BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Apakah Yang dimaksudkan dengan Ungkapan “Fadha’il A`mal “ dalam Ungkapan “Hadis Lemah boleh diamalkan dalam “Fadha’il A’mal”?
Saturday, December 1, 2007

Ungkapan “hadis lemah boleh diamalkan dalam “Fadha’il A`mal” sangat masyhur dinukilkan daripada tokoh-tokoh hadis dan fiqh. Perbahasan tentang HUKUM BERAMAL dengan hadis lemah dalam fadha’il a`mal selalu dibincang oleh para pengkaji hadis dan fiqh hadis. Tulisan ini bukan ingin membahaskan perbezaan pendapat ulama dalam isu ini, tetapi focus tulisan ialah maksud ungkapan “fadha’il a`mal. Adakah ia bermaksud “kelebihan-kelebihan amalan”? Atau bermaksud “amalan-amalan yang digalakkan / amalan-amalan sunat? Atau kedua-duanya sekali?

Jika ia bermaksud “kelebihan-kelebihan amalan” maka ia bererti bahawa hadis yang lemah boleh dipakai untuk menjelaskan lagi kelebihan bagi amalan-amalan yang telah sabit galakkannya atau telah sabit hokum sunatnya berdasarkan hadis yang sahih.

Jika ia bermaksud “amalan-amalan yang sunat” maka ia bererti bahawa hadis yang lemah boleh diamalkan dalam menentukan hokum sunat sesuatu amalan.

Tulisan dan praktik beberapa tokoh fiqh menunjukkan bahawa mereka merujuk kepada maksud pertama dan kedua sekaligus. Ini dapat dilihat dalam tulisan Ibn al-Humam dalam Fath al-Qadir: “Hukum sunat sabit dengan hadis yang lemah yang bukannya palsu.” (hlm 7-8, Cetakan Bulaq 1315)

Fuqaha mazhab Syafie menghukumkan makruh menggunakan air musyammas dan sunat meninggalkannya dengan berhujah dengan hadis daripada `Aisyah yang lemah. Nawawi menyebut dalam al-Azkar: “sepertimana tersebut hadis lemah menjelaskan makruhnya beberapa jual-beli dan pernikahan, maka yang sunat ialah membebaskan diri daripadanya.” (al-Azkar, hlm. 7-8, cetakan Mustafa al-Halabi 1371)

Justeru itu juga ulama yang mengharuskan beramal dengan hadis lemah meletakkan tiga syarat salah satunya ialah: ia termasuk di bawah lingkungan sumber yang telah diamalkan (يندرج تحت أصل معمول به).

Oleh itu maksud ungkapan para ulama yang mengharuskan beramal dengan hadis lemah dalam menentukan”FADHA’IL A`MAL” ialah “sekiranya tidak sabit sunatnya sesuatu amalan atau harusnya sesuatu amalan SECARA KHUSUS dengan HADIS YANG SAHIH, sedangkan dalam masa yang sama terdapat hadis lemah yang tidak terlalu lemah, MAKA HOKUM SUNATNYA ATAU KEHARUSANNYA ADALAH SABIT, dengan syarat ia termasuk di bawah SATU SUMBER SYAR`IE YANG UMUM dan juga tidak bercanggah dengan SUMBER-SUMBER syara’ dan dalil-dalil yang sahih.

posted by admin @ 1:33 PM   0 comments
pertemuan dengan Prof Dr Abd Qadir Sa`di...guruku
Thursday, November 29, 2007
Seminar Antarabangsa Bahasa Arab & Kesusasteraan yang dianjurkan oleh UIA semalam menemukan saya dengan guru dan mentor saya ketika mengikuti pengajian Master di Aal al-Bayt Universiti, Jordan. Beliau ialah Prof Dr `Abd al-Qadir Sa`di. Kajian master beliau tentang pengaruh petunjuk nahu terhadap pengeluaran hukum. Mengambil inspirasi kajian beliau, maka saya juga membuat kajian di bidang yang sama dengan memfokuskan petunjuk partikle `ataf dan jar serta pengaruhnya terhadap pengeluaran hukum islam. Barakallahu fik ya syaikhi.... `
posted by admin @ 2:48 PM   0 comments
Akhlak Islam Dalam Mengkritik
Wednesday, November 28, 2007
Pengalaman mengajar kita kaedah berinteraksi dan memberikan pandangan. Berdasarkan beberapa pengalaman, saya lebih suka bahasa yang lunak dalam menyampaikan pandangan dan memberikan kritikan. Kritikan kita barangkali adalah keras kerana ia melibatkan isu yang besar dan kritikal, namun dengan bahasa yang lunak tetapi tegas ia boleh menggerakkan pembaca untuk menilai kritikan secara ilmu tanpa emosi.
Kritikan diberikan terhadap pandangan dan bukannya batang tubuh pemilik pandangan. Justeru,gaya bahasa sindiran dan memperlekehkan kewibawaan ilmu dan peribadi orang yang dikritik pandangannya sepatutnya dijauhi. Fakta yang salah tentang peribadi orang yang dikritik pandangannya akan menjadi alasan untuk pembaca membakulsampahkan kritikan yang bernas. Ini kerana wibawa pengkritik sendiri telah tercalar dengan keterlanjurannya mengkritik peribadi orang yang dikritik.
Allah berfirman dalam al-Hujurat 49: 11:
يا أيها الذين آمنوا لا يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا خيرا منهم
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mempersendakan/memperlekehkan sesuatu kaum boleh jadi mereka lebih baik daripada mereka.”

Kepada para pengkritik, marilah kita berakhlak dengan akhlak Islam dalam mengkritik. Kritikan yang datang daripada kasih sayang kepada terhadap orang yang dikritik –kerana mereka adalah saudara seakidah-lebih mampu menusuk masuk ke hati dan melahirkan bahasa yang indah tanpa sebarang kebencian.
Kepada orang yang dikritik, berlapang dadalah mendengar kritikan kerana kita tidak pernah sempurna dan terpelihara daripada kesalahan. Janganlah kekasaran bahasa menjadi alasan menolak kritikan yang benar. Kepada masyarakat pula, janganlah sanjungan anda kepada peribadi dan tokoh tertentu menutup mata dan telinga daripada melihat kelemahan dan menilai kebenaran lalu dengan penuh emosi segera membakulsampahkan kritikan yang benar.

Marilah kita berakhlak dengan akhlak para salaf solih ….
posted by admin @ 12:03 AM   1 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri