 |
sangka baik elakkan tohmahan |
Saturday, January 30, 2010 |
 Perhubungan sesama muslim dibina atas asas persaudaraan Islam menerusi ikatan syahadah Lailahaillallah. Persaudaraan islam ini pula membentuk rasa kasih sesama muslim. Rasa kasih pula membawa kepada perasaan bersangka baik kepada setiap muslim dan seterusnya mempertahankan maruah saudara seIslam sekiranya dicemari dengan tohmahan dan sangkaan jahat. Allah berfirman يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, Karena sebagian dari sangkaan itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12) Imam Ibn Kathir dalam karya beliau Tafsir al-Qur’an al-`Azim mentafsirkan ayat di atas dengan katanya: “Allah Taala berfirman menegah hamba-hambanya yang beriman daripada banyak bersangka-sangka iaitu membuat tohmahan dan tuduhan terhadap ahli keluarga, sanak saudara dan orang ramai bukan pada tempatnya kerana sebahagian sangkaan itu merupakan dosa semata-mata. Justeru, hendaklah kebanyakan sangkaan itu dijauhi untuk berwaspada dan berhati-hati. Amir Mukminin Sayyidina `Umar berkata: “janganlah kamu membuat sangkaan terhadap satu ungkapan yang keluar daripada saudara kamu yang Islam melainkan sangkaan kebaikan di kala mana kamu mendapati ungkapan tersebut masih ada ruang untuk ditafsirkan sebagai kebaikan.” (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, Juz 7, hlmn 377) Rasulullah saw bersabda dalam hadis riwayat Abu Hurairah: “إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث، ولا تجسسوا ولا تحسسوا، ولا تنافسوا، ولا تحاسدوا، ولا تباغضوا، ولا تدابروا، وكونوا عباد الله إخوانا". Maksudnya: “Berwaspadalah kamu dengan sangkaan kerana sangkaan itu merupakan sedusta-dusta percakapan. Janganlah kamu mengintip-ngintip, mencari-cari kesalahan, janganlah kamu berlumba-lumba, janagan dengki mendengki, jangan benci membenci, jangan saling berpaling belakang dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) |
posted by admin @ 1:35 PM   |
|
|
Kemanisan Hidup INSAN SOLIH |
Tuesday, January 26, 2010 |
 وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu pasti berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan melakukan PERKARA-PERKARA YANG BERSIFAT SOLIH dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” Tiada manusia yang mahukan kerugian dalam perniagaan. Namun realitinya, tanpa sedar manusia sentiasa rugi dalam perniagaan yang bermodalkan nyawa, jasad dan waktu yang dipinjamkan oleh Allah. Kemanakah detik-detik waktu yang diberikan oleh Allah kita perniagakan?
Kemanisan hidup pasti dapat kita kecapi apabila seluruh masa dan detik kehidupan yang dikurniakan oleh Allah dapat kita pergunakan hanya dan semata-mata untuk kerja-kerja Islam yang disifatkan sebagan “amalan baik” yang membawa kita mendapat rahmat Allah di akhirat. HIDUP BERMAKNA APABILA KITA MENJADI ORANG SOLIH; Inilah yang sedang saya usahakan sekarang. Setiap langkah dan gerak cuba dipergunakan sedaya mungkin untuk jalan kebaikan MENJADI INSAN SOLIH.
Saya cuba hidup sebagai bapa yang solih kepada 7 orang anak yang sedang membesar antara umur 1 tahun ke 15 tahun, suami yang solih kepada 2 isteri, anak yang solih kepada seorang ayah dan seorang ibu tiri, menantu yang solih kepada 2 ibu mertua dan seorang bapa mertua, anak tiri kepada 2 orang bekas ibu tiri yang salah seorang bekerja bersama saya, abang sulong kepada belasan adik beradik, ipar duai dan sepupu sepapat yang tinggal bersama atau berada dalam lingkungan kerja bersama dan kehidupan seharian.
Saya berusaha menjadi penjaga dan pendidik yang solih kepada lebih 50 anak yatim, pendidik yang solih kepada lebih 120 orang anak-anak islam yang sedang menimba ilmu di Sek. Ren islam Pintar Tahfiz dan Institut Pintar Tahfiz Fuqaha, pensyarah ilmu yang solih kepada lebih 20 orang remaja yang mengikuti pengajian di Kolej Islam Fuqaha, penceramah yang solih di surau, masjid, pejabat kerajaan pada zohor dan maghrib dan pelbagai undangan seminar, forum, kursus di pelbagai ketika selain undangan di media elektronik tv dan radio, penulis yang solih untuk tulisan di internet, akhbar dan buku agama, aktivis dakwah yang solih yang terlibat dengan pelbagai NGO Islam, pengamal perubatan Islam yang solih membantu mangsa gangguan jin dan sihir, peniaga yang yang solih meletakkan matlamat untuk memastikan kesinambungan hayat Darul Fuqaha yang memerlukan perbelanjaan bulanan melebihi RM50 ribu dan……. Saban minggu setiap Jumaat saya kembali ke kampung halaman menyampaikan kuliah ilmu mingguan di surau bersebelahan rumah keluarga dengan perbelanjaan flight atau berkereta yang ditanggung sendiri....Doakanlah kejayaan saya wahai saudara budiman kerana doa kalian amat mahal harganya….
|
posted by admin @ 2:33 PM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|