BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
UNDANG-UNDANG JENAYAH MALAYSIA PERLUKAN REFORMASI
Friday, March 27, 2015

Kenyataan Media
Ketua Penerangan
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
Jumaat 27 Mac 2015

UNDANG-UNDANG JENAYAH MALAYSIA PERLUKAN REFORMASI

1. Hampir genap 58 tahun sejak kemerdekaan negara pada 1957, Malaysia menjadikan undang-undang jenayah yang bersumberkan Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) sebagai undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat atau tingkah laku antisosial yang merbahaya dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat serta melanggar kepentingan sosial dan awam.

2. Namun begitu, undang-undang yang terpakai sekian lama ini dilihat dan terbukti tidak dapat mencegah dan membasmi kegiatan jenayah daripada terus berlaku seiring dengan perkembangan sosial masyarakat dan kepesatan pembangunan negara itu sendiri atau dengan bahasa yang lebih mudah ialah – semakin maju negara, semakin giat dan berleluasa jenayah berlaku.

3. Hakikat ini diakui sendiri oleh statistik polis yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang melaporkan bahawa jumlah jenayah kekerasan yang meliputi kes bunuh, rogol, samun dan mencederakan bagi tempoh Januari hingga Jun 2013 meningkat kepada 15,098 kes daripada 14,811 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2012.

4. Jika dibandingkan antara tahun 2012 dan 2013 pula, kes bunuh meningkat kepada 627 kes daripada 602 kes, kes samun bersenjata api meningkat kepada 21 kes daripada 17 kes, dan samun tanpa senjata api meningkat kepada 3,565 kes daripada 3,275 kes. Bagi kes curi kereta dan kenderaan komersial pula, masing-masing meningkat daripada 16,196 kepada 16,733 dan daripada 4,526 kepada 4,981.

5. Merujuk kepada data-data dan situasi ini, tidakkah wajar undang-undang yang sedia ada ini disemak semula? Bukankah telah jelas bahawa undang-undang hari ini tidak berupaya untuk membasmi dan mencegah jenayah? Harus kita akui bahawa sebenarnya kita sangat memerlukan sebuah undang-undang baru yang dapat memastikan keamanan dan hak-hak kita terpelihara daripada ancaman salah laku jenayah.

6. Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah mensyariatkan kepada kita Undang-undang Jenayah Islam (UUJI) yang merangkumi Hudud, Qisas dan Takzir. Hudud adalah bertujuan untuk menangani dua jenayah berat melibatkan harta iaitu mencuri dan merompak, dua jenayah melibatkan maruah iaitu bersetubuh luar nikah dan menuduh seseorang melakukan persetubuhan luar nikah, satu melibatkan penjagaan akal iaitu meminum arak dan satu lagi melibatkan agama iaitu murtad.

6. Oleh itu, amat padan sekali jika undang-undang jenayah Islam (UUJI) ini diterima pakai sebagai undang-undang jenayah yang baru dalam negara kita bagi membendung kesalahan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda yang makin berleluasa dalam negara kita saban hari.

7. Natijah paling utama daripada pelaksanaan UUJI ini ialah keberkesanan menangani jenayah itu sendiri. Keduanya, pelaksanaannya juga dapat mengurangkan perbelanjaan pengurusan penjara. Menurut Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Sri Haji Zulkifli Omar, secara puratanya dibelanjakan sebanyak RM35 untuk seorang banduan bagi setiap hari atau RM1,050 sebulan.

8. Sebagai contoh, pada tahun 2013, bagi kes berulang sahaja, terdapat 6,796 orang banduan; 5,553 orang daripadanya merupakan kes jenayah. Untuk angka ini sahaja, keberkesanan pelaksanaan UUJI bakal menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM5,830,650 (RM1,050 x 5,553) sebulan. Untuk pengetahuan semua, kini terdapat kira-kira 45,000 orang banduan di 35 penjara di seluruh Malaysia.

9. Saya rasa, sudah tiba masanya rakyat Malaysia dididik dan dibentuk dengan alternatif undang-undang lain iaitu undang-undang jenayah Islam. Ini kerana;

PERTAMA
Ia merupakan undang-undang yang telah diamalkan oleh 9 negeri Melayu sebelum membentuk Persekutuan.

KEDUA
Ia terbukti dalam sejarah moden hari ini telah berjaya mengekang jenayah mencuri dan merompak. Sebagai contoh, jumlah kes jenayah di Arab Saudi sepanjang 2012 ialah hanya 2,669 sahaja berbanding Malaysia yang mencecah 63,221 kes bagi tempoh Januari hingga Mei tahun yang sama sahaja. Merujuk kepada Seventh United Nations Survey of Crime Trends and Operations of Criminal Justice Systems pula, pada tahun 2000, jenayah rompakan perkapita memaparkan bahawa Malaysia berada pada tangga ke-26 berbanding Arab Saudi yang berada pada tangga ke-60.

10. Kenapa keadilan dan keamanan ini dapat diwujudkan? Ini kerana undang-undang jenayah Islam menekankan kedua-dua aspek; pencegahan dan hukuman. Hakikatnya, undang-undang jenayah Islam ini bukanlah asing buat rakyat Malaysia. Ia pernah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan semula. Insya-Allah.

Sekian.

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Tarikh : 27 Mac 2015 / 6 Jamadilakhir 1436H

posted by admin @ 8:42 AM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri