 |
Hukum Mengukir Patung |
Saturday, January 26, 2008 |
Imam Bukhari meriwayatkan satu hadis daripada Said bin Abi al-Hasan iaitu saudara kepada Hasan Basri. Kata Said, satu ketika saya berada bersama Ibn Abbas. Tiba-tiba datang seorang lelaki berkata: Wahai Ibn `Abbas, saya merupakan seorang lelaki yang mata pencarianku hanyalah hasil daripada kerja tanganku. Saya mengukir patung-patung ini. Ibn Abbas lantas berkata: Saya tidak akan menceritakan kepadamu melainkan apa yang telah saya dengar daripada Rasulillah saw. Saya mendengar baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membuat satu patung, Allah akan menyeksanya hinggalah dia meniupkan ruh padanya sedangkan dia tidak akan boleh meniupkan ruh itu selama-lamanya.” Lelaki itu segera menggeletar dan mukanya menjadi pucat. Ibn Abbas lalu menambah.”Sekiranya kamu enggan melainkan membuat juga ukiran ambillah pokok ini dan semua benda yang tidak mempunyai ruh.”
Hadis ini menunjukkan bahawa mengukir patung makhluk bernyawa adalah satu perlakuan haram. Sekiranya ia menjadi sumber pendapatan ia merupakan hasil rezki yang haram. |
posted by admin @ 12:34 PM   |
|
|
Antara Zikir Harian Rasulullah saw |
Friday, January 25, 2008 |
Abu Dawud meriwayatkan (Kitab al-Adab: no 4412) bahawa Ibnu `Umar menceritakan, Nabi saw tidak meninggalkan doa-doa berikut di waktu petang dan waktu pagi:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, saya memohon keampunan dan kesejahteraan pada agama, dunia, harta dan harta saya. Ya Allah, tutuplah cacat cela saya, selamatkanlah ketakutan saya. Ya Allah, peliharalah saya daripada bahagian hadapan, bahagian belakang, bahagian kanan, bahagian kiri dan bahagian atas saya. Saya berlindung dengan kehebatanMu daripada dikhanati daripada bahagian bawah saya".
|
posted by admin @ 10:40 AM   |
|
|
Wajarkah Mengecam Tahun Masehi? |
Thursday, January 24, 2008 |
 Tahun Hijri dirumus berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi dalam tempoh setahun. Ia lebih dikenali sebelumnya sebagai Tahun Bulan. Manakala tahun Masehi dirumus berdasarkan pergerakan antara bumi dan matahari. Ia dikenali juga sebagai Tahun Matahari. Pergerakan bulan, bumi dan matahari adalah ciptaan dan di bawah pentadbiran Allah. Hikmahnya agar manusia boleh membuat penentuan tahun. Allah berfirman هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
bermaksud:”Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan Dia menetapkan untuknya (bulan atau bulan dan matahari) beberapa kedudukan agar kamu mengetahui bilangan tahun dan pengiraan.” (Yunus: 5)Tahun Hijri dan Masehi diisyaratkan oleh Allah dalam al-Qur’an apabila bercerita tentang pemuda dalam gua yang dimatikan oleh Allah beberapa lama sebelum dihidupkan kembali. Allah berfirman وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا Maksudnya: “Dan mereka berada dalam gua mereka selama 300 tahun dan mereka tambah lagi 9 tahun.” Menurut Ibn Kathir, 300 tahun itu sekiranya dikira menggunakan tahun Masehi, manakala 309 tahun sekiranya dikira berdasarkan tahun hijri. Tahun Masehi digunakan secara meluas oleh Kerajaan Rom di zaman turunnya al-Qur’an. Manakala bulan-bulan yang dikenali kemudiannya di zaman Umar sebagai tahun hijri digunakan oleh orang-orang Arab. Justeru, al-Qur’an merujuk kepada penggunaan kedua-dua jenis calendar.Setahun berdasarkan kiraan hijri ialah 354 hari, 8 jam, 48 minit dan 36 saat.  Setahun berdasarkan tahun Masehi pula ialah 365 hari 6 jam 9 minit dan 9.5 saat. Justeru, perbezaan antara setahun Hijri dan Masehi ialah lebih kurang 11 hari atau lebih tepatnya 10 hari 21 jam dan 1 minit. Dengan itu perbezaan antara 100 tahun ialah 3 tahun 24 hari 11 jam dan 6 minit. Manakala perbezaan antara 300 tahun hijri dengan Masehi ialah 9 tahun 73 hari 9 jam dan 48 minit. Sekiranya diberi pilihan antara dua jenis kalendar tentulah sebagai Muslim kita mengutamakan tahun hijri kerana banyak perlakuan ibadah adalah berdasarkan tahun hijri. Namun, ia tidak bererti kita perlu mengecam penggunaan tahun masehi. Apatah lagi, yang berlaku hari ini ialah penggunaan tahun masehi digunakan secara meluas berbanding tahun hijri. Menolaknya tentu sahaja menimbulkan kesukaran pengurusan dengan negara-negara luar yang menggunakannya. Yang perlu dibuat ialah ia digunakan seiring. Tapi yang berlaku ialah penggunaan tahun hijri hampir lenyap dalam pemikiran kita seharian. Jika ditanya hari ini berapa haribulan hijri? Kita tentu menjawab; entah..tak pasti pulak....
|
posted by admin @ 11:39 PM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|