oleh Allah idea mengeluarkan produk kesihatan berasaskan sunnah rasulillah saw lebih cepat dapat direalisasikan dan alhamdulillah membuahkan kejayaan segera yang agak lumayan pulangannya. Khamis nanti bermulalah pengiklanan produk d'hatiku di TV3 insyaAllah dengan lagu "jingle"nya disumbangkan oleh sahabat baik ust fazdi pensyarah IPI Bangi bekas solo nasyid Firdaus ketika di Jordan. Mudah-mudahan dengan iklan di TV3 produk d'hatiku lebih dikenali dan meluas pasarannya.
Walaupun begitu oleh kerana hasrat yang kuat serta minat yang tinggi adalah pada penerbitan buku, maka saya telah mula menggerakkan kembali usaha penerbitan ini. saya mulakan dengan membentuk pasukan yang lebih khusus untuk penerbitan dengan seorang pengurus penerbitan seorang editor dan seorang pereka grafik. kerja-kerja telah bermula hari ini alhamdulillah. Untuk sementara waktu pejabat penerbitan digabungkan dengan pejabat d'hatiku. pejabat khusus untuk penerbitan sedang diusahakan insyaAllah dalam masa terdekat iaitu di tingkat atas pejabat dhatiku sekarang di syeksen 9 Bandar baru bangi.
Insyallah buku pertama yang akan segera diterbitkan ialah buku tulisan Dr. Zulkifli Muhammad al-bakri bertajuk Irsyad al-qari fi Syarh Mukhtasar Sahih al-Bukhari.
meskipun sibuk dengan urusan perniagaan, alhamdulilah kerja utama sebagai pendakwah tetap menjadi keutamaan. Alhamdulillah saya berjaya iltizam dengan kuliah mingguan di kampung kelahiran saya, di surau tempat awal pembesaran saya, iaitu surau Ayah Itam Wan Ali, Kg Baru Seberang takir iaitu setiap hari jumaat 9-10.30 pagi sejak bulan Nov 2008 iaitu beberapa bulan setelah saya meletakkan jawatan di UKM.Saban minggu saya kembali ke sana dengan kos sendiri dan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan kewangan daripada orang kampung. Inilah impian saya yang telah saya impikan sejak bertahun-tahun namun tidak mampu dilaksanakan lantaran keterikatan tugas di UKM. peringkat awalnya saya berulang-alik dengan fligh airasia tetapi apabila jadual penerbangan airasia setiap khamis pada pukul 4 ptg dibatalkan pada penghujung tahun 2008 saya lebih banyak berulang-alik dengan kereta. Agak berkejar!!! petang khamis dan pagi Jumaat di terengganu, malamnyanya kena segera pulang ke Bangi untuk kuliah Dhuha Sabtu saban minggu di Darul Fuqaha...apa pun itulah sedikit jihad dakwah yang mampu saya lakukan... banyak lagi yang ingin saya coretkan di sini setelah lama tidak berkesempatan...tapi saya rasa elok ditangguhkan dulu kerana jam pun sudahkan menunjukkan pada pukul 5 pagi....ada tuntutan lain perlu ditunaikan sebelum fajar menyinsing......moga dinihari ini sebagai permulaan coretan ini dihidupkan.....wassalam. |
posted by admin @ 4:33 AM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|