BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Soal Jawab Berkaitan Hukum Memberi Salam (1)
Saturday, October 23, 2010

Apakah yang dimaksudkan dengan memberi salam? Adakah terdapat lafaz tertentu yang mesti digunakan atau boleh sahaja dengan apa-apa lafaz yang menggambarkan salama?
Ketahuilah wahai saudaraku, memberi salam bermaksud memberi ucapan berupa doa keselamat dan kesejahteraan kepada seseorang dengan lafaz-lafaz tertentu yang dijelaskan oleh Syara`. Antara ucapan salam ialah Assalamu`alaikum. Oleh itu mengucapkan selamat dengan lafaz-lafaz dalam bahasa lain seperti selamat pagi, good morning dan sebagainya tidak dikira memberi salam.


Apa hukum memulakan memberi salam kepada seseorang apabila bertemu di jalanan dan sebagainya?


Ketahuilah wahai saudara, sunat aini bagi seseorang individu memulakan ucapan salam kepada seseorang lain meskipun kepada seorang kanak-kanak atau kepada seseorang yang dijangka tidak akan menjawab salamnya. Sunat aini bermaksud sunat ke atas dirinya secara peribadi.


Bagaimana pula sekiranya berada bersama satu kumpulan lalu bertemu dengan seseorang yang lain, apakah hukumnya juga menjadi sunat aini?

Ambillah ilmu wahai saudara, apabila berada secara berkumpulan; berdua atau lebih; hukum memulakan salam menjadi sunnah kifayah. Sunnah kifayah bermaksud secara berkumpulannya sunat memberi salam, apabila seorang daripada kumpulan tersebut memberikan salam maka semuanya mendapat pahala. Namun, yang sebaiknya ialah setiap orang daripada yang berkumpulan itu juga memberikan salam.

Apakah hukum menjawab salam apabila bersendirian?
Ambillah ingatan wahai saudaraku yang sayangkan akhiratnya, telah ijma` para ulama sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn `Abd al-Barr bahawa menjawab salam bagi seseorang individu yang diberikan salam adalah fardhu ain dengan maksud wajib ke atas secara peribadi menjawab salam tersebut. Sekiranya diabaikan dia akan menanggung dosa.

Bagaimana pula hukum menjawab salam apabila berkumpulan?
Ketahuilah wahai saudara yang beriman, Sekiranya berada dalam sekumpulan manusia yang diberikan salam maka menjadi fardhu kifayah ke atas kumpulan tersebut menjawab salam. Fardhu kifayah bermaksud tanggungan menjawabnya adalah kepada semua ahli kumpulan, namun apabila ada seseorang di kalangabn mereka telah menjawab salam maka gugrlah kewajipan daripada mereka semua dan kesemua mereka mendapat pahala menjawab salam.
posted by admin @ 12:32 PM   1 comments
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SOLAT HAJAT?
Friday, October 22, 2010

Apakah yang dimaksudkan dengan solat hajat?

Terdapat dua cara untuk menunaikan hajat khususnya hajat dunia. Pertama dengan mentaati Allah iaitu dengan melakukan apa yang diperintah samada perintah wajib mahupun sunat dan meninggalkan apa yang dilarang samada larangan haram atau larangan makruh.

Ketaatan tersebut sekiranya diterima oleh Allah menjadi penyebab untuk manusia mendapat apa sahaja hajat yang dicita-citakannya. Dalilnya ialah firman Allah:
ومن يتق الله يجعل له مخرجا. ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه
Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia jadikan untuknya jalan keluar dan Dia memberi rezki kepadanya dari sumber yang dia tidak jangkakan” (Surah al-Talaq, ayat 2-3).
Begitu juga firman Allah:
من عمل صالحا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فلنحيينه حياة طيبة
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan amalan soleh samada lelaki atau perempuan sedangkan dirinya beriman maka Kami akan hidupkan dirinya dengan kehidupan yang baik. (Surah al-Nahl ayat 97).
Allah berfirman lagi:
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
maksudnya:”Dan jikalau penduduk kampungitu beriman dan bertaqwa pasti Kami buka untuk mereka barakah-barakah (rezki) dari langit dan bumi.” (Surah al-A`raf ayat 96)
Cara kedua ialah dengan berdoa kepada Allah dengan syarat-syarat dan adab-adab yang telah digariskan oleh Syara` antara yang terpentingnya khusu` hati dan perasaan serta tulus ikhlas hati terhadap Allah dan menjauhi perkara haram.

Doa yang terbaik pula ialah doa yang didahulukan dengan amalan soleh. Dan antara amalan soleh itu ialah dengan mengerjakan solat. Imam Ahmad meriwayatkan dengan Sanad yang Sahih
" من توضأ فأسبغ الوضوء ثم صلى ركعتين يتمهما أعطاه الله ما سأل معجَّلا أو مؤخرا"
Maksudnya: “Sesiapa yang berwudu’ lalu menyempurnakan wudu’nya kemudia dia mengerjakan solat dua rakaat Allah yang disempurnakan, Allah berikan kepadanya apa yang diminta cepat atau lambat.”
sempurnakan
posted by admin @ 10:00 AM   0 comments
Berpakaian Tapi Telanjang Tidak Masuk Syurga Dan tak Cium Bau Syurga
Thursday, October 21, 2010

Sangat malang sekali, apabila sesuatu perbuatan mungkar yang sangat jelas kemungkarannya telah dilabelkan sebagai "Islamic". Inilah yang berlaku apabila "Islamic Fashion Festival" satu nama yang diberi bagi satu pertunjukan fesyen pakaian wanita yang mempamerkan pakaian-pakaian jahiliyyah yang bukan sahaja tidak menutup aurat malah diiringi dengan fesyen yang menampilkan susuk-badan wanita telah diadakan baru-baru. Sebenarnya inilah bukanlah yang pertama, malah sebelumnya telah banyak fesyen pakaian jahiliyah berlabelkan islam seumpama itu telah diadakan di Malaysia. Kita memperingkatkan penganjur dan mereka yang terlibat di kalangan orang islam ini dengan ancaman Rasulullah SAW berhubung pakaian yang tidak menutup aurat:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Sabda Rasulullah saw; dua golongan ahli neraka, saya tidak akan memandang mereka iaitu satu kaum bersama mereka cemeti seumpama ekor-ekor lembu mereka memukul orang ramai dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi bertelanjang, meliuk-lintukkan (badan), menggoyangkan (bahu), kepala mereka seumpama bonggol-bonggol unta yang bergoyang. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga sedangkan baunya dapat dicium dari jarak perjalanan begian begian.”Hadis Sahih Muslim

Huraian panjang maksud hadis akan saya bicarakan nanti insyallah.
posted by admin @ 2:26 PM   0 comments
Program Korban Tahun ke 5 di Kemboja & Tahun 1 di Sabah


PROGRAM KORBAN DI KEMBOJA DAN SABAH

DARUL FUQAHA menganjurkan Program Ibadah Korban untuk tahun yang ke lima di Kemboja dan kali pertama di Sabah.
Korban di Kemboja: RM230 untuk 1 bahagian dengan tambahan rm70 untuk agihan elaun bulanan guru-guru Qur'an di kemboja;
Korban di Sabah: RM400 untuk 1 bahagian

Korban di Sabah akan dilaksanakan di pendalaman Sabah di perkampungan penduduk muallaf yang miskin dengan tujuan memperkukuhkan lagi keimanan mereka.

Berminat boleh call atau sms kepada
Ustaz Khairuddin 013 3890000
Ustaz Azlan 0192677703
Ustaz Harme 0192121972

Boleh sms nama, alamat dan jumlah bahagian korban yang di kehendaki serta tempat korban.Bayaran boleh dibankinkan ke Bank Islam atas nama Darul Fuqaha 12029010040905.
posted by admin @ 9:49 AM   0 comments
Soalan Tentang Perubatan Islam Yang Perlu Dijawab
Wednesday, October 20, 2010

Dato' Tuan Guru Ismail Kamus, Pengasas Perubatan Islam Darussalam, antara guru saya dalam bidang Perubatan Islam

Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan kepada saya oleh seorang wartawan sebuah akhbar yang minta diberikan jawapan berkisar isu Perubatan Islam

1. Apakah pandangan ustaz, ada pusat perubatan Islam yang mengenakan caj terlalu tinggi sehingga menyebabkan ada yang perlukan rawatan tidak mampu membayarnya meskipun dia berada dalam keadaan yang amat memerlukan?

2. 6. Apa beza bomoh dengan pengamal perubatan Islam?


3. Perubatan Islam lebih dikenali cara mengubati penyakit misteri berkenaan sihir, rasuk, histeria, saka dll. Mungkin kaedah sama turut digunakan mereka yang mengamalkan rawatan Melayu tradisional (bomoh) yang turut ada menggunakan ayat suci al-Quran. Jadi, adakah seorang yang ingin mengamalkan perubatan Islam perlu ada latar belakang pengajian dalam bidang agama atau jurusan tertentu dalam bidang berkenaan?

4. Memang terbukti, mereka yang kena penyakit misteri akan beransur pulih selepas dirawat dengan kaedah Islam. Namun ada juga yang berkali-kali bertemu dengan pengamal perubatan Islam yang berbeza tetapi tidak mendatangkan hasil. Pendapat ustaz berkenaan ada pusat rawatan Islam yang komersialkan secara besar-besaran produk mereka yang dilihat ingin mencari keuntungan semata-mata? Adakah ia lari dari konsep membantu yang digalakkan Islam terutamanya tidak menetapkan caj tertentu. Contohnya ada yang caj 'kesan penyakit' hampir RM100. Itu belum lagi rawatan yang sebenar.

5. Umum mengetahui, ayat al-Quran adalah penawar kepada pelbagai penyakit..Adakah kisah pada zaman Rasulullah yang datang untuk berubat?

6. Apakah adab atau kriteria yang patut menjadi pegangan buat mereka yang terbabit dalam urusan mengamalkan rawatan secara Islam? Jika dilihat dari sudut caj yang dikenakan rasanya perlu berpadanan dengan apa yang dilakukan. Tidak dinafikan pengamal turut mempunyai kos tertentu atas perkhidmatan yang diberikan. Jadi apakah cara terbaik untuk 'sama-sama dapat manfaat'? Mungkin pengamal perlu juga berniat untuk membantu atas kepakaran yang dimilki (tidak terlalu berkira) kerana namun kuasa menyembuh hanya milik Allah S.W.T .
posted by admin @ 6:48 AM   0 comments
Bersahabat Dengan Orang Baik

Setiap muslim tentulah memerlukan orang lain untuk menambah ilmu pengetahuan atau pengalaman. Untuk itu dalam kehidupan ini kita saling berkongsi pahit manis kehidupan dan berkongsi ilmu dengan orang yang berilmu. Dengan cara demikian, manusia akan sentiasa berkembang ke arah kemajuan.
Untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat dan bergun, kita dianjurkan memilih orang-orang baik untuk bersahabat. Orang-orang baik yang dimaksudkan adalah orang yang baik agamanya, berilmu, wara’, dan berakhlak mulia.
Nabi Musa pernah berusaha dan meminta untuk mendampingi seorang yang dianggapnya baik, agar dia boleh mengambil ilmu dan bimbingan daripadanya. Kisah dirakamkan dalam Al-Quran sebagai berikut: (1)
وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا )
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun”. Surah al-kahf ayat 60

قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
Maksudnya: "Musa berkata kepada beliau (Khidr) bolehkah saya mengikuti kamu supaya kamu ajarkan kepadaku sebahagian petunjuk yang diajarkan kepada kamu (oleh Allah). surah al-Kahf ayat 66>
posted by admin @ 5:10 AM   0 comments
Soalan Jawab Tentang Alam Jin
Sunday, October 17, 2010

Adakah Benar Kejadian Manusia Hilang Dikaitkan Dengan Kedengkian Jin Kepada Manusia

Manusia hilang dicolek oleh jin pernah berlaku di zaman umar bin al-khattab sepertimana diriwayatkan oleh oleh imam sayuti dalam kitab beliau laqt al-marjan sehingga timbul perbahasan hukum wanita yang hilang suaminya kerana dicolek Jin. Ceritanya, seorang wanita mengadu suaminya hilang. Umar mengarahkan wanita tersebut menunggu selama 4 tahun. Selepas penantian 4 tahun akhirnya wanita tersebut dibenarkan oleh Umar berkahwin lain. Tidak lama kemudian suami wanita yang hilang itu kembali lalu membawa kes tersebut ke pengaduan Umar. Lelaki tersebut menjelaskan bahawa beliau telah dicolek oleh Jin kafir sehingga akhirnya dibebaskan oleh Jin Islam yang membolehkan beliau kembali ke alam manusia. Umar menerima penjelasan lelaki tersebut dan mengiktiraf haknya sebagai suami kepada isterinya. Kerana itu baginda memberi pilihan kepada lelaki tersebut samada kekal sebagai suami wanita tersebut atau menceraikan wanita tersebut.
Persoalannya adakah ia berlaku kerana kedengkian Jin terhadap manusia? Bagi saya ia bukan persoalan dengki tapi persoalan sikap dan akhlak. Jin terbahagi dua. Ada islam dan ada yang kafir. Yang Islam pula ada yang solih dan ada yang fasiq. Hakikat ini dijelaskan dalam surah Jin. Yang kafir atau yang fasiq inilah yang bertindak jahat dan melakukan pencerobohan terhadap manusia samada bersebab atau tidak bersebab. Sekiranya ada Jin yang mencolek manusia ia merupakan satu pencerobohan yang mesti ditentang dan dihukum pelakunya.

Bagaimana mengubati seseorang yang dirasuk oleh Jin.

Cara merawat orang yang dirasuk oleh Jin telah ditunjukkan oleh Nabi saw dan para sahabat. Dalam hadis riwayat Ahmad, Darimi, Tabrani dan Baihaqi daripada Ibn Abbas, seorang perempuan membawa anak lelakinya yang dirasuki Jin kepada baginda saw baginda lalu menyapu dadanya dan mendoakannya. Budak itu lalu termuntah mengeluarkan seumpama binatang kecil berwarna hitam. Dalam hadis yang lain baginda saw memalu belakang seorang lagi anak lelaki dengan gumpalan pakaian sambil menyeru; keluar kamu wahai musuh Allah.
Dalam hadis riwayat Abu Dawud, Seorang sahabat Nabi merawat lelaki kerasukan dengan dibacakan surah al-fatihah lalu sembuh sehingga diberikan hadiah 100 ekor kambing.Dalam riwayat lain menyebut beliau membacakan al-Fatihah selama 3 hari pagi dan petang. Apabila selesai membaca al-Fatihah beliau mengumpul air liur dan diludahkan kepada pesakit Dalam hadis Abu dawud juga terdapat kisah sahabat yang berjampi. Ertinya rawatan ialah dengan menggunakan doa dan ayat-ayat al-Qur'an. Adapun cara menggunakan ayat boleh jadi berbeza antara seorang dengan seorang perawat lain berdasarkan ilham daripada Allah dan pengalaman yang mujarrab selagi ia tidak bercanggah dengan syara'. Imam Ahmad bin Hambal pengasas mazhab Hambali yang terkenal mengutuskan terompah yang dipakainya untuk diketuk kepada sakit sebanyak 70 kali sebagai satu ancaman kepada Jin. Belum sempat diketuk jin tersebut telah keluar kerana taat kepada Imam Ahmad yang taat kepada Allah.

Tanda diganggu Jin
Ada pelbagai tanda antaranya apabila seseorang itu mula derhaka kepada Allah, hatinya sentiasa resah dan berserabut, atau merasakan sesuatu yang luar biasa berlaku kepada badannya yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan fizikal biasa.

Manusia bole berkomunikasi dengan Jin?
Manusia boleh berkomunikasi dengan Jin tanpa perlu jin memperlihatkan dirinya. Antaranya dengan masuk ke dalam mimpi manusia, atau membisikkan sesuatu kepada manusia atau bercakap secara terus dengan suara seperti manusia. Ia berlaku kepada sahabat antaranya Abu Darda'. Apabila Jin merupa pada bentuk yang lain daripada bentuk asalnya manusia juga boleh melihat dan berkomunikasi dengannya. Antaranya kisah Abu Hurairah yang ditugaskan mengawal harta zakat lalu dicuri oleh Jin yang menjelma pada bentuk satu lembaga. Abu Hurairah menangkap lembaga tersebut tetapi dilepaskan setelah dirayu. Ia berlaku 3 malam berturut-turut. Perkara itu disampaikan oleh Abu Hurairah kepada Nabi saw.

Apa beza Jin, Syaitan, iblis dan bunian?

Jin adalah makhluk yang dicipta oleh Allah sebelum manusia. Ia berakal dan bernafsu seperti manusia. Kerana itu mereka juga ditaklifkan dengan hukum halal dan haram, iman dan kufur. Bapa bagi segala Jin adalah Jaan sebagaimana sabit dalam al-Qur'an sepertimana bapa bagi manusia adalah Adam. Iblis adalah salah seekor daripada Jin yang di bawa ke langit setelah Jin yang merosakkan muka bumi diperangi oleh para Malaikat. Iblis enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah, lalu Allah melaknatnya. Iblis kemudian meminta agar umurnya dipanjangkan sehingga hari kebangkitan, tetapi Allah hanya menerima untuk memanjangkan umurnya sehingga berlakunya Kiamat.

Syaitan pula adalah gelaran bagi jin dan manusia yang derhaka kepada Allah. Dalilnya dalam surah al-An`am ayat 112. Dalam musnad Ahmad Nabi saw berkata kepada Abu zar; berlindunglah kamu wahai Abu Zar daripada syaitan manusia dan syaitan Jin."
Penderhaka kalangan Jin yang paling besar ialah Iblis. Justeru itu Allah menggelarnya sebagai Syaitan. Antaranya dalam surah al-A`raf ayat 27 dan surah Fatir ayat 6.
Bunian pula hakikatnya adalah Jin. Ia adalah nama yang diberi oleh orang Melayu selalunya merujuk kepada Jin Islam.

Jin Bole masuk ke dalam badan manusia?
Allah taala mencipta Jin bersifat halus yang boleh memasuki jasad manusia. Dalam hadis nabi bersabda: syaitan bergerak menurut aliran darah manusia.". Jin boleh menguasai jasad manusia yang lemah imannya. Begitu juga orang yang leka tidak memohon perlindungan daripada Allah. Kerana itu nabi saw mengajar umatnya membaca surah al-Falaq dan surah an-nas sebagai cara memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan jin.

Saka?

Saka selalunya merujuk kepada jin yang diwarisi kepada anak cucu. Selalunya ia berlaku apabila seseorang mempunyai perjanjian dengan Jin seperti mengunakan khidmat jin menerusi perantaraan beberapa mentera. Apabila lelaki tersebut mati, Jin tersebut mengganggu anak-cucu lelaki tersebut untuk meneruskan perjanjian yang dilakukan oleh bapanya.

Cara melindung diri?
Dalam banyak ayat Allah mengajar manusia memohon perlindungan daripada allah bagi menghadapi gangguan jin dan syaitan. Antaranya dalam surah al-A`raf ayat 199. Nabi saw juga mengajar ayat-ayat al-Quran dan doa-doa pelindung daripada gangguan Jin. Antara membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas. Dan banyak lagi doa-doa yang sabit daripada Nabi saw boleh dirujuk pada kitab-kitab hadis dan buku-buku doa..
posted by admin @ 8:01 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri