BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Apabila manusia kesempitan.....
Friday, February 1, 2008
Manusia yang berada dalam kesempitan pasti menadahkan tangan ke langit memohon kepada Yang Maha Kuasa aagar menyelamatkan mereka. Di kala itu, hati kecilnya akan mengiktiraf kewujudan "Tuhan", walaupun sebelumnya dia seorang yang ateis, tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Senario ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa firmanNya.

Firman Allah :

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada kami ketika berbaring atau duduk atau berdiri. Tatkala kami lenyapkan kesusahannya, dia berlalu pergi seolah-olah dia tidak memohon kepada kami atas kesusahan yang menimpanya. Demikianlah dihiasi kepada orang-orang yang berlebih-lebihan, apa yang telah mereka kerjakan.

(Surah Yunus, ayat 12)

FirmanNya lagi :
وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُمْ مُنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُمْ مِنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ



"Apabila ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh kembali kepadaNya. Kemudian, apabila diberi ruang mengecapi Rahmat daripadaNya, tiba-tiba satu golongan dikalangan mereka mempersekutukan Tuhan".
(Surah al-Rum, ayat33)


FirmanNya lagi :

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

"Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada Tuhannya, dalam keadaan bersungguh-sungguh kembali kepadaNya. Kemudian apabila dia dianugerahhi dengan nikmat daripadaNya, dia lupa doa yang dipohon kepada Tuhannya sebelum itu, dan dia menjadikan untuk Allah gandingan-gandingan untuk menyesatkan (manusia) dari jalanNya...".
(Surah al-Zumar, ayat 8)
posted by admin @ 6:06 PM   0 comments
KURSUS PEMANTAPAN SOLAT BERSAMA UST KHAIRUDDIN
KURSUS SOLAT RASULILLAH SAW
BERDASARKAN HURAIAN 4 MAZHAB
bersama
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali
pada hari Ahad 24 Februari 2008
jam 9 pg - 4 ptg
bertempat
di
DARUL FUQAHA
Yuran rm 50 termasuk kertas kerja dan makan minum
untuk pendaftaran hubungi
Ust Azlan 0192677703 / Ust Harme 0192121972
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
posted by admin @ 5:56 PM   0 comments
Thursday, January 31, 2008
"kembali kepada kebenaran lebih baik daripada berterusan mempertahankan kebatilan".
Kata-kata hikmah ini sangat wajar menjadi hiasan diri setiap muslim. Dalam bahasa Melayu kata pepatah yang lebih kurang sama maknanya ialah "janganlah menegakkan benang basah."
Dalam berurusan dengan manusia kadang-kadang kita tersilap dalam menanggapi sesuatu. Namun, setelah disedari kesilapan, tidak mudah untuk seseorang mengakui kesilapan dan kesalahannya kerana baginya "ia adalah maruah". Hakikatnya bukannya maruah yang ingin dipertahankan tetapi adalah sebuah keegoan. HAKIKATNYA adalah "mempertahankan ego atas nama maruah"!!!
Keegoaan ini barangkali lahir kerana dirasakan manusia yang dihadapinya lebih rendah martabatnya. Tanpa disedari, sebenarnya dirinyalah yang rendah martabat kerana merasakan orang lain lebih rendah martabat darinya. Dirinyalah yang rendah martabat kerana mempertahankan sebuah kesombongan dan rasa besar diri.
Memang mengakui kesilapan amat pahit bagi setengah orang, namun ia amat mudah bagi mereka yang meletakkan syurga dan akhirat adalah segala-galanya. Apalah ada pada sebuah ego yang ingin dipertahankan. Ia hanyalah bisikan Iblis yang sememangnya takabbur dan besar diri berhadapan dengan Adam yang dimuliakan oleh Allah apabila diarahkan para Malaikat sujud.
Sabda Nabi saw bermaksud: "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya meskipun sebesar biji sawi rasa besar diri." (Hadis riwayat Muslim)
Apakah kebaikan mungkin diperolehi disebalik mempertahankan satu kesalahan yang sudah ternyata di hadapan mata? Tak mungkin ada kebaikan melainkan permusuhan dan pertelingkahan yang sememangnya dicintai oleh syaitan. Tak ada kebaikan melainkan perpecahan dan pergaduhan yang merugikan Islam dan umatnya.
Berlapang dada menerima sebuah kritikan meskipun pedas dan melukakan, mengakui kesilapan walau sebesar mana sekalipun, itulah ciri mukmin yang mengharapkan syurga di sisi Tuhan....itulah penawar bagi jiwa yang tenang...itulah ubat bagi segala kelukaan...
"Ya Allah jadikanlah daku di kalangan mereka yang sentiasa berlapang dada dan bersedia menerima teguran....."
اللهم اجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه
"Ya Allah jadikanlah kami di kalangan orang yang mendengar perkataan (yang baik itu) lalu mengikut yang terbaiknya."
posted by admin @ 9:23 PM   0 comments
Dato Ishaq Baharom Bekas Mufti Selangor meninggal
Wednesday, January 30, 2008


Kuala Lumpur 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini.
Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam akibat masalah tekanan darah.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.- sumber utusan

posted by admin @ 5:45 PM   0 comments
Kembalinya ke rahmat Allah Dato' Ishaq Baharom
Dari semalam saya menerima banyak sms menjelaskan keadaan kesihatan dato' ishaq baharom, bekas mufti selangor yang aktif berdakwah dan diminati ramai. Pagi tadi pula banyak menerima sms tentang kembalinya beliau ke rahmat Allah. Namun apabila saya periksa dengan sumber-sumber yang lebih dekat ternyata maklumat tersebut sehingga ke jam 1.15 ptg silap.
Inilah masalah maklumat sms yang kita terima. Tak dapat dipastikan manakah sumbernya. Justeru, wajarkah sms yang diterima segera diforward kepada pihak lain tanpa kita memeriksa sumber kandungannya terlebih dahulu. JUsteru itu, saya sendiri lebih suka mengambil sikap hanya menerima sms tetapi tidak akan "forward" kepada orang lain...
Dan tadi selepas mendapat kepastian yang jelas dari sumber-sumber yang diyakini, saya mendapat maklumat beliau telah kembali ke rahmat Allah pada jam 3 tadi, ketika saya sedang bermesyuarat dengan rakan-rakan di Jabatan Arab. Inna lillahi wa inna ilayhi raji`un.....Moga Allah merahmatinya......
Saya berhasrat untuk menyembahyangkan jenazah beliau....saya harap ribuan manusia akan datang menyembahyangkan jenazah beliau....itulah juga harapan saya di kala saya mati nanti....
maklumat yang saya perolehi daripada keluarga terdekat jenazah beliau sekarang dibawa ke rumah al marhum di Kelang, dan mungkin dikebumikan di Shah Alam....
posted by admin @ 5:07 PM   0 comments
KESEDERHANAAN DALAM BERIBADAH
Tuesday, January 29, 2008


قال البخاري: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ أَخْبَرَنَا حُمَيْدُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ الطَّوِيلُ أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ
جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Terjemahan Hadis:
Berkata Imam Bukhari: Sa`id bin Abi Maryam bercerita kepada kami: Muhammad bin Ja`far memberitahu kami: Humayd bin Abi Humayd Tawil (yang tinggi) memberitahu kami bahawa beliau mendengar Anas bin Malik radiyallahu `anhu berkata:
“Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanyakan tentang ibadah Nabi saw. Apa mereka diberitahu mereka bagaikan menganggapnya sedikit. Lantaran itu mereka berkata: “Di manakah kita berbanding Nabi saw sedangkan telah diampunkan untuk baginda dosa-dosa terdahulu dan terkemudiannya”. Berkata salah seorang mereka: “Adapun saya pasti akan mengerjakan solat sepenuh waktu malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya akan berpuasa setahun penuh tanpa berbuka”. Berkata lagi seorang lagi: “Saya pula akan mengasingkan diri daripada wanita-wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya”. Baginda saw lalu datang menemui mereka lantas bertanya: “Kamukah yang berkata demikian-demikian? Adapun saya demi Allah merupakan orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur dan saya mengahwini wanita-wanita. Oleh itu sesiapa yang bencikan sunnahku maka dia bukan di kalanganku.”[1]
Huraian Hadis
Hadis ini memberi pengajaran penting tentang kesederhanaan dalam beribadah. Ibadah bermaksud perhambaan diri kepada Allah subhanahu wa Ta`ala. Perhambaan ini diterjemahkan menerusi kepatuhan dan ketaatan yang mutlaq terhadap segala perintah dan larangan Allah. Manusia dan Jin sememangnya dicipta untuk beribadah dan memperhambakan diri kepadaNya sebagaimana firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
[2]
Maksudnya: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah memperhambakan diri kepadaKu.”
Ibadah terbahagi kepada dua:
Pertama, ibadah khusus seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji, berzikir dan membaca al-Qur’an. Ibadah ini dilakukan oleh seorang hamba semata-mata kerana ianya merupakan perintah Allah samada perintah wajib atau sunat untuk membuktikan ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah.
Ibadah khusus ini merupakan amalan peribadi yang dilakukan oleh seorang hamba samada secara bersendiri atau melibatkan masyarakat bagi membentuk jiwa yang bersih dan perasaan yang tenang kerana hakikat ketenangan akan tercapai apabila manusia menghubungkan dirinya dengan TuhanNya. Allah berfirman:

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ [3]
Maksudnya: “ketahuilah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
Mengingati Allah berlaku antaranya apabila seseorang melakukan ibadah-ibadah ritual yang khusus seperti ini.
Kedua, ibadah umum. Ia melibatkan perhambaan diri manusia kepada Allah dalam perlakuan harian seseorang pada setiap detik dan saat kehidupan yang dilaluinya sejak baligh hingga ke nafas yang terakhir. Perhambaan ini diterjemahkan menerusi ketaatan dan kepatuhan seseorang terhadap garis panduan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dalam perlakuan hariannya.
Seorang yang berniaga barang-barang yang halal dan tidak menipu dalam aktiviti perniagaannya telah beribadah dalam perniagaannya. Begitulah juga seorang yang amanah dan jujur dalam melakukan tangungjawab pekerjaannya yang halal telah beribadah dalam pekerjaannya itu. Seorang yang berkahwin kerana ia merupakan tuntutan beragama dan mengikut lunas peraturan perkahwinan yang digariskan oleh Islam juga beribadah dalam perkahwinannya. Inilah yang dikatakan ibadah umum.
Hadis di atas menjurus kepada perbahasan tentang ibadah yang khusus seperti solat dan puasa dan juga ibadah umum seperti perkahwinan. Beberapa orang sahabat cuba berusaha memahami perjalanan ibadah dan kehidupan seharian Nabi saw. Lantaran itu mereka menemui beberapa orang isteri nabi saw bertanyakan perkara tersebut.
Malangnya apabila dimaklumkan tentang ibadah harian nabi, mereka merasakan ibadah baginda itu sedikit. Namun, bagi mereka sedikitnya ibadah Nabi itu bertepatan dengan keadaan Nabi saw yang telah diampunkan dosanya oleh Allah samada yang terdahulu atau yang terkemudian. Ia tidak wajar dibandingkan dengan diri mereka sebagai manusia biasa. Justeru, mereka perlu melipat-gandakan lagi ibadah melebihi ibadah nabi saw. Inilah pemikiran lojik mereka.
Rentetan itu mereka berazam untuk melakukan ibadah secara berlebih-lebihan. Seorangnya berhasrat untuk mengerjakan solat malam tanpa tidur. Seorang lagi pula ingin berpuasa tanpa berbuka. Yang ketiga pula tidak mahu berkahwin agar tidak terganggu ibadahnya.
Apabila keazaman mereka diketahui oleh nabi saw, baginda segera menegur tindakan mereka. Alasan baginda ialah baginda juga solat malam dan tidur. Baginda berpuasa dan berbuka. Baginda juga mengahwini perempuan. Semua perlakuan Nabi itulah adalah sunnah yang mesti diikuti oleh umatnya kerana baginda diutuskan sebagai pembimbing manusia dalam segenap lapangan kehidupan. Sesiapa yang membenci sunnah hidup yang dirintis oleh nabi saw tersebut tidak akan diiktiraf sebagai umatnya.
Sunnah Nabi ini menggambarkan kesederhanaan dalam beribadah. Sikap berlebih-lebihan dalam beribadah ditolak kerana di satu peringkat ia boleh membawa kepada kebosanan. Kebosanan itu nanti menjadi pendorong untuk amalan tersebut ditinggalkan secara total. Kebosanan ini akan berlaku kerana ia bercanggah dengan fitrah jiwa dan kemampuan fizikal manusia itu sendiri.
Untuk menepati fitrah dan kemampuan manusia dalam beribadah baginda menganjurkan sikap “berdikit tetapi tetap dan berterusan”. Ini diterangkan oleh `Aisyah apabila ditanya tentang amalan yang paling disukai oleh Nabi. Beliau menegaskan: “amalan yang berterusan.”[4]
Menurut Ibn Battal, hadis di atas mengandungi pengajaran agar mencontohi ibadah tokoh-tokoh ummat, mengkaji keadaan dan perjalanan hidup mereka sepanjang malam dan siang dan tidak wajar bertindak melampaui cara ibadah orang-orang yang telah disediakan oleh Allah sebagai contoh bagi ummat dalam beragama dan beribadah. Sesiapa yang ingin melebihi perjalanan hidup mereka maka dia adalah perosak kerana mengambil sikap pertengahan dan bersederhana dalam beribadah adalah lebih baik agar nanti tidak terasa lemah untuk melakukan sesuatu ibadah serta tidak terputus melakukannya. Ini bersandarkan hadis Nabi saw:

خير العمل ما دام عليه صاحبه وإن قل[5]
Maksudnya: “Sebaik-baik amalan ialah yang berkekalan dilakukan oleh pelakunya meskipun sedikit.”[6]

Nabi saw merupakan orang yang lebih tahu kebaikan sesuatu amalan. Justeru, dalam beribadah perlulah dicontohi orang yang lebih tahu. Apabila Nabi saw bersederhana dalam beribadah dengan mengambil kira keperluan tidur di samping solat malam, keperluan berbuka apabila berpuasa dan keperluan berkahwin di samping beribadah, maka perlakuan baginda itulah yang terbaik.
Menurut Ibn Hajar al-`Asqalani, Nabi saw menggabungkan antara dua kekuatan iaitu kekuatan ilmu dan kekuatan amalan. Ini dapat difahami apabila baginda menyatakan dalam sebuah hadis tatkala membetulkan tindakan beberapa Sahabat yang bertindak membenci sesuatu tindakan yang telah dilakukan oleh Nabi sebagai satu kelonggaran untuk orang ramai[7]:

إِنِّي لَأَعْلَمُهُمْ بِاللَّهِ وَأَشَدُّهُمْ لَهُ خَشْيَةً [8]

Maksudnya: “Sesungguhnya saya adalah orang yang paling mengetahui tentang Allah dan paling takut kepada Allah berbanding mereka.”
Sikap melampau dalam beribadah lahir kerana kejahilan tentang aturcara beribadah. Justeru itu orang yang ingin beribadah perlu menggabungkan kekuatan ilmu dan kekuatan amal. Kekuatan ilmu menjadi benteng agar segala amalan bertepatan dengan syariat. Kekuatan amal pula sebagai jaminan untuk meneruskan amalan secara berterusan. Amat tidak wajar sekali beribadah tanpa ilmu. Juga amat tidak wajar berilmu tanpa beramal.
Bayangkan seorang yang memasuki masjid di kala kuliah ilmu sedang disampaikan oleh seorang guru agama. Akibat kejahilan, barangkali si lelaki ini menyibukkan dirinya sebaik masuk dengan pelbagai solat sunat atau dengan membaca al-Qur’an tanpa mengendahkan majlis ilmu sehingga ianya berakhir. Sekiranya lelaki ini mempunyai ilmu tentu dia tahu bahawa sewajarnya dia mengerjakan solat tahiyyatul masjid yang ringan sebaik masuk ke masjid, seterusnya mengikuti kuliah ilmu. Menuntut ilmu di kala itu lebih utama daripada pelbagai ibadat yang dilakukannya tadi.

[1] Hadis riwayat Bukhari, no 4675
[2] Al-Qur’an, Surah al-Zariyaat, 51: 56.
[3] Al-Qur’an, Surah al-Ra`d, 13: 28.
[4] Hadis riwayat Bukhari, no 1064.
[5] Hadis riwayat Ahmad dan Ibn Majah dengan lafaz :
‏اكْلَفُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ خَيْرَ الْعَمَلِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ
[6] Syarh Ibn Battal, juz 13, hlm. 153.
[7] Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, juz 17, hlm. 278.
[8] Hadis riwayat BUkhari, no 5636.
posted by admin @ 8:16 PM   0 comments
RTM 1 pagi esok Selasa 8.30 pagi
Monday, January 28, 2008
InsyaAllah saya dijemput sebagai tetamu rancangan Bicara Islam di RTM 1 pukul 8.30 pagi dengan tajuk : "Kesederhanaan Dalam Beribadah"
posted by admin @ 2:32 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri