BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Isu Kerajaan Perpaduan Perlu disokong?
Monday, June 8, 2009
Isu kerajaan perpaduan lontaran idea Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menjadi perbahasan hangat pelbagai khalayak politik sejak setahun yang lalu selepas kemenangan PR menguasai kerajaan beberapa negeri di Malaysia pada Pilihanraya Umum yang lalu. Ia menjadi lebih hangat dalam Muktamar Pas ke 54 di Ipoh, Perak setahun lalu.

Kini ia dihangatkan kembali di saat berlansungnya muktamar PAS ke 55 minggu lalu kerana ia mejadi pokok perbahasan kalangan ahli Pas khususnya para perwakilan muktamar. Ia menjadi salah satu pendorong untuk jawatan Timbalan Presiden Pas ditandingi menurut salah seorang calon yang bertanding. Ia juga antara penyumbang kepada timbulnya isu ulama dan profesional dalam Pas.

Ini kerana ulama-ulama dalam Pas menunjukkan kecenderungan menyokong idea Presiden mereka yang juga seorang tokoh ulama. Namun sebahagian khalayak Pas terutamanya mereka yang digelar -atau menggelar diri mereka- sebagai profesional menolak gagasan tersebut dengan hujah Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan, justeru sebarang idea kerjasama atau perundingan dengan UMNO atau Barisan nasional adalah ditolak.

Bagi mereka UMNO dan BN sudah hampir terkubur. Sebarang signal kerjasama atau rundingan dengan UMNO dan BN seumpama meniup nafas kehidupan yang baru untuk UMNO dan BN yang sudah hampir nazak. Yang perlu diperkasakan ialah Pakatan Rakyat yang sudah berada di ambang kuasa bagi memerintah Malaysia.

Pandangan mereka ini pula diperkukuhkan dengan pandangan-pandangan lantang Mursyidul Am Pas Datuk Tuan Guru Nik Abdul AZIZ Nik Mat yang menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dengan alasan bahawa UMNO telah pernah khianat terhadap gabungan dengan Pas satu ketika dulu.

Saya merasa pelik. Dulunya majoriti ulama-ulama PAS dituduh taksub sehingga dikatakan mengkafirkan UMNO. Dulunya tidak mungkin dilihat sebarang ruang kerjasama antara Pas dan UMNO. UMNO secara umumnya dilihat sebagai musuh pada perjuangan Islam yang dibawa oleh mereka.

Ulama-ulama dalam PASlah yang membentuk pemikiran para ahli PAS untuk menolak kerangka pemikiran politik kebangsaan UMNO. Kalangan professional dan aktivis yang lahir dalam PAS hari ini tentulah hasil tarbiyah tuan-tuan guru mereka dalam kuliah-kuliah umum, usrah, tamrin, seminar dan pelbagai agenda tarbiyah yang dikendalikan oleh ulama-ulama PAS. Tanpa tuan-tuan guru ini mana mungkin lahirnya aktivis-aktivis PAS yanbg mendokong cita-cita perjuangan Islam PAS.

Namun, akhir-akhir ini mereka pula dilihat cenderung kepada politik perdamaian, manakala sebahagian bukan ulama di kalangan aktivis Pas dilihat taksub hingga secara tegas menolak sebarang politik perdamaian, perundingan atau kerjasama dengan UMNO. Dalam kata lain, di kala Tuan-tuan Guru dalam PAS membawa pendirian baru dala berhdapan dengan UMNO, anak-anak murid pula dilihat menetang pandangan tuan-tuan gurunya. Bagi mereka pendirian lama iaitu “permusuhan selama-lamanya” terhadap UMNO perlu dipertahankan.

Pertembungan politik antara PAS dan UMNO lebih ketara di Terengganu tempat kelahiran dan tempat perjuangan awal Presiden PAS. Di sanalah dikatakan isu kafir mengkafir membenih dan disuburkan. Namun, hari ini pimpinan Pas Terengganu antara golongan yang lantang berdiri di belakang Presiden demi mempertahankan idea politik rundingan ini.

Persoalannya, kenapa berlaku perubahan pendirian terhadap UMNO ini? Perubahan sikap ini tak dapat tida mesti dibaca menerusi salah satu antara dua. Samada perubahan pada prinsip yang dipegang oleh golongan ulama dalam Pas atau perubahan pada strategi dengan terus berpegang kepada prinsip?

Secara jujur saya melihat apa yang berlaku ini sebagai perubahan pada strategi dan bukannya pada prinsip. Ini dapat dilihat pada kenyataan presiden PAS dan aktivis Pas yang bersama pendirian beliau sepanjang tempoh muktamar ke 55 berlansung sebagaimana dapat dipetik menerusi berita-berita yang dipaparkan oleh pelbagai akhbar samada milik PAS atau media arus perdana.

Ucapan “Dua Nasruddin” iaitu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Pemuda Pas yang baru Ust Nasaruddin Tantawi, ucapan Timbalan Mursyidul Am Datuk Tuan Guru Dr Harun Din, ucapan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Tuan Guru Harun Taib; semuanya menjelaskan hakikat bahawa mereka masih menganggap UMNO sebagai musuh kepada perjuangan mereka bagi menegakkan kekuasaan Islam. Namun bedanya ialah mereka melihat bahawa keadan UMNO yang lemah hari ini meletakkan UMNO sebagai “musuh yang patut dijadikan sasaran dakwah.”

Pada prinsipnya mereka menganggap UMNO berada pada dua posisi. Pertamanya posisi sebagai sasaran dakwah (mad`u). keduanya posisi sebagai musuh kepada dakwah.

Sebelum ini kedudukan UMNO sebagai musuh kepada agenda PAS adalah ketara dan kuat kerana UMNO berada pada kedudukan kuasa yang sangat kuat. Pelbagai tekanan dan serangan dilancarkan oleh UMNO sebagai pihak yang mempunyai kekuasaan. Justeru, penentangan ulama PAS terhadap UMNO juga adalah penentangan yang kuat sebagai imbalan kepada kekuatan serangan UMNO kepada mereka. Justeru lahirlah politik yang dikatakan kafir mengkafir atau tuduhan-tuduhan sebagai fasik, taghut dan sebagainya.

Hari ini UMNO masih lagi sebagai musuh politik yang menghalang matlamat penubuhan negara Islam yang diimpikan. Namun kelemahan politik UMNO yang tidak lagi menguasai kerajaan negeri kesemuanya meletakkan mereka sebagai “musuh yang patut dijadikan sasaran dakwah.”

Sebagai musuh yang menjadi sasaran dakwah, maka perundingan dan kerjasama yang memungkinkan dakwah sampai pada mereka perlu diusahakan dengan harapan mereka menjadi pendokong setia kepada perjuangan Islam. Kalau pemimpin tegar mereka masih kekal dengan pemikiran kebangsaan mereka, setidak-tidaknya sebahagian pengikut boleh dijinakkan dengan pemikiran politik Islam yang dibawa oleh PAS.

Antara hujah ulama-ulama PAS ialah firman Allah bermaksud:

“sekiranya mereka cenderong kepada perdamaian maka cenderonglah terhadap mereka dan berserah dirilah kamu semua (bertawakkal) kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui. Sekiranya mereka mahu memperdayakan kamu maka sesungguhnya cukuplah untuk kamu Allah. Dialah yang memberi sokongan kepada kamu dengan bantuanNya dan (bantuan) orang-orang beriman” Al-Anfal: 61-62.

Bilakah selalunya musuh cenderong untuk berdamai? Tentulah di kala mana mereka lemah. Adapun di kala mereka kuat tentulah politik penentangan dan kekerasan menjadi pilihan mereka. Di kala UMNO mula lemah tentu mereka mengharapkan politik perdamaian daripada PAS. Di kala itulah al-Qur’an mengajar umat Islam untuk berdamai. Kerana dakwah selalunya lebih mudah sampai di kala kepimpinan musuh dihimpit kelemahan.

Justeru, dengan merujuk pada hakikat itulah saya berpandangan Presiden Pas dan ulama-ulama PAS -yang lebih memahami al-Qur’an berbanding aktivis dan professional PAS- membuat pendirian bahawa inilah peluang dan masanya politik perdamaian perlu dihulurkan kepada UMNO. Dan ianya sudah tentunya selari dengan tuntutan Islam.

Harapan mereka ialah agar benih-benih Islam lebih mudah diserap masuk ke dalam anggota dan ahli UMNO serta masyarakat Islam apabila “gencatan senjata” berlaku antara kedua-dua pihak. Sekurang-kurangnya “gencatan senjata” berlaku sehingga berlakunya Pilihanraya Umum seterusnya 3,4 tahun lagi. Dalam tempoh gencatan senjata ini ulama-ulama PAS berpeluang menyampaikan idea Islam mereka kepada ahli-ahli UMNO dengan lebih mudah dan tenang. Sekurang-kurangnya mereka tidak berhadapan dengan halangan atau hadangan daripada media yang selalu menyerang mereka dan memburuk-burukkan imej mereka. Kesannya nanti PAS akan lebih mendapat sokongan Melayu Muslim pada pilihanrya seterusnya dan meletakkan PAS sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat berbanding keadaan sekarang.

Apapun hujah yang dkemukakan oleh ulama Pas dalam membuat pendirian baru ini, bagi saya Kerajaan Perpaduan adalah impian kebanyakan masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Mereka ingin melihat dua parti terbesar Melayu dapat berada di satu meja demi kekuatan Islam. Prejudis kepartian dapat dikurangkan lalu lebih memudahkan laluan dakwah para pendakwah. Memang tidak dapat dinafikan laluan dakwah bukannya tersedia dengan hamparan permaidani merah, namun sekiranya kita mampu mewujudkan lorong bertikar mengkuang sekalipun ia akan membantu dakwah untuk lebih ke hadapan. Allahu Akbar!!!
posted by admin @ 10:31 PM   2 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri