 |
Korban di Kemboja |
Saturday, December 8, 2007 |
Insyallah pada tahun ini saya akan ke Kemboja lagi untuk tahun ketiga bagi melakukan ibadah korban. Program ini adalah dengan kerjasama sebuah persatuan kebajikan di sana. pada tahun lepas hasil program korban, darul fuqaha berjaya membayar elaun bulanan kepada 32 orang guru Qur'an di beberapa kampung di Kemboja selama setahun dengan jumlah RM 70 seorang sebulan. Guru Qur'an di Kemboja tidak mendapat elaun daripada pengajaran mereka. Ini menyebabkan proses pengajaran al-Qur'an tidak berjalan lancar. RM 70 adalah mencukupi untuk belanja hidup mereka sebulan. Nilai yang sama bagi orang Malaysia telah digunakan untuk membayar astro. Kalau astro boleh dibayar, gagalkah kita menyumbang RM 70 untuk guru al-Qur'an? Tahun ini program ibadah korban akan disertai sama oleh Ust Syauqi Othman, salah seorang pensyarah UPM dan juga salah seorang tenaga ilmu di Darul Fuqaha. Bayaran korban ialah RM 300 termasuk rm 70 untuk elaun bulanan guru Qur'an di Kemboja. Sesiapa yang berminat boleh sms kepada saya nama dan alamat ke hp saya 013 3621236 dan bank in bayaran ke akaun bank Islam Darul Fuqaha Enterprise 12029010040905. |
posted by admin @ 2:56 PM   |
|
|
laman web darul fuqaha ada sikit masalah |
|
laman web darul fuqaha tak dapat dilayari kerana domainnya telah tamat tempoh. pembekalnya sedang mengusahakan penyelesaian masalah. Insyallah dalam sehari dua lagi akan kembali normal |
posted by admin @ 2:54 PM   |
|
|
campur amalan baik dan jahat? |
|
pagi ini sekali lagi saya menyampaikan ceramah untuk agent takaful ikhlas di sebuah hotel di Johor Bharu. Antara yang saya sentuh ialah kewujudan agent takaful yang hanya melihat takaful hanya satu alternatif bagi insuran konvensional dan bukannya satu-satunya alternatif. Justeru mereka menjadi agent bagi takaful dan dalam masa yang sama juga adalah agent bagi insyuran konvensional. Mereka menawarkan yang halal dan yang haram kepada pelanggan mereka. Inilah yang disebut oleh Allah: خلطوا عملا صالحا وآخر سيئا "Mereka mencampurkan amalan baik dengan yang lain yang buruk" Senario ini menggambarkan ketidakjelasan misi agent-agent takaful. Bagi agent-agent sebegini matlamat mereka hanyalah mendapat laba dan untung dari jualan polisi, bukannya kerana misi dakwah. Bukankah penglibatan dalam takaful adalah kerana usaha dakwah untuk membebaskan umat dari belenggu riba yang terdapat dalam insyuran konvensional? Kejelasan misi dakwah inilah yang menghasilkan "barakah" dalam perniagaan! Isu ini saya sentuh apabila ternampak signboard takaful ikhlas di sisi signboard insyuran konvensional di sebuah jalan utama di gombak selepas solat Jumaat semalam. Alhamdulillah vice president takaful ikhlas berjanji akan menyiasat perkara ini dan berjanji untuk menekankan lagi isu-isu kefahaman seumpama ini di kalangan agent. Moga Takaful IKhlas diberkati.... Vice president takaful ikhlas menjelaskan bahawa Takaful Ikhlas bukan sahaja memastikan produknya adalah selaras dengan syara` malah berusaha menjadikan amalan Islam sebagai amalan pegawai dan pekerja di pejabatnya, begitu juga dengan agent. Di pejabat usaha solat berjama`ah dijalankan, pakaian wanita diperingatkan agar sentiasa menepati syara`. Kalau itulah keadaannya, saya mendoakan kebaikan untuk Takaful Ikhlas...aamin. |
posted by admin @ 2:31 PM   |
|
|
apa cita-cita adik bila besar?? |
Friday, December 7, 2007 |
Soalan yang biasa ditanya kepada anak-anak kecil : apa cita-cita bila besar nanti? Atau bila besar nak jadi apa? Bila anak-anak ini buntu, tak tahu menjawab, orang dewasa yang bertanya akan membuat pencerahan; nak jadi doktor ke, peguam ke, cikgu ke…lalu anak-anak akan menjawab mengikut rentak pencerahan tersebut. Persoalannya kenapa ruang cita-cita dilihat dari sudut kerjaya semata-mata? Nak jadi doctor, jurutera, peguam, ini adalah cita-cita melibatkan kerjaya…melibatkan keselesaan hidup pada masa depan…adakah kerjaya adalah segala-galanya dalam kehidupan? Bagi saya cita-cita yang dibentuk berdasarkan kerjaya adalah hasil jiwa kebendaan yang telah merajai pemikiran manusia hari ini, lalu ia diresapkan pula dalam pemikiran anak-anak sedari usia awal pendidikan. Maka lahirlah masyarakat pelajar yang hanya belajar untuk mendapatkan sijil. Sijil pula untuk mendapatkan pekerjaan. Mendapat segulung ijazah menjadi kemuncak cita-cita seorang pelajar. Seterusnya, mendapat satu kerjaya yang menjamin masa depan di dunia menjadi satu cita-cita. Seterusnya, mencapai keselesaan hidup menjadi satu cita-cita. Seterusnya apa lagi? Bagaimana dengan Islam? Sepatutnya cita-cita si anak kecil ialah untuk hidup demi islam, memperjuangkan agama Allah. Apa pun kerjayanya selepas ini ia hanyalah kerjaya untuk mendapat sesuap nasi dan sedikit keselesaan hidup. Ia tidak salah, malah dituntut. Tapi bukannya dituntut sebagai satu matlamat. Ia hanyalah alat. Hidup bukan untuk makan, tapi makan untuk hidup… Hiduplah untuk islam! Hiduplah untuk perjuangan agama Allah di posisi mana pun anda berada! Wakafkanlah masa, tenaga, harta anda demi untuk memastikan Islam sentiasa menjadi milik manusia… Sistem pendidikan kita telah melahirkan masyarakat yang hidup untuk makan. Kesannya untuk mendapat sesuap makanan mereka sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan meskipun haram…jangan ditanya halal dan haram pekerjaan, yang penting boleh makan…. Kemana perginya pengakuan kita dalam solat: إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Rabb seluruh alam. SEKADAR PERINGATAN……. |
posted by admin @ 7:07 PM   |
|
|
slot di TV 9 Jumaat ni |
Thursday, December 6, 2007 |
Pagi Jumaat ini saya dijemput oleh TV 9 untuk slot rancangan tentang rawatan islam terhadap pesakit mental. sesiapa yang ada maklumat ilmu untuk tambahan maklumat dialu-alukan email kepada saya attakiri@ukm.my |
posted by admin @ 10:35 AM   |
|
|
Memahami Fiqh Salaf |
|
Perkataan fiqh bermaksud kefahaman mendalam. Istilah fiqh dalam beberapa ayat al-0Qur’an dan Hadis merujuk kepada kefahaman mendalam terhadap persoalan-persoalan agama. Seterusnya ia menjadi satu istilah merujuk kepada kefahaman mendalam terhadap hokum-hakam.
Perkataan salaf bermaksud orang yang awal. Istilah salaf pula merujuk kepada 3 generasi awal Islam iaitu generasi sahabat, generasi tabi`in dan generasi tabi` tabi`in. Ia dipetik daripada hadis sahih yang menjelaskan tentang kelebihan tiga generasi ini yang dipuji oleh Nabi sebagai sebaik-baik generasi. Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik manusia ialah manusia kurunku, seterusnya mereka yang dating selepas mereka, seterusnya mereka yang datang selepas mereka.
Kajian fiqh Islam telah bermula di zaman salaf. Perbezaan pandangan dalam kajian fiqh juga telah berlaku seawal zaman salaf. Justeru fiqh khilaf merupakan salah satu daripada ciri fiqh salaf.
Kelahiran mazhab-mazhab besar juga berlaku di zaman salaf kerana tokoh-tokoh pengasas mazhab iatu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal hidup di era zaman salaf.
Kewujudan pelbagai mazhab fiqh iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali berlaku kerana perbezaan dalam menentukan kaedah pengeluaran hokum atau fiqh daripada al-Qur’an dan Sunnah antara mazhab-mazhab yang dipelopori oleh tokoh besar di zaman salaf iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas, Imam Muhammad bin Idris al-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Justeru fiqh mazhab dan kaedah istinbat setiap mazhab merupakan sebahagian daripada fiqh salaf.
Tokoh-tokoh fuqaha selepas zaman salaf yang menasabkan diri kepada mazhab-mazhab fiqh di zaman salaf ini hanya bertindak untuk mengembangkan lagi fiqh mazhab dengan berpandukan kaedah istinbat yang telah digariskan oleh setiap tokoh mazhab. Keterikatan mereka dengan kaedah istinbat tokoh fuqaha salaf ini menjadikan pandangan fiqh yang dihasilkan oleh mereka juga adalah fiqh salaf.
|
posted by admin @ 10:19 AM   |
|
|
live di RTM 1, selasa 4 dis 8 pagi-Bicara Islam |
Tuesday, December 4, 2007 |
malam ni tak tidur menyiapkan kertas kerja bertajuk bid`ah dan khilaf untuk pembentangan di Mersing anjuran Jabatan Agama Islam Johor pada hari Rabu ini. pukul 8 nanti pula dijemput untuk slot bicara islam di TV i secara live. tajuk : sabar menghadapi musibah....tajuk ni dah pernah saya bincang 4 tahun dulu juga di RTM 1, jadi tak perlu prepare banyak |
posted by admin @ 5:48 AM   |
|
|
jemputan berforum |
|
ruangan forum baru sahaja disiapkan oleh Ust Azlan, adik saya yang banyak membantu menyediakan template blog ini. Terima kasih kepada ust Azlan. sahabat-sahabat dijemput berforum |
posted by admin @ 5:44 AM   |
|
|
barakah perlindungan islam...ceramah untuk agent takaful ikhlas |
|
Ceramah saya bertajuk Barakah Perlindungan Kewangan Islam untuk agen-agen Takaful Ikhlas petang tadi dengan kehadiran pegawai-pegawai tinggi mereka di Hotel Saujana Subang nampaknya mendapat respon baik daripada audien. Ramai yang mengucapkan tahniah seusai ceramah tersebut. Saya dijemput pula oleh vice president Takaful Ikhlas untuk menyampaikan tajuk yang sama dalam pertemuan mereka di Johor Bharu sabtu ini. Insyallah saya tunaikan. Topik ini saya ulas bukan dari landasan saya sebagai agent Takaful atau orang yang terlibat dengan mana-mana insuranTakaful, tetapi daripada kesedaran untuk sama-sama menobatkan satu usaha murni iaitu "menyelamatkan umat Islam di Malaysia khususnya daripada keterlibatan dengan insyuran riba yang disytiharkan perang oleh Alah dan RasulNya. Agen-agen mesti bertindak sebagai pendakwah untuk misi yang besar ini. Tapi satu kebimbangan saya, saya lontarkan kebimbangan itu dalam ceramah tadi secara tersirat....saya bimbang di kala agent-agent takaful yang bersemangat mempromosikan insyuran dan skim perlindungan Islam, atau dengan kata lain promosi perlindungan kewangan Islam...mereka sebenarnya terlibat dengan sistem kewangan riba menerusi kad kredit cara riba yang digunakan untuk mengisi minyak, membeli makanan di stesyen minyak, membeli baju dan pakaian...malah kereta yang dinaiki juga dibeli dengan cara pinjaman riba alias konvesional...kalau terjadi...alangkah malangnya......dan kesian.....harap-harap tak ada audien saya tadi yang demikian |
posted by admin @ 3:59 AM   |
|
|
amanah dakwah telah terlaksana? |
Monday, December 3, 2007 |
Menyampaikan dakwah merupakan kesinambungan tugas para Anbiya’. Allah menjelaskan tentang Rasulullah saw dalam surah al-Jum`ah ayat 2: هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته و يزكيهم ويعلمهم الكتاب و الحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضلال مبين Maksudnya: “Dialah (Allah) yang mengutuskan di kalangan orang-orang yang ummi seorang rasul di kalangan mereka yang membacakan ke atas mereka ayat-ayatNya (/tanda-tanda kekuasaanNya), membrsihkan diri mereka dan mengjar mereka al-Kitab dan al-hikmah meskipun mereka sebelumnya benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.” Tugas Rasul ialah menjelaskan kekuasaan Allah, mendidik jiwa manusia dan mengajar kandungan al-Qur’an dan menjelaskannya dengan lidah baginda (hadis). Justeru, dakwah adalah tugas mulia.Ia bermula dengan pencarian ilmu oleh para pendakwah sebagai persiapan serta bekalan untuk menjalankan tugas yang tidak mudah ini.
Namun, amat malang sekali apabila lapangan ilmu Islam hanya menjadi satu bidang mata pencarian. Apabila ilmu telah terhasil ia tidak dikembangkan kepada masyarakat sebagai satu usaha dakwah. Sesetengah orang yang dikurniakan ilmu agama hanya berpuashati dengan jawatan dan tugasnya yang diperolehi hasil sijil agama yang dimiliki. Selesai tugas rasmi di sekolah, universiti atau pejabat maka berakhirlah baginya tugas “dakwahnya”. Bagi mereka “saya telah berdakwah”. Benarkah? Lebih malang ada yang sinis dengan kecergasan rakan berdakwah di luar lingkungan tugas rasmi bergaji!!!! |
posted by admin @ 9:56 AM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|