BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Kenapa Dr. Asri ditangkap?
Tuesday, November 3, 2009

Penangkapan Dr Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Kerajaan Perlis oleh JAIS ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah rumah di Selangor sememangnya mengejutkan. Alasan yang diberi oleh JAIS ialah tidak mempunyai tauliah.

Tauliah bermaksud pelantikan. Tiada tauliah ertinya tiada perlantikan daripada pihak berkuasa untuk menyampaikan agama. Ia bukan bererti bahawa mereka yang tidak bertauliah tidak berilmu dan tidak layak menyampaikan Islam tetapi ia bermaksud seseorang itu -samada berilmu atau tidak-tidak berhak menyampaikan ilmu agama selagi tiada perlantikan daripada pihak berkuasa agama. Pihak berkuasa agama dalam konteks selangor ialah JAIS dan Mais yang diberikan peruntukan kuasa oleh Sultan menerusi peruntukan perlembagaan negeri.

Dr. Asri ditangkap kerana tiada perlantikan untuk mengajar agama di Selangor bukan kerana beliau tidak mempunyai kelayakan ilmu untuk menyampaikan agama. Bagaimana mungkin dia tidak berilmu sedangkan beliau telah dilantik menjadi Mufti Perlis selama lebih 2 tahun. Beliau pula satu-satunya mufti di Malaysia yang mempunyai Phd. Pengajian Islam yang merupakan kelayakan akademik tertinggi ketika itu.

Dr Asri adalah bekas Mufti Perlis. Beliau tentunya mempunyai tauliah untuk menyampaikan ilmu di Perlis. Namun, ia tidak bererti beliau ditauliahkan untuk menyampaikan ilmu di negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap negeri adalah berbeza kekuasaan agamanya. Seorang penceramah kebangsaan yang menyampaikan ilmu di seluruh Malaysia hakikatnya perlu mempunyai tauliah bagi setiap negeri yang ada di Malaysia. Tapi reality yang berlaku, saya yakin penceramah-penceramah terkenal yang ligat menyampaikan ilmu seluruh Malaysia menerusi jemputan oleh surau dan masjid tidak mempunyai tauliayah di semua negeri-negeri tersebut.

Saya sendiri hanya memiliki tauliah seumur hidup daripada Wilayah Persekutuan kerana dulunya saya menetap di Padang Balang, Sentul, Wilayah Persekutuan dari tahun 1999-2002 ketika bertugas di UIA. Saya tidak mempunyai tauliah mengajar di Selangor walaupun sememangnya dari dulu saya cergas menyampaikan ceramah di Selangor dan sekarang pun menetap di Bangi, Selangor.

Saya pernah mengajar selama setahun Sijil Pengajian Islam anjuran JAIS dengan kerjasama Universiti Malaya di sebuah masjid besar di Selangor. Ketika itu saya pun tidak ada tauliyah. Tapi saya dibenarkan mengajar di bawah JAIS. Saya juga dijemput ke Institut Latihan Selangor di bawah JAIS beberapa kali sedangkan saya pun tidak bertauliyah.

Malah saya juga tidak mempunyai tauliyah mengajar di Terengganu negeri kelahiran saya walaupun saya kembali saban minggu setiap hari Jumaat mengajar di kampong kelahiran saya Seberang Takir. Saya dijemput berceramah di seluruh Malaysia; Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sarawak dan Sabah. Saya tidak pernah mempunyai tauliyah mengajar di tempat-tempat ini.

Saya pernah berceramah dengan jemputan Jabatan Agama Islam Johor untuk guru-guru takmir Johor. Ketika itu saya memang tak ada tauliyah daripada Jabatan Agama Johor.
Saya sentiasa dijemput untuk rancangan radio dan tv tapi penerbit tidak pernah bertanya saya bertauliyah atau tidak.

Sepanjang tempoh saya tidak bertauliyah ini saya Alhamdulillah tidak pernah dihalang untuk menyampaikan ilmu walaupun tidak bertauliyah di negeri-negeri tersebut. Dan di sana sangat ramai lagi penceramah seperti saya yang berceramah di seluruh Negara tanpa tauliyah. Mereka juga tidak diganggu dan dihalang. Saya berdoa dan berharap agar saya selama-lamanya tidak akan dihalang untuk menyampaikan ilmu walaupun tidak bertauliyah.

Persoalannya kenapa saya dan penceramah-penceramah ini tidak pernah dihalang atau diganggu? Bukankah kami tidak bertauliyah. Sebenarnya tauliyah dan perlantikan bukanlah isu. Sekiranya tidak bertauliyah pihak berkuasa agama boleh meminta agar penceramah-penceramah ini memohon tauliyah. Mendapatkan tauliyah bukanlah sukar. Itu pengalaman saya mendapat tauliyah daripada Wilayah Persekutuan.

Ada banyak kemungkinan yang bole dibuat kenapa penceramah-penceramah tak bertauliyah tidak dihalang atau diganggu atau ditangkap. Mungkin kerana penceramah-penceramah ini tidak pernah menimbulkan isu-isu kontroversi atau barangkali ada pandangan kontroversi tetapi kecil-kecil sahaja atau tidak dibuat aduan oleh masyarakat kepada pihak berkuasa.

Tapi kenapa Dr. Asri ditangkap kerana tidak ada tauliyah? Apakah tauliyah menjadi isu besar yang mewajarkan dr Asri ditangkap? Bagaimana sekiranya Dr Asri memohon untuk mendapatkan tauliyah? Adakah beliau akan diberikan tauliyah? Ini persoalan-persoalan yang perlu dilihat.

Dr. asri seorang yang sangat popular terutamanya selepas beliau menjadi Mufti Perlis. Ketika itu beliau banyak menyampaikan pandangan-pandangan kontroversi yang selalunya berlawanan dengan arus perdana yang didokongi oleh pihak berkuasa agama. Saya sendiri bukannya penyokong Dr Asri dalam banyak pandangan kontroversi beliau walaupun saya bersahabat baik dengan beliau. Saya pernah mencanggahi pandangan beliau yang sangat kontroversi iaitu intipan khalwat sehingga saya mengeluarkan satu buku khusus mencanggahi pandangan beliau. Namun perbezaan pandangan saya dengan beliau tidak pernah menghalang dan menggangu ukhuwwah antara kami.

Bagi saya Dr Asri ditangkap bukan semata-mata kerana beliau tidak bertauliyah. Sekiranya hanya kerana itu beliau boleh diberi nasihat untuk memohon tauliyah.
Beliau juga tidak ditangkap kerana beberapa pandangan kontroversi seperti intipan khalwat, sikap pejabat agama atau sikap mahkamah syariah.

Tapi isunya lebih jauh daripada itu. Isunya ialah pandangan-pandangan yang dipegang oleh Dr Asri yang dilihat dan dianggap tidak selari dengan pandangan arus perdana yang didokong oleh pihak berkuasa agama yang diistilahkan sebagai “wahabi.” Dr Asri memang tidak akan mendapat tauliyah meskipun dipohon melainkan sekiranya Dr Asri boleh berkompromi dengan beberapa pandangan yang dianggap sebagai “wahabi”.

Ada pandangan-pandangan tersebut berkaitan dengan persoalan fiqh antaranya tidak membolehkan talqin, berhimpun untuk bertahlil malam kematian, berzikir secara lantang dan beramai-ramai selepas solat dan beberapa isu lagi. Ada pula berkaitan dengan aqidah iaitu persoalan takwil ayat-ayat mutasyabihat.

Pandangan-pandangan yang dipegang oleh beliau selari dan diterima serta diamalkan di Perlis secara rasmi. Tetapi tidak di negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Selangor. Pandangan-pandangan inilah menyebabkan Dr Asri dituduh sebagai “wahabi” oleh sebilangan orang.

Saya yakin kerana inilah juga Dr Asri dihalang untuk menyampaikan ceramah agama di Selangor meskipun ketika beliau masih lagi menjadi Mufti Perlis. Dan saya yakin berkaitan isu inilah juga Dr Asri ditangkap. Beliau dianggap menyebarkan beberapa pandangan yang dianggap sebagai “wahabi”. Tiada tauliyah hanyalah alasan untuk menangkap beliau tetapi alasan yang sah dari sudut undang-undang kerana sememangnya tiada tauliyah adalah satu kesalahan menurut undang-undang penguatkuasaan agama di Selangor! JAIS perlu berterus terang kepada masyarakat apakah sebab sebenar penangkapan Dr Asri ini untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat.

Baiklah, sekarang apa pula sikap kita dalam isu sebegini?

Pertama: Bagi saya penangkapan Dr Asri atas nama tiada tauliyah memberikan imej yang buruk terhadap para pendakwah. Beliau dikenali sebagai pendakwah. Penangkapan terhadap pendakwah akan meletakkan kedudukan pendakwah di tahap yang rendah di mata masyarakat. Mereka akan dilihat sebaris dengan pesalah-pesalah syariah yang lain seperti berkhalwat, bersekedudukan dan bepakaian tidak senonoh yang diheret ke mahkamah. Ia akan menjadi mainan lidah masyarakat yang melakukan maksiat terutamanya anak-anak muda yang tidak berakhlak. Kata mereka; tengok, pendakwah pun buat salah jugak diheret ke mahkamah. Kaedah yang lebih terhormat sepatutnya diambil melibatkan pengajaran tanpa tauliyah. Pendakwah sepatutnya dipanggil ke pejabat agama untuk berbincang dan diberikan peringatan. Itu lebih terhormat sesuai dengan kedudukan mereka di mata masyarakat. Penangkapan kepada para pendakwah di khalayak ramai ketika berceramah pula adalah satu penghinaan di kala alternative terhormat sentiasa ada.

Kedua: Tuduhan Dr Asri sebagai Wahabi perlukan pembuktian yang jelas. Pandangan-pandangan Dr Asri yang dikatakan “Wahabi” ini perlu dibawa ke meja perbincangan secara rasmi di peringkat kebangsaan. Adakah setiap orang yang tidak bertalqin, bertahlil kematian dan berzikir lantang dianggap sebagai “wahabi”? Adakah ia pandangan yang sesat? Satu seminar ilmiyah perdana perlu dibuat oleh pihak berkuasa agama bagi membahaskan isu-isu “Wahabi” ini secara akademik. Semua pihak perlu dipanggil untuk membentangkan kertas kerja dan berbahas secara ilmu. Seterusnya diputuskan di peringkat kebangsaan adakah “Wahabi” satu pandangan yang sesat atau ia termasuk dalam isu perbezaan pandangan yang boleh dikompromi.

Terlebih dahulu Istilah “Wahabi” perlu diberikan takrifan yang jelas sehingga ia dapat dimasukkan secara rasmi dan terperinci dalam Kamus Dewan. Ini kerana kaedah fiqh menyatakan “Hukum ke atas sesuatu adalah satu cabang daripada gambaran tentangnya.” Tanpa takrifan yang jelas tidak mungkin kita boleh membuat hukuman yang benar tentang status pandangan “Wahabi” ini.

Sekiranya ia suatu pandangan yang sesat maka layaklah Dr Asri ditangkap lagi sekiranya menyampaikan ceramah di mana-mana negeri di seluruh Malaysia. Perlis juga boleh diarah untuk meninggalkan pendapat tersebut. Sekiranya ia persoalan yang dibolehkan ulama berbeza pandangan maka sebaiknya beliau dibenarkan untuk menyampaikan pandangan berbeza ini secara ilmiyah.

Isu-isu “Wahabi” sebenarnya telah lama dibahaskan secara akademik oleh para alim ulama. Isu-isu sentiasa berbangkit bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh Asia Tenggara dan juga Negara Arab. Namun bagi generasi Malaysia baru, mereka perlu mendapat ilmu dan maklumat sebenar secara akademik dan secara rasmi berhubung isu-isu ini. “Manusia sentiasa memusuhi sesuatu yang tidak diketahuinya.’ Justeru, berikan ilmu kepada ummat bukan hanya “segelung gari”
posted by admin @ 1:03 AM   3 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri