BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
KELEBIHAN REJAB YANG DIADA-ADAKAN
Saturday, August 2, 2008
Sebahagian para penceramah agama yang kurang berhati-hati selalu mengaitkan "kelebihan" bulan rejab dengan peristiwa mu`jizat Isra dan mi`raj. Apa yang perlu difahami ialah tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ianya selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.
Benar, kita memang selalu membicarakan peristiwa ini bila tibanya bulan Rejab, namun ia tidak menjadi alasan mewajarkan kita mengaitkannya dengan kelebihan bulan Rejab. Menjelaskan kelebihan sesebuah bulan mestilah berasaskan ketentuan yang jelas daripada al-Qur’an atau Hadis. Kelebihan Rejab tidak dapat dinafikan kerana ia merupakan sebahagian daripada bulan-bulan haram yang dimuliakan sepertimana firman Allah :
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
Bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. “ (al-Taubah 9: 36)
Ulama sepakat bahawa bulan haram yang dimaksudkan oleh al-Qur’an ini ialah bulan zulkaedah, zulhijjah, muharram dan rejab sebagaimana sabit penjelasannya dalam hadis Sahih Bukhari. (Rujuk juga Tafsri Tabari, Qurtubi dan Ibn Kathir)
Cukuplah kita menyatakan: Rejab adalah bulan yang dimuliakan dalam islam, dan janganlah kita kaitakan pula dengan peristiwa Isra’ dan mi`raj.
posted by admin @ 9:32 PM   0 comments
isu mengambil upah ditimbulkan lagi
Dalam ruangan shoutbox terdapat seorang pelawat yang mempertikaikan upah yang dikenakan dalam rawatan perubatan. Saya telah jelaskan dalam ruangan sebelum ini tentang hukum mengambil upah kerana berubat berdasarkan hadis sahih kisah sahabat yang mengenakan upah sebanyak 30 ekor kambing untuk satu rawatan. Jadi jika ada yang masih mempertikaikan ia bererti dirinya tidak faham hukum berubat dalam Islam. Sekiranya pelawat tersebut tak faham hukum berubat dalam Islam, ia bukan kesalahan saya. Apakan daya, barangkali beliau mempunyai daya fikir yang lemah hingga tak dapat memahami hukum islam dalam berubat seperti yang saya terangkan. Begitulah persoalan ilmu. Tidak semua orang faham semua hukum. Sebab itu dalam pengklasifikasian orang berilmu ada yang tahap upsr saja. Ada yang ke peringkat PMR, seterusnya SPm, seterusnya ijazah pertama. Itulah perbezaan tahap kefahaman yang dijadikan oleh Allah kepada manusia.
Saya tidak menerima sedekah apabila memberikan rawatan. Ini kerana sedekah adalah untuk orang yang miskin. Saya bukan orang miskin. Allah memberikan nikmat kewangan yang cukup untuk perbelanjaan seharian saya Alhamdulillah. Justeru bagi para pesakit yang datang saya hanya memberikan rawatan. sekiranya pesakit memberikan hadiah setelah rawatan, saya menerimanya. Jika tiada pun tidak mengapa. Ini kerana hadiah bukan kerana imbalan melakukan sesuatu. ia hanyalah pemberian tanda kasih dan sayang. Apabila diberikan hadiah, Ada kala saya gunakan untuk diri saya. Selalunya saya sedekahkan ke tabung Darul Fuqaha.
Ada kala saya mengenakan bayaran. Namun, ia sangat jarang berlaku. Walaupun ia adalah hak yang dibenarkan oleh Syara` sebagaimana saya jelaskan sebelum ini. Sepanjang saya merawat berbelas tahun boleh dibilang dengan jari tangan jumlah rawatan yang saya kenakan bayaran. Jika bayaran dikenakan maka hukumnya ia adalah upah. Konsep upah mestilah dengan persetujuan orang yang nak menerima rawatan terlebih dahulu. Kalau bersetuju dengan upah boleh diteruskan. Jika tidak bersetuju pesakit boleh mencuba mendapatkan rawatan ditempat lain seperti di Darul Syifa dan darul salam yang tidka mengenakan sebarang bayaran.
Sekiranya pesakit bersetuju membayar, maka hukum Islam menyatakan dia wajib membayar setelah kerja yang diupah dijalankan. haram sekiranya dia tidak membayar. Setelah bayaran dilunaskan, pesakit juga tidak berhak mempertikaikannya. Bahkan haram mempertikai dan mengungkit kerana dia mengungkit sesuatu yang bukan miliknya. Apatah lagi pihak ketiga yang tidak terlibat dengan transaksi upah mengupah ini.
Dalam kes yang ditimbulkan oleh si pelawat dalam shoutbox, saya tertanya-tanya siapakah pesakit yang dikenakan bayaran "tidak berpatutan" oleh saya sebagaimana yang didakwa? Saya pun tertanya-tanya. Namun, saya tidak boleh berprangsangka kepada para pesakit yang senarai namanya yang tak sampai sepuluh orang tersebut. Ini kerana barangkali si pelawat shoutbox saya itu sahaja yang mempertikaikannya sedangkan si pesakit itu redha dengan bayaran yang dikenakan. Mungkin kerana tersalah dengar jumlah bayaran yang dikenakan atau memang sengaja mencari ruang mempertikaikan orang lain. Namun, dalam kedua-dua keadaan ia menggambarkan akhlak yang boleh dipertikaikan.
Kepada si pelawat tersebut, jika benar ada bayaran "tidak berpatutan" dikenakan kepada pesakit, sila si pelawat hubungi saya sendiri untuk saya kembalikan bayarannya kepada pesakit tersebut. Tapi nama pesakit mesti dinyatakan sebagai bukti. Si pelawat itu boleh menghubungi saya sendiri di talian 013 3621236 atau jika talian sibuk hubungi ust Azlan di talian 019 2677703 . sekiranya si pelawat tidak menghubungi talian yang diberikan, saya menganggap saudara pelawat itu hanya cuba menimbulkan prasangka masyarakat terhadap saya.
Cuma persoalan yang boleh ditimbulkan, kenapa pesakit yang dikatakan dikenakan bayaran itu tidak mengunjungi sahaja Darul Syifa dan bertemu Ust Harun Din untuk mendapatkan rawatan kerana di sana sememangnya tiada bayaran? Kenapa pula saya yang ditemui sedangkan Darul Syifa hanya 5 kilometer sahaja daripada tempat saya. kenapa saya pula ditemui sedangkan saya -kononnya- mengenakan "bayaran tidak berpatutan"? Agaknya kenapa ya?
Apa pun, kepada para pesakit yang melayari blog saya ini, sekiranya memerlukan khidmat rawatan saya, sedangkan saudara pula tidak berkemampuan, janganlah bimbang kerana tiada bayaran yang dikenakan kepada anda.
Namun, jangan pula terasa sekiranya saya menolak untuk memberikan rawatan kerana saya tidak mempunyai peruntukan masa yang banyak untuk menjalankan rawatan ini. Hanya berusaha mencelah untuk memberikan bantuan di celah-celah kesibukan kerja dakwah yang banyak lagi.
Saudara mempunyai pilihan lain. Darul Syifa bimbingan Dato Harun Din terbuka untuk memberikan rawatan secara percuma dengan jumlah para perawat yang ramai. Begitu juga DarusSalam di Gombak pimpinan Datuk Ismail Kamus. ia mempunyai ramai perawat yang sentiasa bertugas tanpa sebarang upah.
Kepada pelawat shoutbox saya tadi, saya ulangi lagi, sila hubungi saya atau Ustaz Azlan untuk mengembalikan upah sebanyak 4 ribu yang kononnya dikenakan kepada pesakit itu. Wassalaam.
posted by admin @ 8:50 AM   0 comments
Pengambilan Pelajar Kolej Islam Fuqaha
Pengambilan Pelajar Untuk Program Diploma Syariah & Pengajian Tafaqquh di BUKA SEKARANG

Pengajian PERCUMA di bawah bimbingan terus al-Ust Khairuddin at-Takiri sebagai Rektor
KOLEJ DARUL FUQAHA mengalu-alukan para pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi ulama akhirat untuk mengikuti 2 program

1. Program Diploma Syariah (untuk pelajar yang mempunyai asas Bahasa Arab)
Program Diploma akan berjalan selama 3 tahun sebelum menyambung pelajaran di tahun 3 atau 4 di peringkat Ijazah Pertama di Universiti-universiti di Indonesia)

2. Program Pengajian Tafaqquh (persiapan untuk para pelajar yang tidak mempunyai Asas Bahasa Arab)
Program Pengajian Tafaqquh disusun untuk pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti pengajian Islam dan menjadi ulama Akhirat. Program akan berjalan selama 1 tahun sebagai persiapan untuk memasuki pengajian Ijazah Pertama Pengajian Islam di universiti-universiti terkenal di negara Arab dan Indonesia.

Kedua-dua Program Pengajian menekankan kepada pengukuhan Bahasa Arab, Hafazan al-Qur'an, Pengajian Kitab secara Talaqqi, Pembinaan keperibadian pendakwah, Pembinaan ilmu yang mantap, Ketrampilan kepimpinan dan Asas keusahawanan. Matlamatnya ialah melahirkan ilmuwan islam yang hidup bermatlamatkan dakwah untuk mendapat redha Allah dan menjadikan sunnah perniagaan sebagai mata pencarian.

Syarat kemasukan
1) lepasan SPM
2) Minat yang tinggi untuk menjadi Ulama Akhirat
Hubungi Ust Harme 0192121972
posted by admin @ 8:19 AM   1 comments
Pengalaman Bernilai di Bintulu
Thursday, July 31, 2008
Jemputan ceramah Isra' Mi`raj di Bintulu selama 6 hari bermula 29 Julai hingga 3 Ogos memberi seribu macam pengalaman yang menarik. Pertamanya keramahan para petugas yang menguruskan perjalanan ceramah (antaranya abang Tuah, Hj Bakar, Hj Yusof, Ust Solahuddin; sekadar menyebut beberapa nama) serta sambutan menggalakkan ahli jamaah dalam mendengar ceramah yang disampaikan sangat mengkagumkan. Ditambah lagi dengan kesungguhan jiwa dakwah yang dipaparkan oleh para ustaz yang mengajar JQAF yang kebanyakannya dari Semenanjung sememangnya membangkitkan semangat juang. Berulang kali saya lafazkan di dalam hati bahawa saya hadir ke bumi dakwah yang subur.
Bintulu bukannya sebuah daerah yang besar. Dalam pada itu, masih banyak kerja Islam yang perlu dilakukan untuk ahlinya yang muslimnya bersifat minoriti. Satu projek pendidikan Tahfiz sedang cuba diusahakan di Bintulu oleh jawatankuasa Masjid Darul Hidayah. Ia adalah yang pertama di bumi Bintulu ini. Bangunan sedang dibina. Namun, perjalanan pengurusan masih kabur kerana belum berpengalaman menguruskan pusat seumpama ini. Saya diminta memberikan pandangan dan nasihat atas kapasiti pengalaman di Darul Fuqaha. Saya sangat berbesar hati dengan harapan seumpama itu. Saya memberikan komitment untuk menyiapkan kertas kerja lengkap perjalanan sebuah institut tahfiz insyaAllah.
Pertemuan dengan seorang pendakwah yang cergas iaitu ust Ali Fathullah Harun memberi ruang perkongsian pengalaman yang sangat berharga. Sejak belasan tahun beliau mengusahakan perkaderan bakal pendakwah untuk bumi Sarawak. Beberapa anak muda seusai SPM tanpa sebarang asas bahasa Arab dan agama dididik dan dimantapkan ilmunya sebelum dihantar melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama pengajian Islam di Indonesia dan juga di beberapa negara islam yang lain seperti Pakistan, Jordan dan Mesir. Ini bukan satu kerja yang mudah. Ia memerlukan jiwa dakwah dan pengorbanan yang tinggi. Usahanya telah membuahkan hasil. Salah seorang anak didik beliau menjadi tenaga utama penggerak masjid bahagian Bintulu iaitu ust Amin. Bahkan, dimaklumkan bahawa Dr. Juanda Jaya merupakan salah seorang anak didik beliau. ust Ali mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa IAIN di Indonesia. Darul Fuqaha akan mendapatkan khidmat beliau untuk membuat jaringan akademik antara Kolej Islam Fuqaha dengan IAIN di Indonesia InsyaAllah.
Beberapa kenalan lama juga rupanya berhijrah ke sini anataranya Ust Halim, pensyarah UPM kampus Bintulu dan Ust Shamsul Junaidi. Ada juga seorang jamaah aktif surau AnNur dan Surau al-Sobah Bandar Baru Bangi bernam HJ Ghani yang berhijrah kerja di Jabatan Kimia di sini dan sekarang aktif menghidupkan jamaah masjid di sini.
Bumi Islam tidak pernah sunyi daripada para pendakwah. yakinlah. Benarlah sabda nabi saw dalam sebuah hadis Sahih bermaksud: "Akan berterusan satu golongan di kalangan umatku tampil di atas kebenaran. Tidak memudaratkan mereka orang yang mencanggahi mereka sehinggalah datang perintah Allah."
posted by admin @ 5:35 PM   1 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri