 |
Sekelumit Bicara Pembuka Kata |
Saturday, September 22, 2007 |
Alhamdulillah, pada hari ini Sabtu 22 September 2007 pukul 12.45 tgh, dengan limpahan kurnia daripada Allah, saya dapat menyempurnakan satu blog baru sebagai tambahan kepada laman web rasmi saya darulfuqaha.com. Blog ini barangkali akan saya jadikan sebagai medan untuk memberi respon kepada isu-isu semasa yang berlaku di dunia khususnya yang melibatkan umat Islam atau cetusan rasa seharian yang boleh dikongsi bersama umat untuk pengajaran bersama atau kegiatan harian saya insyaAllah. Sebenarnya tidak mudah untuk saya meluangkan masa mencoretkan sesuatu di alam maya ini lantaran pelbagai tugas yang perlu disempurnakan setiap hari, namun diharap kehadiran blog ini memberi semangat baru kepada saya untuk menjadi salah seorang penulis maya yang aktif. Doa muslimin dan muslimat saya pohon untuk memberi kekuatan kepada saya. Hari ini seperti biasa saya menyampaikan kuliah dhuha setiap hari sabtu bermula jam 9 -10.30 pagi di markaz rasmi kesayangan saya Darul Fuqaha, Sg. merab, Bangi. Ramai juga yang hadir pagi ini. Kuliah ini saya wujudkan dengan niat menjadikan Darul Fuqaha sebagai satu pusat ilmu tumpuan masyarakat terutama sekitar Bangi insyaAllah. 3 kitab utama pengajian ialah Tafsir Ibn Kathir, Hadis Bulugh al-Maram dan Hadis Riyad al-Solohin. Perbincangan tafsir hari ini bertumpu pada perbahasan tentang makna "Huda" dalam ayat ke 2 surah al-Baqarah. "Kitab itu tiada keraguan lagi merupakan "Huda"(petunjuk) bagi orang-orang bertaqwa". Menurut Ibn Kathir "Huda" atau petunjuk memberi dua maksud pertama mencipta iman dalam diri manusia. Kedua memberi tunjuk ajar kepada manusia. Yang pertama adalah milik mutlaq Allah manakala yang kedua adalah tanggungjawab manusia. Ertinya manusia muslim perlu berusaha memberi tunjuk ajar kepada manusia lain ke jalan yang diredhai Allah, namun Allah yang berkuasa penuh untuk mencipta keimanan dalam dirinya untuk mendorongnya bertindak ke arah jalan yang diredhai oleh Allah. Perkara ini juga disebut oleh Imam Qurtubi dalam tafsir beliau. Beliau menjelaskan hidayah dua. Satunya hidayah taufiq dan kedua hidayah Irsyad. Hidayah Taufiq ialah Allah membuka hati manusia untuk beramal dengan Islam. Manakala hidayah Irsyad ialah usaha tunjuk-ajar manusia kepada manusia yang lain. Hadis Bulugh al-Maram pula membincangkan tentang hukum berniat di waktu malam bagi orang yang berpusa. Nabi bersabda: "Sesiapa yang tidak berniat di waktu malam untuk berpuasa maka tiada puasa bagi." Hadis Riyad al-Solihin pula membincangkan tentang kisah Ka`ab bin Malik yang telah diterima taubatnya oleh Allah setelah dikenakan hukuman pemulauan selama 50 malam disebabkan beliau ketinggalan daripada berperang bersama nabi dalam perang Tabuk. Selesai kuliah Dhuha, segera saya berusaha menyusun kitab Hadis Bulugh al-Maram. Niat untuk menyusun buku sudah lama tetapi kekangan masa tidak mengizinkan. Hari ni sempat saya salin hadis-hadis Bulugh al-Maram dalam bab bersuci dan solat. Sebahagiannya sempat saya terjemahkan hari ni. Bakinya hari-hari lain pula insyaAllah. Doakan saya berjaya menyempurnakannya beserta dengan syarahan insyaAllah. Aamin... |
posted by admin @ 1:30 PM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|