BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
DILEMA MB TERENGGANU; SIAPAKAH AGAKNYA?
Saturday, March 15, 2008
MALAYSIAKINI: (15 mac 08 2:37pm):Kedudukan menteri besar Terengganu kini masih lagi misteri apabila tiada sebarang tindakan atau tanda-tanda calon yang layak dilantik. Pertemuan antara semua wakil rakyat BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu di Putrajaya yang dijadual pagi tadi tiba-tiba dibatalkan.Pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Jusoh awal-awal lagi tidak diundang ke pertemuan ini. Pembatalan di saat-saat akhir ini sekali gus memanjangkan lagi spekulasi bahawa Idris tidak akan dilantik semula sebagai menteri besar.Majlis angkat sumpah Menteri Besar yang dijadual di Istana Maziah awal minggu ini juga ditangguhkan secara mendadak dan hingga kini tarikh itu belum ditetapkan.Idris memegang jawatan tersebut sejak 2004 selepas BN menang besar dengan merampas negeri itu daripada PAS dalam kempen 'gelombang biru'. BN berjaya mengekalkan 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.
MALAYSIAKINI:14 Mac 08 8:56pm (kemaskini 11:40pm) Selain drama pelantikan menteri besar Perlis, BN berdepan dengan satu lagi suasana tidak pasti tentang calon jawatan itu di Terengganu apabila Datuk Seri Idris Jusoh belum mengangkat sumpah hingga ke hari ini.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar yang dijadual di Istana Maziah awal minggu ini tiba-tiba itangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Satu sumber memberitahu Malaysiakini hari ini, setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid kemungkinan besar dicalonkan untuk jawatan tersebut.
Isyarat tentang itu, kata sumber itu lagi, sudah diketahui sewaktu senarai nama calon BN Terengganu diserahkan kepada Perdana Menteri menjelang 24 Februari lalu.
Rosol, wakil rakyat Ajil, menang buat kali ketiga berturut-turut dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. Sebelum kerajaan negeri dibubarkan, beliau memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan.
Sepanjang kempen pilihanraya umum lepas, tambah sumber itu yang turut terlibat dalam jentera BN, beberapa pihak di Terengganu sudah menduga Idris tidak akan dilantik semula untuk penggal kedua. Idris memegang jawatan tersebut selepas BN menang besar dengan merampas negeri itu daripada PAS dalam kempen 'gelombang biru'.
Sumber itu berkata, isu pengganti Idris "sangat sensitif" dan Rosol sendiri enggan berkata apa-apa.Sementara itu, semua wakil rakyat BN kecuali Idris dipanggil menghadap Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu esok di Putrajaya.
Pertemuan untuk membincangkan pelantikan menteri besar itu dijadual diadakan di sebuah hotel pada 11 pagi, lapor Bernama.
Laporan itu menyebut, Idris mengesahkan beliau tidak akan hadir di pertemuan esok.Keadaan tidak menentu di Kuala Terengganu sejak tamat pilihanraya umum Sabtu lepas membuka pelbagai spekulasi, antaranya pihak istana dikatakan tidak memberi perkenan Idris sebagai menteri besar. Pihak istana hari ini bagaimanapun dilaporkan menafikan pembabitannya dalam kemelut calon MB negeri itu.
Sewaktu dihubungi Malaysiakini semalam, Rosol enggan mengulas sebarang persoalan tentang isu tersebut. Beliau juga enggan mengulas calon-calon yang mungkin dilantik kepada jawatan itu.
Selain Rosol, nama wakil rakyat yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan itu ialah Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Datuk Ahmad Said (Kijal).
Ahmad pula bekas pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan.Mohamed, bekas pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan, memberitahu Malaysiakini semalam bahawa beliau tidak tahu-menahu tentang calon MB dan menegaskan Umno negeri berada di belakang Idris untuk jawatan itu.
Akhbar Harian Metro hari ini menamakan Alias Abdullah (Alor Limbat), yang berjaya menewaskan pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali pada Sabtu lalu, sebagai calon untuk jawatan kosong itu.
Asasnya, laporan itu dipetik, Alias mempunyai pendidikan agama sejak sekolah menengah dan seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.
Seperti Rosol, Alias dikatakan enggan membelakangkan Idris.
Din Adam (Bukit Besi), pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, turut disebut-sebut.
Idris sebelum ini berkata pelantikannya dan calon-calon lain terserah pada budi bicara istana.
Akibat menggugurkan beberapa exco negeri dan ketua bahagian dalam pilihanraya umum lalu, Idris dibantah secara terbuka oleh ahli Umno.
Perdana Menteri dan timbalannya mengakui bahawa kempen BN Terengganu menemui jalan sukar pada awalnya, namun parti itu berjaya mengekalkan 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
PAS berjaya mengambil kembali empat kerusi tambahan - Bukit Tunggal, Ladang, Bukit Payung dan Sura selain mengekalkan kerusi-kerusi di kubu kuatnya pada 2004.
Idris juga berdepan dengan beberapa projek kontroversi yang menjadi perbualan penduduk dan bahan kempen pembangkang, antaranya masjid kristal dan Piala Monsun.
posted by admin @ 3:41 PM   0 comments
Masjid Manakah Yang Paling Afdhal


Ketahuilah wahai saudaraku yang beriman, semua masjid di muka bumi Allah ini semuanya adalah sama kecuali masjid yang disebut oleh Nabi saw sebagai mempunyai kelebihan. Inilah yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi sebagaimana berikut:




‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏صَلَاةٌ فِي ‏ ‏مَسْجِدِي ‏ ‏هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا ‏ ‏الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ




Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw yang digelar sebagai Abu Hurairah radiyallahu `anhu bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Satu solat di masjidku ini lebih baik daripada seribu solat di tempat selainnya kecuali Masjid Haram.”

Abu `Isa Tirmizi berkata; hadis ini statusnya adalah Hasan lagi Sahih. Ia diriwayatkan daripada Abu Hurairah menerusi beberapa jalan periwayatan. Dalam bab ini juga terdapat riwayat daripada Sayyidina `Ali, Maymunah, Abu sa`id, Abu Jubayr bin Mut`im, Ibn `Umar, `Abdullah bin Zubayr dan Abu Zarr. Ia dikeluarkan juga oleh Imam Bukhari dalam Sahih beliau dalam bab kelebihan solat di masjid Makkah dan Madinah. Ia juga dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahih beliau dalam bab kelebihan solat di dua masjid Makkah dan Madinah.

Persoalan: masjid manakah yang lebih afdhal; Makkah atau Madinah?

Menurut Imam Nawawi dalam Syarh Muslim pada zahirnya hadis tersebut menunjukkan bahawa solat di Masjid Nabawi di Madinah lebih baik dan lebih besar pahalanya daripada solat di lain-lain masjid “kecuali” masjid haram.

Ulama pula berbeza pendapat dalam menghuraikan maksud “kecuali” dalam hadis tersebut bergantung kepada perbezaan pandangan mereka dalam menentukan manakah yang lebih afdhal antara Makkah dan Madinah.
Pandangan Imam Syafie dan majority ulama ialah Makkah lebih afdhal daripada Madinah.

Dalilnya ialah hadis riwayat Tirmizi dan Nasaei daripada sahabat nabi saw bernama `Abdillah bin `Adiy bin Hamra’ radiyallahu `anhu bahawasanya beliau mendengar Nabi saw bersabda ketika baginda berdiri di atas kenderaannya di Makkah:

“Demi Allah. Kamu adalah sebaik-baik bumi Allah di sisi Allah. Kalaulah tidak kerana saya diusir keluar daripada kamu pasti saya tidak keluar.” Menurut Tirmizi; hadis ini adalah Hasan lagi Sahih.

Justeru, masjid Makkah juga adalah lebih afdhal daripada masjid Madinah. Justeru bagi mereka maksud pengecualian dalam hadis tersebut ialah “solat di masjidku lebih baik daripada seribu solat di tempat lain kecuali masjid haram di mana kelebihan solat di dalamnya melebihi solat di masjidku.”
Dalil mereka lagi ialah hadis riwayat Imam Ahmad yang dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban daripada jalan periwayatan seorang Tabi`in bernama `Ata’ yang meriwayatkannya daripada sahabat Nabi `Abdullah bin Zubayr daripada Nabi saw: “Solat di Masjid Haram lebih afdhal daripada seratus solat di masjid ini (masjid Nabi)”

Dalam hadis riwayat Imam Bazzar –menurut beliau isnadnya adalah Hasan- dan Imam Tabrani pula daripada sahabat Nabi saw bernama Abi Darda’ daripada Nabi sw: “Solat di Masjid Haram menyamai 100 ribu solat. Solat di masjidku pula menyamai seribu solat. Solat di Bait Maqdis pula menyamai 500 solat.”

Imam Malik dan segolongan ulama berpandangan Madinah lebih afdhal daripada makkah. Justeru bagi mereka maksud pengecualian dalam hadis tersebut ialah “solat di masjidku lebih baik daripada seribu solat di tempat lain kecuali masjid haram di mana kelebihan solat di dalam masjidku berbanding masjid haram tidak melebihi seribu.
posted by admin @ 1:46 PM   0 comments
Berkenalan Dengan Bakal MB Selangor
Thursday, March 13, 2008

Siasahdaily: KUALA LUMPUR, 11 Mac: Bendahari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor adalah tokoh hebat dalam dunia korporat dan pengurusan.Beliau dijangka bakal membawa Selangor ke arah negeri maju untuk semua rakyat jelata. Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.
Dalam pilihan raya ini, Khalid menang di Dun Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti yang membanggakan.

Khalid adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata
Abdul Khalid lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan.
Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
Kerjaya
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.
Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor.
Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.
posted by admin @ 9:51 PM   0 comments
Istana Terengganu ‘tolak’ Idris?
Petikan Berita Utusan Malaysia KUALA TERENGGANU Rabu 12 Mac – Terengganu mungkin memperoleh Menteri Besar yang baru apabila nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan ‘tidak diperkenan’ oleh pihak istana untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua.
Sumber Istana Terengganu ketika dihubungi mengesahkan sehingga hari ini Idris tidak mendapat ‘restu’ untuk meneruskan tugas tersebut walaupun beliau berjaya mengetuai Barisan Nasional (BN) Terengganu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menurutnya, usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti calon untuk menerajui kerajaan negeri.
Bagaimanapun, ujar beliau, setakat ini nama-nama yang difikirkan sesuai belum diterima oleh pihak istana.
‘‘Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu Bab Kedua menyebut pelantikan Menteri Besar hendaklah terdiri daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
‘‘Yang ditekankan di sini bukanlah mereka yang mengetuai parti yang memenangi pilihan raya tetapi mana-mana seorang ADUN yang pada fikiran Sultan Terengganu boleh mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan yang mewakili rakyat negeri ini,” katanya.
Jurucakap itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Idris semalam yang menyerahkan kepada pihak istana untuk menentukan tarikh istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar serta kedudukan beliau sama ada dipilih semula atau tidak memegang jawatan itu.
Kedudukan Idris menimbulkan tanda tanya apabila istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar dan ahli Exco kerajaan negeri yang sepatutnya berlangsung pagi kelmarin di Istana Maziah di sini dibatalkan.
Mengulas lanjut, sumber istana itu berkata, Sultan Terengganu sebenarnya bukan melibatkan diri baginda dengan politik sehingga melampaui sempadan, namun apa yang baginda mahu ialah kepentingan dan kesejahteraan rakyat mendapat pembelaan.
Sumber itu menafikan pihak istana campur tangan berhubung pelantikan menteri besar yang baru. Katanya, terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menentukannya.
‘‘Pihak istana sebenarnya tidak campur tangan dalam pemilihan menteri besar, cuma istana mahu mereka yang menjadi menteri besar adalah mereka yang benar- benar diterima oleh rakyat.
‘‘Istana juga mahu mereka yang menjadi Menteri Besar berkemampuan untuk membawa kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan di kalangan rakyat,” katanya.
Setakat ini, antara nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan Menteri Besar Terengganu ialah ADUN Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid.
Turut disebut ialah ADUN Bukit Besi, Din Adam dan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said.
Kesemua mereka merupakan bekas ahli Exco kerajaan negeri pada penggal lepas.
Mohamed dan Rosol masing-masing bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan negeri serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri.
Din pula ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, manakala Ahmad merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri.
posted by admin @ 9:10 PM   0 comments
Keistimewaan MB Perak; Hj Nizar

Siasahdaily Khamis 13 Mac- Ramai yang tertanya-tanya bagaimana wakil rakyat Pasir Panjang dari PAS, Ir Mohamad Nizar Jamaludin, 51, dipilih sebagai Menteri Besar Perak padahal DAP mempunyai lebih ramai Adun (18) dan PKR juga mempunyai lebih dari PAS iaitu tujuh, manakala PAS hanya ada enam sahaja.

Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor utamanya adalah kerana dia paling layak di kalangan sembilan wakil rakyat Melayu dan beragama Islam yang ada di kalangan Adun DAP, PKR dan PAS yang membentuk kerajaan bersama itu.

PKR hanya ada tiga Melayu manakala PAS ada enam. DAP tidak mempunyai seorangpun Adun berbangsa Melayu dan beragama Islam. Menjadi syarat kepada MB Perak (sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya) adalah Melayu dan beragama Islam. Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.
Rakyat Perak bukan sahaja bakal memperolehi seorang Menteri Besar yang boleh memberikan khutbah Jumaat bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap empat bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.
Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya beliau memberikan kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul.

"Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).
Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.
Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.
Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.
posted by admin @ 9:05 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri