 |
Hukum Membaca al-Qur'an; Adakah Sampai Pahalanya kepada si Mati |
Saturday, February 9, 2008 |
 layari blog khusus mengupas buku-buku Islam menarik yang sebaiknya anda miliki: http://www.belibukuagama.blogspot.com/Pahala Bacaan al-Qur'an; Adakah Sampai Pahalanya Kepada Si Mati tulisan Dr Zulkifli Mohd al-Bakri dan suntingan Ust Mohd Khairuddin at-Takiri |
posted by admin @ 12:11 PM   |
|
|
Huraian Hadis Tentang Hukum air laut |
Friday, February 8, 2008 |
عَن أبي هُرَيرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قال رسولُ الله صلى اللهُ عليه وسلم في البَحْرِ: هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ والحِلُّ مَيْتَتُهُ. أَخْرَجَهُ الأَرْبَعَةُ وَابْنُ أبي شَيْبَةَ وَاللَّفْظُ لَهُ، وابْنُ خُزَيْمَةَ (وفي نسخة "وصححه ابن خزيمة") والتِّرْمِذِيُّ، وَرَوَاهُ مَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ. TERJEMAHAN
Daripada Abi Hurairah radiyallahu `anhu katanya, Rasulullah saw bersabda tentang laut: “Ia adalah yang suci lagi menyucikan airnya dan yang halal bangkainya.” Hadis dikeluarkan oleh empat tokoh hadis[1] dan Ibn Abi Syaibah-lafaz adalah lafaz beliau-, Ibn Khuzaimah dan Tirmizi. Ia diriwayatkan juga oleh Malik, Syafie dan Ahmad.
BIODATA SAHABAT PERAWI
Abu Hurairah merupakan sahabat Nabi saw yang hebat. Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan nama sebenar beliau dan bapa beliau. Menurut Ibn `Abd al-Barr, pendapat yang lebih kuat namanya ialah `Abd Rahman bin Sakhr. Beliau merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi saw. Beliau meninggal di Madinah ketika berumur 78 tahun pada tahun ke 59 Hijrah dan dikebumikan di Baqi`
SEBAB DATANG HADIS
Riwayat dalam al-Muwatta’ menyebut bahawa seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw dan berkata: Wahai Rasulullah saw. Kami belayar di lautan dan membawa air yang sedikit. Sekiranya kami berwudu’ dengannya kami tentu dahaga. Bolehkah kami berwudu’ dengan air lautan.
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan nama lelaki yang bertanya itu. Dikatakan dia bernama Abdullah al-Madlaji. Ada pula menyatakan Abd al-`Araki. Yang lain pula menyatakan `Ubaid al-`Araki. Al-Araki bermaksud kelasi kapal.
FIQH HADIS
Hadis ini menjelaskan tentang kesucian air laut secara mutlaq. Ia bersifat suci dan menyucikan. Justeru, ia boleh digunakan untuk bersuci daripada hadas kecil dan besar serta najis.
Soalan yang ditanya asalnya ialah tentang hokum berwudu’ dengan air laut, tetapi jawapan yang diberi oleh baginda menjawab persoalan-persoalan lain yang mungkin timbul berkaitan dengan air laut. Antaranya: Bolehkah ia diminum? Bolehkah digunakan untuk mandi hadas? Bolehkah digunakan untuk membersihkan najis? Semua persoalan ini terjawab menerusi jawapan nabi “Ialah yang suci lagi menyucikan airnya”.
Justeru itu, wajar bagi seorang faqih yang ditanya tentang hokum sesuatu menjawab dengan jawapan yang padat yang sekaligus boleh menjawab soalan-soalan susulan yang mungkin timbul.
Begitu juga hadis menjelaskan bahawa segala bangkai lautan adalah halal dimakan meskipun menyerupai binatang yang haram di daratan. Inilah pendapat Malik, Syafie dan Ahmad. Sementara Abu Hanifah berpendapat, yang halal hanyalah ikan.
Soalan tentang hokum bangkai lautan juga tidak disoal kepada baginda. Namun, apabila hokum air menimbulkan kesamaran, tentu sahaja hokum bangkai juga menimbulkan kesamaran. Ini kerana al-Qur’an mengharamkan bangkai sebagaimana firman Allah:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيْرِ
Maksudnya: “Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih untuk lain daripada Allah.”
Justeru, hokum bangkai dijelaskan juga oleh baginda saw.
Ini menunjukkan bahawa seorang mufti boleh menjawab lebih daripada apa yang disoal sekiranya merasakan ia perlu untuk menghilangkan kekeliruan.
[1] Pengarang Bulugh al-Maram menjelaskan secara terperinci pada pendahuluan tulisannya beberapa istilah yang melibatkan takhrij hadis dan tokoh-tokohnya. Antaranya ialah: tokoh yang tujuh, tokoh yang enam, tokoh yang lima, tokoh yang empat dan tokoh yang tiga. Yang dimaksudkan dengan tokoh yang tujuh ialah: Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Dawud, Nasei dan Ibn Majah. Tokoh yang enam pula merujuk pada 6 orang tokoh di atas kecuali Imam Ahmad. Tokoh yang lima ialah selain Bukhari dan Muslim. Tokoh yang empat merujuk kepada Tirmizi, Abu Dawud, Nasaei dan Ibn Majah. Yang dimaksudkan dengan Tokoh yang tiga pula ialah Tirmizi, Abu Dawud dan Nasaei |
posted by admin @ 10:53 PM   |
|
|
MENGENALI ALAM JIN & gangguan mereka |
Monday, February 4, 2008 |
1.0 ALAM JIN Alam jin adalah alam realiti tapi tersembunyi. Kita diperintahkan oleh untuk beriman dengan kewujudannya dan meminta perlindungan kepada Allah daripada gangguannya. Mereka juga diberi tanggungjawab menjadi hamba kepada Allah dan mengikut para rasul. Mereka diberikan beberapa kelebihan yang kadang-kadang mengatasi kemampuan manusia 2.0 HAKIKAT MAKHLUK JIN Perkataan dasar bagi “Jin” pada bahasa merujuk kepada sifat yang tersembunyi. [1] Makhluk Jin dinamakan demikian kerana sifatnya tersembunyi daripada pancaindera manusia biasa. [2] Orang-orang Jahiliyah juga menggelar para Malaikat sebagai “jin” kerana sifat Malaikat yang juga tersembunyi. [3]Dari sudut istilah ia merujuk kepada sejenis makhluk bernyawa yang hidup di alam ini, sifat kejadiannya halus tak dapat ditanggapi oleh pancaindera manusia biasa, berakal dan bernafsu seperti manusia dan dicipta oleh Allah dengan tanggungjawab untuk menjadi hamba kepada Allah seperti manusia. Kewujudan makhluk ini ditegaskan oleh al-Qur’an dan Hadis. Jin disebut dalam 40 ayat dalam 10 surah al-Qur’an. Malah terdapat satu surah dalam al-Qur’an yang diberi nama surah al-Jin yang khusus membicarakan tentang makhluk Jin mendengar Nabi sedang membaca al-Qur’an lalu mereka beriman dan kembali memberi peringatan kepada kaum mereka. Allah berfirman maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!`Kitab Yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.”(Jin 1-2) Begitu juga dalam surah al-Ahqaf terdapat cerita mereka mendengar Al-Qur’an lalu kembali menceritakannya kepada kaum mereka. Allah berfirman maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (Wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam). Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadaNya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(al-Ahqaf 29-31) Menurut ulama tafsir, mereka merupakan Jin yang tinggal di perkampungan Bakr berhampiran Syam atau Jin perkampungan Naynawiyy berhampiran Mushol. Mereka datang tatkala Nabi saw sedang solat Subuh di kebun tamar berhampiran Thaif. Baginda pula sedang membaca surah al-`Alaq. [4]Setengah riwayat menyatakan surah al-Rahman. Terdapat pelbagai riwayat yang berbeza menyebut samada baginda menyedarinya atau tidak. Menurut riwayat Ibn `Abbas Nabi saw tidak menyedarinya dan tidak bermaksud menyampaikan al-Qur’an kepada mereka, tetapi berbetulan mereka hadir di kala Nabi saw membacanya. Hadis juga menegaskan bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah kepada makhluk bergelar manusia dan jin. Beberapa hadis pula menjelaskan mereka telah datang menemui baginda saw. Pandangan yang kuat ianya berlaku sebanyak 6 kali. [5]Antara riwayat yang kuat ialah kisah baginda dengan ditemani oleh Ibn Mas`ud pergi ke tempat pertemuan dengan Jin. Apabila tiba, Ibn Mas`ud ditinggalkan oleh baginda di satu tempat lalu baginda pergi ke kawasan yang tak dapat dilihat oleh Ibn Mas`ud. Kemudian, sekumpulan Jin datang berkumpul di hadapan Nabi lalu baginda saw membacakan al-Qur’an dan mengajak mereka beriman. Setelah itu mereka kembali memberi peringatan pula kepada kaum mereka. [6] Justeru mempercayai kewujudannya adalah sebahagian aqidah yang mesti diyakini oleh umat Islam. Menafikan kewujudannya dikira fasiq dan kufur. Allah berfirman maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”(al-Zariyat 56) Allah berfirman maksudnya: “Wahai sekalian jin dan manusia! kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan kami), maka cubalah kamu menembus keluar. kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan kami; Masakan dapat)!” (al-Rahman 33) BERSAMBUNG [1] Ibn Manzur, Lisan al-`Arab, 13/92,93,95 [2] Al-Syabli, Akam al-murjan fi ahkam al-Jaan, hlm. 20. [3] Ibid, hlm. 19 [4] Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-`Azim, 4/162. [5] Al-Syabli, Aakam al-Murjan, hlm. 74. [6] Hadis riwayat Bukhair dan Muslim |
posted by admin @ 1:40 PM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|