BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Adab Berbuka
Saturday, September 29, 2007
عن سهل بن سعد رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ
Daripasa Sahl bin Sa`ad radiyallahu `anhu, bahawasanya Rasulullah saww bersabda: “Orang Ramai akan sentiasa dalam keadaan baik selama mana mereka menyegerakan berbuka”. (hadis sepakat Bukhari dan Muslim)

Hadis menjadi dalil sunat menyegerakan berbuka setelah dipastikan matahari telah tenggelam samada dengan melihat atau dengan perkhabaran orang yang dipercayai perkhabarannya. Ulama menyebut justifikasi hukum ini ialah bertujuan untuk membezakan antara perlakuan Muslim dan perlakuan Yahudi serta Nasrani. Menurut Imam Syafie menyegerakan berbuka adalah sunat, tetapi memperlewatkannya juga tidak makruh melainkan bagi orang yang sengaja dan merasakan memperlewatkan itu lebih utama.

Ada setengah pihak memperlekehkan orang yang segera berbuka dengan alasan; macam pelahap sangat, tak sabar-sabar nak makan!!! Ini bukan persoalan pelahap tetapi ia merupakan adab yang diajar oleh rasulullahs aw bagi orang yang berbuka puasa.
posted by admin @ 11:56 AM   0 comments
Pengangkapan suspek pembunuhan Nurin; selesaikah masalah kita???
Berita harian hari ini melaporkan: Polis meraih kejayaan pertama dalam siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, apabila menahan lima orang termasuk sepasang suami isteri hasil tiga serbuan berasingan di Shah Alam, Selangor, malam kelmarin."
Alhamdulillah...itu permulaan yang baik...tahniah buat pasukan keselamtan.Tapi masyarakat jangan leka dengan kejayaan ini.
Sekiranya mereka yang ditangkap memang benar-benar didapati terlibat dengan kes pembunuhan Nurin adakah kita telah menyelesaikan masalah ke akar umbinya...??Dalam masyarakat hari ini saya kira tidak seorang yang kemaruk seks yang berpotensi menjadi penjenayah seksual...kita perlu melihat akar umbi masalah..masalah kita ialah pada ransngan seks yang semakin melampau diterajui oleh media masa elektronik dan cetak...gambar wanita separa telanjang menjadi hidangan biasa di dada akhbar...televisyen dengan pelbagai ranagkai memaparkan filem-filem separa lucah...inilah punca yang melahirkan masyarakat tidak berakhlak dan bermoral. Pihak berkuasa perlu bertindak dengan jujur....kalau kita mahukan penyelesaian total..masyarakat juga mesti jujur berbicara tentang punca penyakit ini.
posted by admin @ 11:26 AM   0 comments
memperlekehkan ulama silam?
salah seorang hadirin kuliah dhuha pagi tadi bertanya tentang kecenderongan ilmuwan kecil islam dewasa ini memperlekehkan ulama terdahulu....adakah ilmuwan hari ini sebersih jiwa ulama silam. mereka tidak ada tv yang mereka tonton yang merosakkan hati..mereka tidak makan di jalanan yang belum tentu status kebersihan makanannya...renungkanlah...
posted by admin @ 11:03 AM   2 comments
Pembunuhan Nurin: NIKMAT KEAMANAN YANG DITARIK?
Tuesday, September 25, 2007
Allah berfirman bermaksud: “Dan Allah membuat perumpamaan satu kampong yang dulunya aman tenteram, rezki datang melimpah ruah dari segenap tempat, lalu ia kufur dengan nikmat Allah, lantas Allah kenakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan.” (surah Nahl : 112)

Nikmat keamanan dan kekenyangan merupakan kemuncak nikmat yang memberi kebahagiaan. Apa lagi yang manusia inginkan selain hati yang tenang, jiwa yang tenteram seterusnya diringi pula oleh perut yang kenyang disebabkan rezki yang melimpah ruah. Inilah kemuncak nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Namun, sedarkah kita bahawa semuanya merupakan limpahan kurnia daripada Allah?

Atau kita merasakan semuanya adalah hasil usaha kita semata-mata. Nikmat aman kerana kami berjaya menguruskan keamanan Negara!!! Nikmat kenyang kerana kami berusaha gigih mencari rezki dan peluang ekonomi!!! Inilah ungkapan dan ucapan orang yang kufur dengan nikmat Allah.

Nikmat aman dan kenyang telah digunakan bukan pada jalan yang diredai oleh Allah. Keamanan menjadikan manusia leka dengan segala bentuk hiburan. Kekayaan dan limpahan rezki mendorong mereka membelanjakannya untuk yang terlarang.

Nah!! Sekarang kita sudah mula merasai betapa nikmat aman mula ditarik. Si anak kecil tidak lagi aman untuk dibiarkan bersendirian di persekitaran rumah. Si kecil Nurin yang kes pembunuhannya menggemparkan negara bukannya merayau jauh ke tengah bandar, tetapi sekadar ke hadapan rumahnya…..ke pasar malam…namun jelas persekitaran kejiranannya gagal memberi jaminan keselamatan buat dirinya.

Bagaimana pula dengan anak-anak kecil kita yang ke sekolah bersendirian mengayuh basikal? Bagaimana anak-anak kecil yang dibiarkan untuk mengecapi kemanisan saat-saat kecilnya di taman permainan yang barangkali tidak berapa jauh daripada kediamannya??

Masyarakat mula diasak oleh pihak berkuasa untuk mula berfikir tentang cadangan mendakwa ibu bapa yang dikira cuai kerana membiarkan anak-anak bermain sendirian. Ibu bapa yang bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang akan menuduhnya cuai pasti akan bertindak mengurung anak-anak di rumah. Persoalanya mampukah mereka?
Kalau benar ia mampu dilakukan, jadilah rumah penjara kecil untuk anak-anak. Anak-anak ini telah dinafikan haknya untuk merasai nikmat kemanisan zaman kanak-kanaknya seperti mana yang telah ibu-bapanya kecapi 20 tahun yang lalu. Bersediakah masyarakat menerima cadangan tidak praktikal ini yang cuba dicadangkan oleh pihak berkuasa sebagai satu cadangan penyelesaian yang dikira mudah. Cadangan yang selalunya sebagai respon segera kepada isu yang berlaku!! Sebagaimana pihak berkuasa bertindak segera rentetan bas yang terbalik di lebuh raya baru-baru ini.

Kita tidak mahu menolak mentah-mentah cadangan tersebut. Namun, kita perlu melihat penyelesaian kepada akar umbi masalah. Penyelesaian bukan pada menghukum ibu-bapa yang akan dituduh sebagai cuai dalam keadaan tafsiran kepada kecuaian itu sangat relative. Kalau kecuaian ditafsirkan seperti apa yang berlaku kepada Nurin, saya bimbang tidak sedikit nanti ibu bapa yang akan dituduh cuai tidak terkecuali orang-orang besar dan pihak pegawai keselamatan sendiri yang tentu sibuk dengan urusan kerja menjaga keselamatan masyarakat hingga terpaksa membelakangkan keselamatan keluarga sendiri nanti.
Semua lapisan masyarakat termasuk pihak berkuasa perlu lebih jujur melihat kepada permasalahan sebenar. Penjenayah seks yang tidak sikit bilangannya hari ini adalah kelahiran pelbagai rancangan porno yang ditayangkan di media masa dengan bebas hari ini. Adakah perkara ini mahu kita nafikan peranannya? Malah media rasmi negara juga tidak terlepas daripada menyiarkan rancangan-rancangan yang membangkitkan keinginan seks tanpa batas. Lihatlah akhbar-akhbar harian masih galak memaparkan pelbagai gambar artis yang beraksi lucah. Perhatikan juga kebanjiran pelbagai majalah porno yang dianggap oleh sebilangan orang yang kononnya maju sebagai semi porno dan lambang kemajuan. Inilah antara punca masalah.
Marilah kita berbicara lebih jujur. Jangan tangan kanan membina tamadun dan tangan kiri pula meruntuhkannya.

Allah berfirman bermaksud: “mereka mencampurkan amalan yang baik (dengan yang jahat) dan satu lagi amalan jahat (dicampurkan dengan amalan baik).”(surah Taubah:102)
posted by admin @ 5:16 AM   0 comments
Menuntut Ilmu Agama Kerana Habuan Dunia
Monday, September 24, 2007
Alhamdulillah, petang tadi saya sempat mengadakan majlis iftar untuk anak-anak murid saya yang mengambil subjek Balaghah dan subjek Sejarah Tatabahasa Arab di FPI, UKM dan sempat juga memberikan sekelumit peringatan untuk mereka. Saya jelaskan bahawa pelajar-pelajar jurusan pengajian Islam perlu meletakkan matlamat yang betul pencarian ilmu. Ilmu tidak wajar dicari untuk mendapat habuan dunia. Sangat membimbangkan hari ini apabila para pelajar pengajian islam meletakkan pertimbangan kerja dalam pemilihan jurusan. Lebih membimbangkan apabila para pensyarah pengajian islam menyambung pengajian di peringkat master dan Phd hanya semata-mata kerana kenaikan pangkat. Penulisan artikel dan buku ilmiyah hanya semata-mata kerana pertimbangan merit pekerjaan. SANGAT MEMBIMBANGKAN!!!!
Saya peringatkan mereka dengan hadis Sahih riwayat Abi Dawud
Bermaksud: "sesiapa yang mencari ilmu yang dituntut dengannya redha Allah, dia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat habuan dunia, dia tidak akan mencium bau syurga di hari Qiamat".
Saya mengharapkan anak-anak murid bakal menjadi para pendakwah islam yang hidup untuk Islam.....
posted by admin @ 11:23 PM   0 comments
Ramadhan
Antara kekeliruan yang selalu ditimbulkan oleh umat islam tentang puasa ialah kenapa ada negeri yang puasa awal dan ada yang puasa lambat. Tidakkah ini menggambarkan perpecahan umat Islam?
Penentuan puasa adalah berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh nabi saw menerusi hadis baginda bermaksud: "berpuasalah kamu kerana melihatnya (bulan) dan berbukalah (beraya) kerana melihatnya. Sekiranya terlindung oleh awan maka sempurnakanlah bilangan sya`ban 30."
Bulan dalam Islam samada 29 hari atau 30 hari. Berdasarkan hadis ini maka apabila berakhir 29 hb sya`ban umat islam perlu meneliti kehadiran bulan pada waktu maghribnya. Sekiranya bulan kelihatan bererti 1 ramadhan telah bermula dan sya`ban pada tahun ini hanyalah 29 hari sahaja. Sekiranya tidak kelihatan maka sya`ban mesti digenapkan 30 hari dan hari selepasnya adalah 1 ramadhan.
Apa yang berlaku ialah barangkali bulan kelihatan pada pandangan penduduk sesebuah negeri. Ini bererti Ramadhan telah masuk. Justeru mereka yang menyaksikannya diwajibkan berpuasa sebagaimana tuntutan hadis. Namun bagi negeri yang tidak dapat melihatnya kerana terlindung oleh awan, mereka tidak diwajibkan puasa malah mereka perlu mencukupkan bilangan sya1`ban 30 hari.
Persoalan yang ditimbulkan ialah: kalau ada penduduk negeri lain yang melihat bulan, ia bererti bulan Ramadhan telah bermula. Apabila Ramadhan bermula bererti umat Islam mesti berpuasa. Justeru, kenapa penduduk negeri yang tidak melihatnya tidak berpuasa sedangkan bulan ramadhan telah tiba dengan kesaksian penduduk negeri lain?
Jawapannya ialah islam tidak meletakkan kewajipan puasa pada masuk Ramadhan semata-mata tetapi kepada penglihatan. Sekiranya Ramadhan telah masuk dengan kesaksian penduduk negeri lain tetapi ia tidak kelihatan oleh penduduk negeri satu lagi kerana terlindung oleh awan maka mereka tidak diwajibkan berpuasa. Terlindung oleh awan tidak bererti bulan belum masuk. Tetapi nabi menetapkan kaedah "penglihatan" untuk menentukan kewajipan puasa. Inilah kaedah yang ditetapkan oleh nabi. Justeru logik akal tidak perlu digunakan di sini. Gunakanlah lojik hukum.
Persoalan perpecahan tidak wajar hanya dilihat kepada cara yang berbeza. tetapi dilihat kepada matlamat. Saya buat analogi begini: dua orang yang nak ke johor. seorangnya menaiki flight manakala seorang lagi menaiki kereta. tentulah yang naik flight lebih awal tiba berbanding yang naik kereta. tetapi mereka sebenarnya bersatu pada matlamat iaitu sama-sama mahu ke Johor.
begitulah yang berlaku pada umat islam dalam berpuasa. mereka yang berpuasa awal tak semestinay dianggap berpecah dengan umat islam yang berpuasa lambat. Ini kerana mereka ebrsatu pada matlamat iaitu melakukan sesuatu kerana tuntutan agama dan kerana mencari keredhaan Allah. yang berpuasa awal melakukannya kerana mengikut arahan nabi agar berpuasa apabila melihat anak bulan. yang tak berpuasa juga kerana mengikut arahan nabi yang mengarahkan mereka tidak ebrpuasa apabila tidak melihat anak bulan kerana terlindung oleh awan. Justeru mereka bersatu pada mencari redha Allah.
JANGANLAH mudah terpengaruh dengan pandangan yang hanya bergantung pada logik dalam mentafsirkan agama.
menggantungka
posted by admin @ 1:53 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri