BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
coretan dinihari sekembali dari Umrah; keputusan peribadi penentu hala tuju kehidupan dakwah
Sunday, June 15, 2008
Alhamdulillah, malam ni ana selamat tiba ke malaysia daripada amman-bangkok-kuala lumpur dalam rehlah umrah bermula 26 mei 2008. Banyak pengalaman menarik sepanjang rehlah ibadah ini, namun semuanya bakal ana kongsikan di waktu lain insyaAllah.
Pemergian kali ini membawa bersama 5 ahli rombongan lain menggunakan syarikat Mawaddah Travel kepunyaaan sahabat baik Ust Misbah Munir (rakan serumah ketika di Jordan). Ini kali pertama ana membawa jamaah sendiri sebagai mukaddimah mencari pengalaman. InsyaAllah selepas beberapa trip rehlah umrah akan ana jalankan sendiri di bawah nama syarikat sendiri iaitu Fuqaha Travel & Tour Sdn. Bhd. Yang terdekat insyaAllah pada bulan Ogos seterusnya pada bulan September / Ramadhan.
Sepanjang rehlah umrah banyak keputusan dan perancangan yang dibuat melibatkan hala tuju kehidupan dakwah ana secara peribadi selepas ini. Ana melihat keperluan untuk fokus pembangunan projek pendidikan Darul Fuqaha yang telah diasaskan sejak 2004 yang telah berjaya dijenamakan dan dipasarkan hingga dikenali ramai saat ini.
Pembangunan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Kolej Pengajian Islam & Tahfiz Fuqaha, Institut Profesional Tahfiz Fuqaha, Sek Ren Islam Pintar Tahfiz Bangi memerlukan satu usaha keras daripada ana sendiri yang memerlukan peruntukan waktu yang lebih banyak dan lebih tersusun.
Kos penyelenggaraan semakin meningkat. Keperluan kepada penjanaan ekonomi semakin mendesak. Fokus kepada perniagaan peribadi seperti penerbitan buku, perniagaan perkhidmatan catering, kedai kek, kedai buku dan lain-lain memerlukan tumpuan yang besar dan tidak boleh diharapkan hanya kepada ahli keluarga yang diberi amanah mengendalikannya hari ini. Pendapatan inilah yang menampung sebahagian besar kos pengurusan darul Fuqaha selama ini.
Penjenamaan nama DARUL FUQAHA perlu di bawa merentasi jauh ke peringkat antarabangsa. Namun ia tidak dapat disempurnakan selagi ana membawa label ke mana pergi sebagai "pensyarah FPI, UKM".
Justeru keadaan ini menuntut ana membuat satu keputusan iaitu "meletakkan jawatan sebagai pensyarah UKM".
Inilah keputusan yang dibuat sepanjang istikharah di bumi barakah bumi Makkah dan Madinah. Cuma tarikh secara tepatnya belum dibuat. Yang pasti insyaAllah sebelum ogos 2008 insyaAllah.
Pendapatan bulanan yang diperolehi sebagai pensyarah UKM selama ini pun hanya membentuk 1/4 - 1/8 daripada pendapatan sebenar yang diperolehi menerusi sumbangan ceramah, forum, seminar, kursus yang di sampaikan, jemputan rancangan radio dan tv, jualan buku-buku peribadi yang ditulis, pendapatan projek penerbitan, catering, kedai buku, kedai kek, produk yang dihasilkan, hadiah-hadiah daripada pesakit-pesakit yang datang meminta khidmat perubatan islam dan banyak lagi sumber-sumber ekonomi yang Allah buka selama ini yang tak dapat dijelaskan di sini.
Namun, yang lebih penting ialah prinsip yang ana pegang sejak dahulu iaitu 'jangan fikirkan gaji dan pendapatan. Ia bukan segala-galanya. Buatlah kerja dakwah, demi kerana Allah, rezki pasti akan dibuka jalan oleh Allah bagi sesiapa yang bertaqwa.
Rasulullah saw bersabda:

مَنْ كَانَتْ الْآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا قُدِّرَ لَهُ
"sesiapa yang akhirat adalah cita-citanya Allah letakkan di hadapan matanya kekayaan di dalam hatinya, Allah gabungkan segala urusannya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan hina lagi mudah. Sesiapa yang dunia adalah cita-citanya Allah letakkan di hadapan matanya kefakiran, Allah ceraiberaikan segala urusannya dan tidak akan datang kepadanya daripada dunia melainkan apa yang telah Allah catatkan. ." (hadis riwayat Tirmizi)
Inilah yang telah ana kecapi selama ini. Janji Allah sentiasa benar. Rezki tidak pernah putus sejak alam pengajian (1992-1999) hinggalah ke alam pengajaran dan dakwah di bumi ini (1999-2008). Bahkan sentiasa melimpah ruah hingga dapat dikongsi dengan adik beradik dan sanak saudara.
Justeru, ana merasakan tak ada ruginya sekiranya jawatan pensyarah dilepaskan dan diberikan kepada ramai lagi yang berminat. Selama ini pun jawatan tersebut dipegang semata-mata kerana sayangkan ruang pembinaan akademik di universiti bukan kerana gaji yang ditawarkan. Di samping menanti proses pengajajian Phd disiapkan.
Tambahan lagi, di alam universiti sendiri banyak perkara yang berlansung yang agak mengecewakan dari sudut hala tuju pengajian, pembinaan ilmu dan sebagainya yang kurang selari dengan pemikiran dan prinsip hidup ana sendiri.
Namun, apa yang lebih penting sekarang ialah membina kekuatan akademik menerusi pembinaan dan perkembangan Kolej Pengajian Islam dan Tahfiz Fuqaha. Banyak yang ingin dilakukan dan telah dirancang sebenarnya, cuma menunggu masa untuk diberi tumpuan sepenuh masa insyaAllah.
Sekian dulu untuk coretan dinihari ini. Pagi nanti ada kuliah subuh di taman permata. dah lama tidak menyampaikan kuliah di sana dan petangnya atau esok akan ke Banda Acheh menghadiri seminar di IAIN Raniri insyallah selama 2 hari..... Sebarang komen dan pandangan balas saudara2 dan para sahabat boleh dilontarkan menerusi ruangan komen.
Wassalam
1.55 pagi.
Ust Hj Mohd Khairuddin Takiri
posted by admin @ 1:14 AM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri