 |
Kelebihan ke Masjid |
Saturday, December 20, 2008 |

وعن أبي هريرةَ رضي الله عنه، قَالَ: قالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: صَلاةُ الرَّجلِ في جمَاعَةٍ تَزيدُ عَلَى صَلاتهِ في سُوقِهِ وبيتهِ بضْعاً وعِشرِينَ دَرَجَةً، وَذَلِكَ أنَّ أَحدَهُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الوُضوءَ، ثُمَّ أَتَى المَسْجِدَ لا يُرِيدُ إلاَّ الصَّلاةَ، لاَ يَنْهَزُهُ إِلاَّ الصَلاةُ: لَمْ يَخْطُ خُطْوَةً إِلاَّ رُفِعَ لَهُ بِهَا دَرجَةٌ، وَحُطَّ عَنْهُ بها خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ المَسْجِدَ، فإِذا دَخَلَ المَسْجِدَ كَانَ في الصَّلاةِ مَا كَانَتِ الصَّلاةُ هِي تَحْبِسُهُ، وَالمَلائِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ في مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ، يَقُولُونَ: اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيهِ، مَا لَم يُؤْذِ فيه، مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ. مُتَّفَقٌ عليه ، وهذا لفظ مسلم . وقوله - صلى الله عليه وسلم - : (( يَنْهَزُهُ )) هُوَ بِفَتْحِ اليَاءِ والْهَاءِ وبالزَّايِ : أَيْ يُخْرِجُهُ ويُنْهضُهُ . Terjemahan
Daripada Abi Hurairah –mudah-mudahan Allah meredhainya-katanya; Rasulullah saw bersabda: “Solat seorang lelaki itu secara berjamaah melebihi solatnya di pasarnya dan rumahnya dengan dua puluh lebih darjat (tingkatan).Yang demikian itu kerana seseorang kamu apabila berwudu’ lalu memperelokkan wudu’ itu, kemudian datang ke masjid dalam keadaan tidak berhasrat melainkan untuk solat, tidak menggerakkannya melainkan solat; dia tidak melangkah satu langkah melainkan diangkat untuknya disebabkan langkah tersebut satu darjat dan digugurkan daripada dirinya dengan sebab langkah tersebut satu kesalahan hinggalah dia memasuki masjid. Seterusnya apabila dia telah memasuki masjid, adalah dia dalam solat selagi mana solat tersebut menghalangnya. Para Malaikat pula sentiasa berselawat ke atas setiap orang kamu selagi mana dia berada di tempat duduk yang dilakukan solat tadi sambil mereka (para Malaikat) berdoa; “Ya Allah, rahmatilah mereka. Ya Allah, ampunilah mereka. Ya Allah, terimalah taubat mereka”; selagi mana seseorang itu tidak menimbulkan gangguan; selagi mana dia tidak berhadas.
Hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
HURAIAN
Kelebihan Solat Berjamaah
Ketahuilah wahai saudaraku! Solat berjamaah itu adalah lebih afdhal berbanding solat seorang diri dengan 27 kali ganda. Dalilnya ialah hadis Nabi saw: صَلاةُ الرَّجلِ في جمَاعَةٍ تَزيدُ عَلَى صَلاتهِ في سُوقِهِ وبيتهِ بضْعاً وعِشرِينَ دَرَجَةً Maksudnya: ““Solat seorang lelaki itu secara berjamaah melebihi solatnya di pasarnya dan rumahnya dengan dua puluh lebih darjat (tingkatan).
Solat berjamaah hukumnya adalah fardhu kifayah bagi sesebuah kampung. Sekiranya tiada seorang pun mendirikannya dalam satu masa solat seluruh orang kampung akan berdosa.
Namun secara peribadinya ia merupakan sunnah muakkadah bagi lelaki berbeza dengan perempuan.
Hukum Berjamaah Bagi Perempuan di Masjid
Bagi orang perempuan pula solat yang terbaik adalah dirumahnya. Namun, sekiranya mereka mahu ke masjid tidak boleh dihalang. Dalilnya ialah hadis Nabi saw: لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمْ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ Maksudnya: “Janganlah kamu menghalang wanita-wanita kamu ke masjid. Dan rumah mereka lebih untuk mereka.”
Berwudu` di Rumah Sebelum ke Masjid
Ketahuilah juga wahai saudaraku! Inilah satu sunnah yang telah ditinggalkan pada hari ini iaitu sunat bagi seorang lelaki yang ingin ke masjid mengambil wudu’ di rumahnya terlebih dahulu. Dalilnya ialah sabda Nabi saw: وَذَلِكَ أنَّ أَحدَهُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الوُضوءَ، ثُمَّ أَتَى المَسْجِدَ
Maksudnya: “Yang demikian itu kerana seseorang kamu apabila berwudu’ lalu memperelokkan wudu’ itu, kemudian datang ke masjid…”
Kelebihan Langkahan Kaki ke Masjid
Satu langkah seorang lelaki yang ke masjid dalam keadaan berwudu’ akan mengangkat darjahnya manakala langkah keduanya akan menggugurkan dosanya dengan syarat dirinya sentiasa ikhlas hanya kerana Allah. Dalilnya ialah hadis Nabi saw: ، ثُمَّ أَتَى المَسْجِدَ لا يُرِيدُ إلاَّ الصَّلاةَ، لاَ يَنْهَزُهُ إِلاَّ الصَلاةُ: لَمْ يَخْطُ خُطْوَةً إِلاَّ رُفِعَ لَهُ بِهَا دَرجَةٌ، وَحُطَّ عَنْهُ بها خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ المَسْجِدَ Maksudnya: “kemudian datang ke masjid dalam keadaan tidak berhasrat melainkan untuk solat, tidak menggerakkannya melainkan solat; dia tidak melangkah satu langkah melainkan diangkat untuknya disebabkan langkah tersebut satu darjat dan digugurkan daripada dirinya dengan sebab langkah tersebut satu kesalahan hinggalah dia memasuki masjid.”
KELEBIHAN Menanti Waktu Solat Selepas Satu Solat Fardhu Di Masjid
Seorang yang berada di dalam masjid selepas menunaikan solat fardhu untuk menanti waktu solat seterusnya dikira berada dalam keadaan solat. Dalilnya ialah hadis nabi saw:
فإِذا دَخَلَ المَسْجِدَ كَانَ في الصَّلاةِ مَا كَانَتِ الصَّلاةُ هِي تَحْبِسُهُ Maksudnya: “Seterusnya apabila dia telah memasuki masjid, adalah dia dalam solat selagi mana solat tersebut menghalangnya.
Doa Para Malaikat Untuk Orang Yang Berada Di Masjid
Para malaikat sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang yang berasda di masjid menantikan waktu solat seterusnya dengan syarat dirinya tidak melakukan perkara yang menyakitkan manusia lain dan juga sentiasa dalam keadaan suci dengan berwudu’. Dalilnya ialah sabda nabi saw: وَالمَلائِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ في مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ، يَقُولُونَ: اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيهِ، مَا لَم يُؤْذِ فيه، مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ.
Maksudnya: “Dan para Malaikat pula sentiasa berselawat ke atas setiap orang kamu selagi mana dia berada di tempat duduk yang dilakukan solat tadi sambil mereka (para Malaikat) berdoa; “Ya Allah, rahmatilah mereka. Ya Allah, ampunilah mereka. Ya Allah, terimalah taubat mereka”; selagi mana seseorang itu tidak menimbulkan gangguan; selagi mana dia tidak berhadas.”. |
posted by admin @ 4:04 PM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|