Isti`azah bermaksud memohon perlindungan daripada Allah. Justeru ia merupakan satu bentuk doa kepada Allah subhanahu wa ta`ala, iaitu doa agar Allah memberikan perlindungan daripada bahaya sesuatu yang dibimbangi dan ditakuti. Dalam al-Qur’an dan hadis terdapat banyak pola bentuk ucapan isti`azah ini. Antaranya dalam hadis: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksudnya: ““Saya berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada sebarang kejahatan makhluk yang diciptakanNya” Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan kelebihan, cara dan waktu beramal dengannya. Antaranya: 1. Dibaca 3 kali diwaktu petang. Kelebihannya ialah terselamat daripada sengatan dan patukan binatang berbisa. Imam Tirmizi meriwayatkan hadis Nabi saw:
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا هِشَامُ بْنُ حَسَّانَ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلَاثَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ[1]
Maksudnya: “Sesiapa yang menyebut ketika waktu petang 3 kali: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
pasti dia tidak akan dimudharatkan oleh patukan atau sengatan malam tersebut.” [1] Hadis riwayat Tirmizi, Kitab al-Da`awat `an Rasulillah (no 3529). |