 |
Hubungan Terlarang dianggap halal? |
Saturday, October 4, 2008 |
Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah menjadi satu fenomena biasa yang tidak lagi dianggap janggal oleh masyarakat Islam sendiri. Melihat lelaki dan perempuan berpapasan berjalan dijalanan, berpimpin tangan, minum bersama, bergelak ketawa juga tidak dianggap sebagai suatu yang terlarang. Seorang isteri boleh keluar makan bersama lelaki yang bukan suaminya di waktu rehat tengahari atas nama "persahabatan".Kereta rakan sepejabat lelaki boleh ditumpang seorang perempuan untuk ke pejabat lalu berdua-duaan selama lebih setengah jam dengan pelbagai topik perbualan yang diselangi dengan gurau senda. malah ia berlaku dengan permintaan suami. Seorang wanita boleh menjawab telefon seorang lelaki dengan penuh gelak ketawa di hadapan sang suami.
Inilah bala yang mula menimpa umat akhir zaman. Perkara mungkar tidak lagi dianggap mungkar bahkan mungkin dianggap makruf oleh sebahagian umat Islam.Malah yang mungkar itu yang disuruh. Yang makruf akan dilarang. Jika ditegur perlakuan salah, akan ada yang berkata; apa salahnya lelaki keluar minum dengan wanita rakan sepejabat. APA SALAHNYA? MEMANG SALAH! TAPI YANG SALAH DIANGGAP MAKRUF.
Baginda Rasulullah saw pernah menimbulkan persoalan ini:
كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَمْ تَأْمُرُوا بِالمَعْرُوفٍ وَلَمْ تَنْهَوْا عَنْ المُنْكَرٍ ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ وأَشَدّ مِنْهُ سَيَكُونُ ، قَالُوا : وَمَا أّشَدُّ مِنْهُ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قاَلَ : كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا رَأَيْتُمُ الْمَعْرُوفَ مُنْكرًا ، وَرَأَيْتُمُ الْمُنْكَرَ مَعْرُوفًا ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَأشَدّ مِنهُ سَيكُونُ ، قَالُوا : وَمَا أَشَدُّ مِنْهُ ؟ قَالَ : كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا أَمَرْتُمْ بِالْمُنْكَرِ ، وَنَهَيْتُمْ عَنِ الْمَعْرُوفِ ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ وَأَشَدّ مِنْهُ سَيَكُونُ ...)) maksudnya:"Bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu tidak lagi menyuruh melakukan makruf dan tidak mencegah kemungkaran? Sahabat bertanya: adakah ia akan berlaku? Baginda menjawab; Ya, demi jiwaku yang berada di tanganNya malah yang lebih dahsyat lagi pun akan berlaku> mereka bertanya; apakah yang lebih dahsyat itu? baginda menegaskan; bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu melihat yang makruf itu sebagai mungkar dan yang mungkar pula sebagai makruf. mereka bertanya; adakah ia berlaku ya rasulillah saw? baginda menjawa; ya, malah yang lebih dahsyat lagi pun akan berlaku. mereka bertanya; apakah yang lebih dahsyat itu? baginda menjawab; bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu menyuruh melakukan yang mungkar dan mencegah perkara yang makruf. Sahabat bertanya; adakah ia berlaku ya Rasulallah saw? Baginda menjelaskan; ya malah lebih dahsyat lagipun akan berlaku.... kenapa ini berlaku? Bagi saya inilah kejayaan media massa menerusi tv dan akhbar yang telah berjaya mempromosi gaya hidup yang menjadikan hubungan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagai satu keperluan bersosial demi membina tamadun kononnya. Justeru, apakah jihad utama kita hari ini?
jawabnya ialah menguasai media-media ini untuk meminimakan impak negatifnya sekiranya menghalangnya secara total di luar kemampuan. Setiap orang perlu bertindak dalam ruang lingkup kemampuannya samada sebagai pemimpin yang berkuasa, atau rakyat yang boleh bersuara. |
posted by admin @ 2:15 AM   |
|
|
Jenayah Rasuah Menjadi Kebiasaan? |
Friday, October 3, 2008 |
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan harta kamu sesama kamu dengan kebatilan dan kamu hulurkan harta itu kepada para pemerintah agar kamu makan sebahagian daripada harta-harta manusia dengan cara dosa sedangkan kamu mengetahui.” Al-Baqarah 188. Manusia memerlukan harta bagi melunaskan pelbagai keperluan hidup. Namun harta perlu dihasilkan menerusi cara yang halal yang dibenarkan oleh syara`. Salah satu cara haram dalam mendapatkan harta ialah dengan memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Inilah peringatan daripada Allah kepada umat yang beriman dengan hari Akhirat menerusi ayat di atas. Hari ini jenayah rasuah dianggap satu kebiasaan dan keperluan untuk mendapatkan habuan dan projek tertentu daripada pihak berkuasa. Adakah kekayaan yang bakal dihasilkan nanti mampu menebus mereka daripada neraka Allah yang sangat panas? Rasulullah saw bersabda: لعن الله الراشي والمرتشي في الحكم Maksudnya: “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya dalam pemerintahan.” Hadis riwayat Tirmizi. Laknat bermaksud terusir daripada rahmat Allah. Bersediakah kita hidup tanpa mendapat rahmat Allah? |
posted by admin @ 12:27 AM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|