BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
Politik Bangkangan Dalam Islam
Friday, February 15, 2008
Politik Bangkangan Dalam Islam
Oleh Mohd Khairuddin Aman Razali
B.A Univ. of Jordan, M.A al Al Bayt University, Jordan.
www.darulfuqaha.com / www.syeikh-takiri.blogspot.com

Politik merupakan satu perkataan yang merujuk kepada polisi pentadbiran dan pengurusan. Dalam konteks sebuah negara ia merupakan teknik dan kaedah pentadbiran dan pengurusan urusan kenegaraan. Politik pentadbiran negara merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana seorang Muslim terikat dengan hukum hakam dan peraturan Ilahi dalam mengurus dan mentadbir sesuatu apatah lagi sebuah negara yang akan melibatkan pengurusan kehidupan manusia di dalam pelbagai aspek kehidupan seperti sosial dan ekonomi.

Konsep ini sesuai dengan keadaan manusia sebagai “khalifah” di muka bumi Allah. Persoalan “khilafah” ini merupakan matlamat penciptaan manusia di bumi yang telah ditegaskan oleh Allah kepada para Malaikat sebelum manusia pertama dicipta. Firman Allah bermaksud : “ Dan ingatlah peristiwa tatkala mana Tuhan kamu berfirman kepada para Malaikat : Aku pasti meletakkan di muka bumi ini “khalifah”. Para Malaikat lantas bertanya(hikmahnya): Adakah kamu akan jadikan di muka bumi ini orang yang akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah? Sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji kamu dan mensucikan kamu? Allah berfirman: Aku tahu sesuatu yang kamu tidak tahu”. Al Baqarah : 30.

Imam Tobari menghuraikan maksud “khalifah” berasaskan riwayat yang disebut oleh Ibnu Mas`ud dan Ibnu `Abbas dengan makna “wakil’ dariKu untuk mewakiliKu dalam memerintah antara makhlukKu. ( tafsir Tobari juz 1, ms 237 ). Persoalan yang timbul adakah manusia bebas untuk memerintah bumi menurut perkiraan nafsu dan akalnya yang cetek? Jawapannya : Tidak! Malah manusia terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana dia sendiri adalah “wakil” kepada Allah. Bolehkah seorang wakil menyalahi peraturan orang yang diwakilinya? Justeru konsep politik islam menuntut keterikatan manusia dengan hukum hakam Allah dalam mengurus dan mentadbir muka bumi ini.

Ayat di atas menjadi dalil utama para ulama untuk menegaskan kewajipan melantik seorang pemerintah yang akan ditaati untuk menjadi tempat kesepaduan suara dan melaksanakan hukum hakam pemerintahan( Tafsir Qurtubi juz 1, ms 251). Hukum kewajipan melantik pemerintah atau kerajaan ini tidak menjadi khilaf di kalangan ulama. Pemerintah ini diperlukan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di kalangan makhluk dan melaksanakan peraturan Allah ke atas makhluknya. Justeru itulah Allah menegaskan kewajipan taat kepada para pemerintah di dalam firmanNYa bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!Dan taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan Uli al Amr (yang mempunyai hak membuat arahan) di kalangan kamu. Seterusnya jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali merujuk kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Itulah yang terbaik dan seelok-elok tafisran”. An Nisa’: 59.

Imam Qurtubi menjelaskan ayat ini merupakan arahan kepada rakyat kebanyakan agar taat kepada Allah iaitu dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, kemudian di tahap yang kedua taat pula kepada Rasul dalam segala arahan dan larangannya, kemudian di tahap yang ketiga taat pula kepada para pemerintah menurut pandangan jumhur ulama” ( Tafsir Qurtubi, juz 5, ms 224-225). Ada di kalangan para ulama di antaranya Ibnu `Abbas, Hasan bin Ali,Jabir bin Abdullah, Mujahid, ad Dohak, Abi `Aliyah dan Imam Malik yang mentafsirkan makna Uli Amri dengan makna ahli al Quran dan ahli Ilmu atau para Fuqaha dan ulama agama (Tafsir Tobari, juz 4, ms 150-152 ).

Ketaatan kepada pemerintah tidak mutlaq kerana ia terikat kepada sejauh mana para pemerintah taat kepada Allah. Justeru itu ayat di atas menyebut perkataan taat sebanyak dua kali ketika menyebut arahan ketaatan kepada Allah dan Rasul manakala perkataan “taat” tidak disebut ketika menyebut arahan taat kepada pemerintah. Ibnu Khuwaiz menyebut : “ Adapun ketaatan kepada pemerintah adalah wajib dalam perkara yang mentaati Allah dan tidak wajib dalam perkara ma`siat “. Kata al Qurtubi : “kerana itulah kami mengeluarkan fatwa bahawa para pemerintah zaman kami tidak boleh ditaati , dibantu dan diagung-agungkan ( kerana mereka melakukan ma`siat), tetapi wajib berjihad bersama mereka..” ( Tafsir Qurtubi juz 5, ms 224).

Kewajipan taat kepada pemerintah ditegaskan oleh baginda di dalam banyak hadis di antaranya: “Sesiapa mentaatiku maka dia mentaati Allah. Sesiapa mentaati pemerintahku maka dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhaka kepada ku dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang menderhakai pemerintahku dia telah menderhakaiku”. Malah baginda bersabda : “ Dengar dan taatlah kamu meskipun yang memerintah kamu itu seorang hamba berkulit hitam yang kepalanya bagaikan buah anggur kering”. Ali bin Abi Tolib menyebut: “Wajib ke atas pemerintah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila itu dilakukan wajib ke atas orang Islam mentaatinya kerana Allah memerintahkan kami mentaatinya dengan menunaikan amanah dan keadilan kemudian mengarah kami mentaati pemerintah”. ( Tafsir Qurtubi , juz 4, ms 224).

Apa yang dapat disimpulkan dari paparan di atas ialah :
1. Pemerintah wajib memerintah berdasarkan arahan dan hukum hakam Allah.
2. Apabila itu dilakukan menjadi kewajipan kepada rakyat mentaatinya.
Inilah konsep politik Islam. Bagaimanakah konsep ini boleh difahami? Seorang pemerintah diberi Bai`ah oleh rakyat untuk memerintah dunia berdasarkan kehendak Allah dan Rasul. Apabila Ba`iah ini tidak ditepati maka rakyat mempunyai hak untuk menurunkan pemerintah tersebut. Di sinilah datangnya konsep bangkangan dalam politik Islam. Kerana itulah Allah mengarahkan di akhir ayat di atas agar kembali kepada Allah dan Rasul dalam sebarang pertelingkahan.

Pemerintahan dalam Islam tegak di atas lima asas iaitu
Penggubal Undang-undang hanyalah Allah. Ia diungkapkan sebagai “ kedaulatan adalah milik Syara`” kerana sumber perundangan untuk segala urusan manusia yang mukallaf adalah Allah. ( Abdul Wahab Khallaf, Usul Feqah, ms 96). Ia berasaskan ayat bermaksud “tidak ada perundangan melainkan milik Allah”. Al An`aam:57, Yusuf 40, 67. Oleh kerana Allah adalah sumber maka pemerintah terikat dengan peraturan Syara`agar manusia aman dari sebarang kezaliman dan sikap bermaharajalela dengan kuasa tanpa ada yang mampu membangkang.
Melantik seorang pemerintah adalah wajib. Melantik lebih dari seorang adalah haram kerana ia membawa kepada perpecahan ummah dan kelemahan negara.
Syura di antara Imam dan rakyat adalah wajib. Ia bertujuan mengawasi para pemerintah agar tidak tersilap langkah dengan melakukan kemungkaran.
Pemerintah sahaja berhak untuk melaksanakan peraturan dan tindak-tanduknya berasaskan kepada kepentingan rakyat.
Pengawasan dan penilaian terhadap pemerintah adalah satu kewajipan ke atas rakyat.

Dari paparan di atas dapat difahami konsep bangkangan di dalam Islam. Bangkangan politik merupakan satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh rakyat untuk memastikan para pemerintah sentiasa taat kepada Allah dan Rasul. Bangkangan ini berasaskan kepada konsep Amr ma`ruf dan Nahi mungkar iaitu “mengarah melakukan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran”. Para Fuqaha silam yang membicarakan politik Islam mengungkapkannya dengan istilah “ Hisbah”.

Sifat bangkangan atas asas ini merupakan sifat asas bagi umat Islam. Inilah ciri keistimewaan yang ada pada mereka hingga mereka digelar oleh Allah sebagai “ sebaik-baik ummah”. Firman Allah bermaksud : “ Kamu adalah sebaik-baik ummah kerana kamu memerintahkan agar melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran dan kamu pula beriman dengan Allah. Sekiranya ahli kitab beriman nescaya itulah yang terbaik untuk mereka. Sebahagian mereka beriman dan kebanyakan mereka itu fasiq”.al Imran: 110

Bangkangan politik wajib kepada individu dan juga perkumpulan. Di antara dalil yang menunjukkan setiap individu berkewajipan berkecimpung dalam politik bangkangan ialah sabda baginda “ Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak mampu hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman”.Hadis riwayat Muslim, Turmuzi, Ibnu Majah dan Ahmad.

Bangkangan politik juga dilakukan dalam bentuk perkumpulan agar memberi kekuatan suara dan pengaruh yang kuat kepada pemerintah untuk meninggalkan kemungkaran dan melakukan kebaikan. Arahan bangkangan berkumpulan disebut oleh Allah dalam firmanNya : “ Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan Islam, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran. Dan merekalah orang yang benar-benar berjaya”. Al Imran : 104.
Allah telah memuji bentuk kerjasama yang ada di kalangan orang beriman dalam melakukan tugas besar ini. FirmanNya : “ Dan orang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka merupakan pembantu kepada yang lain. Mereka menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran”.at Taubah: 71.

Allah melaknat golongan Yahudi kerana sikap mereka yang tidak menentang kemungkaran. Firman Allah : “ Dilaknat orang yang kafir dari kalangan Bani Israel menerusi lidah Nabi Dawud dan Isa bin Maryam kerana mereka telah derhaka dan mereka telah melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan”. Al Maidah “ 78-79

Oleh kerana bangkangan politik dalam Islam merupakan satu tugas yang besar dan berasaskan kepada konsep amr ma`ruf dan Nahi mungkar, para ulama telah menggariskan beberapa adab yang mesti menjadi hiasan para pembangkang politik di antaranya :
mengikhlaskan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menyedari bahawa bangkangan ini dilakukan demi menunaikan kewajipan ilahi.
mempunyai ilmu yang boleh membezakan manakah perkara yang di larang dan diperintah agar tidak berlaku bangkangan dalam perkara ma`ruf dan mendiamkan diri dalam perkara kemungkaran.
Bangkangan atas asas nasihat beragama. Sabda baginda : “ Agama itu nasihat”. Para sahabat bertanya : untuk siapa?”. Jawab baginda : “ Untuk Allah, untuk RasulNya, untuk pemerintah Islam dan Rakyat”.
Bangkangan yang dibuat atas dasar kasih dan sayang kepada pemerintah Islam demi kebaikan Islam dan umatnya.
Sentiasa berdoa agar Allah memberi taufiq kepada para pemerintah untuk kembali bertaubat kepada Allah.
Memulakan dengan ungkapan yang lembut sebagaimana firman Allah kepada Musa dan Harun ketika diarahkan untuk berdakwah kepada Firaun: “ Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia amat melampaui batas. Seterusnya ucapkanlah oleh kamu berdua kata-kata yang lembut mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau merasa takut”. Toha : 43-44,
Berhikmah dalam mengatur strategi. Hikmah ertinya kebijaksanaan melakukan tindakan berasakan suasana dan situasi. Sekiranya situasi menuntut keras perlu bersikap tegas manakala jika situasi menuntut berlembut menggunakan kelembutan. Firman Allah : “ Serulah kamu ke jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik”.an Nahl :125
Jangan takut kepada ancaman sepertimana sabda baginda “ dan janganlah takut kepada celaan orang yang mencela”. Dan sabda baginda “Berkatalah benar meskipun ianya pahit”.

Bagi para pemerintah pula perlu berlapang dada dan beramal dengan konsep bangkangan yang telah digariskan oleh Umar al Khattab selaku khlaifah Islam yang kedua: “ Tidak ada kebaikan kepada kamu jika kamu engan nyatakan bangkangan kamu. Dan tidak ada kebaikan pada kami jika kami enggan mendengarnya”.

Kesimpulannya, POLITIK BANGKANGAN DALAM ISLAM MERUPAKAN SATU KEWAJIPAN UMMAH SEKIRANYA BERLAKU PENYELEWENGAN DI KALANGAN PEMERINTAH DENGAN MENINGGALKAN PERATURAN ALLAH DAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN.
BANGKANGAN TIDAK BERERTI HANYA MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG. BAHKAN IA PERLU DILAKUKAN OLEH SEMUA PIHAK SAMADA AHLI PARTI PEMERINTAH, AHLI PARTI PEMBANGKANG DAN MEREKA YANG TIDAK BERPARTI MENURUT KONSEP DEMOKRASI YANG DIAMALKAN PADA HARI INI, SEKIRANYA BERLAKU KESILAPAN DAN KESALAHAN DI PIHAK PEMERINTAH.

BANGKANGAN PULA HANYALAH DALAM BENTUK MEMBERI NASIHAT ATAU MENGGANTIKAN PEMERINTAH LAIN SEKIRANYA MAMPU TANPA MENGANGKAT SENJATA MENENTANG MEREKA KERANA IA MEMBAWA PERTUMPAHAN DARAH DAN PERPECAHAN YANG DIHARAMKAN.

DALAM PERKARA KEBAIKAN DAN KETAATAN PULA WAJIB KEPADA RAKYAT MENTAATI PARA PEMERINTAH UNTUK MENJAGA PERPADUAN UMMAH.
Justeru bangkangan tidak hanya terhad kepada politik kepartian malah ia perlu mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat dan setiap individu.
posted by admin @ 12:01 PM   0 comments
gurau senda rasulillah saw
Thursday, February 14, 2008
Anas juga menceritakan kisah seorang lelaki Badwi namanya Zahir bin Huram. Katanya, nabi memang menyukainya. Dia seorang yang manja. Suatu hari, dia dating menemui baginda untuk menjual barangannya. Baginda memeluknya dari belakang. Dia tidak nampak Rasulullah.
“lepaskan saya. Siapa ini?” katanya.
Dia berpaling dan menyedari ianya Rasulullah. Lantas, dia membiarkan belakangnya berada pada dada Rasulullah.
Siapakah yang ingin membeli hamba ini?” gurau Rasulullah .
“Wahai Rasulullah, kamu akan mendapatiku tidak menguntungkan,” ujar lelaki tersebut.
“Tetapi di sisi Allah kamu tidak merugikan,” tambah baginda lagi.
( Hadis riwayat al-Baghawi, dalam Sharah al-Sunnah dan Ahmad )
posted by admin @ 10:26 PM   1 comments
Rayuan Dana Wakaf
Wednesday, February 13, 2008

MUASSASAH DARUL FUQAHA
Lot 3283, Jln MPI, Sg.Merab Luar, 43000, Kajang, SELANGOR
Tel: 03 89267762 / Fax: 03 89266092 / Hp: 013 3621236
http://www.darulfuqaha.com Email : darulfuqaha@yahoo.com


Ruj Kami : MDF/01/02/08
Tarikh : 13 Februari 2008

Kepada,

Umat Islam Yang Prihatin

Tuan,
Per: Memohon Sumbangan Untuk Pembelian Tapak Komplek Ilmu Darul Fuqaha Bernilai RM 1.3 Juta

Merujuk kepada perkara di atas sukacita kami maklumkan bahawa Darul Fuqaha sedang berusaha mengumpul dana wakaf bagi pembelian tanah seluas 4 ekar di Kg Sg. Merab Luar, Bangi, di lot tanah GM 1627, Lot 3238, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Negeri Selangor yang bernilai RM 1.3 juta untuk pembinaan Kompleks Ilmu Darul Fuqaha.

2. Kompleks Ilmu Darul Fuqaha akan menjadi markaz utama Darul Fuqaha yang akan menempatkan Asrama Anak Yatim Darul Fuqaha, Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Akademi Pengajian Islam Fuqaha, Kolej Pengajian Islam & Tahfiz Fuqaha, Pondok Ilmu Warga Emas, Pusat Perlindungan Ibu Tunggal dan Pusat Tarbiyah Remaja

3. Darul Fuqaha merupakan sebuah badan amanah yang ditubuhkan pada tahun 2004. Visinya ialah menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan pendidikan untuk umat Islam khususnya ANAK-ANAK YATIM. Antara institusi pendidikan yang sedang dijalankan oleh Darul Fuqaha ialah Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (institusi pendidikan rendah & menengah bersepadu Tahfiz dan Akademik PERCUMA khusus untuk anak yatim), Kolej Pengajian Islam & Tahfiz Fuqaha (Institusi Pengajian Diploma Pengajian Islam Percuma), Sek. Ren Islam Pintar Tahfiz, Institut Tahfiz Profesional Fuqaha dan Akademi Pengajian Islam Fuqaha. Darul Fuqaha sangat aktif menjalankan program-program ilmu seperti forum, seminar, kursus dan kuliah ilmu.

4. Maklumat lanjut kami boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com atau blog peribadi saya selaku Pengerusi www.syeikh-takiri.blogspot.com.

5. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun kami di Bank Islam (no 12029010045684) atas nama “Dana Pembangunan Darul Fuqaha” atau dengan mengirimkan cek kepada kami atas nama “Dana Pembangunan Darul Fuqaha”.

6. Segala keprihatinan pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan “Jazakumullahu khaira”. Moga Allah membanyakkan lagi dan memberkati rezki pihak tuan. Aaamin ya Rabb.

Sekian. Wassalam.

Yang menjalankan amanah,

t.t
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Pengerusi Darul Fuqaha 013 3621236 / attakiri@ukm.my
posted by admin @ 12:47 PM   0 comments
Mana Lebih Afdhal ketika Solat? Lama berdiri atau Lama sujud?
Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini kerana terdapat beberapa hadis yang memberi petunjuk kelebihan kedua-dua keadaan. Menurut Syafie yang utama ialah lamakan waktu berdiri.


Antara dalilnya ialah:

1)Hadis Tirmizi daripada Jabir

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قِيلَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ قَالَ طُولُ الْقُنُوت[1]
Maksudnya: Daripada Jabir katanya, Nabi saw ditanya apakah solat yang paling utama? Jawab baginda saw: “lama berdiri”

Perkataan “qunut” dalam hadis ditafsirkan sebagai berdiri menurut sepakat ulama sepertimana ata Imam Nawawi. Tafsiran makna ini diperkuatkan lagi oleh hadis riwayat Abu Dawud yang menyebut secara jelas solat yang afdhal ialah lama berdiri.[2] Ibn Hajar pula menjelaskan makana “qunut” mempunyai kebarangkalian bermaksud “khusyu`.

2) hadis Abdullah ibn Mas`ud


صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَلَمْ يَزَلْ قَائِمًا حَتَّى هَمَمْتُ بِأَمْرِ سَوْءٍ قُلْنَا وَمَا هَمَمْتَ قَالَ هَمَمْتُ أَنْ أَقْعُدَ وَأَذَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
[3]
Maksudnya: “Saya solat bersama Nabi saw pada waktu malam. Baginda terus berdiri hingga aku terfikir untuk melakukan perkara buruk.” Kami bertanya: “apa yang kamu fikirkan? Katanya: saya terfikir untuk duduk dan meninggalkan Nabi saw.

Setengah ulama menyatakan sujud lama lebih utama berdasarkan:

1). Hadis riwayat Muslim daripada Thauban:

أَفْضَل الْأَعْمَال كَثْرَة السُّجُود
Maksudnya: “sebaik-baik amalan adalah banyakkan sujud.”

2) hadis riwayat Muslim daripada Abi Hurairah:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ[4]
Maksudnya: “seseorang itu paling hampir dengan Tuhannya di kala dia sujud”.
Kata Tirmizi

Ibn Hajar al-`Asqalani mengambil pendekatan ianya bergantung kepada keadaan dan orang.[5] Setengah ulama pula mengambil jalan tengah iaitu yang afdhal di waktu malam ialah panjangkan waktu berdiri manakala untuk waktu siang panjangkan sujud.

Kesimpulan:

Kelebihan sujud lama dalam solat tidak bererti ia lebih afdhal berbanding berdiri lama dalam solat. Hadis yang jelas menyebut bahawa solat yang paling afdhal ialah lama berdiri. Justeru, pandangan ini bagi saya lebih kuat.

[1] Hadis riwayat Tirmizi ( no 353).
[2] Rujuk Tuhfah al-Ahwazi, juz 1, hlm 420.
[3] Hadis riwayat Bukhari (no 1067).
[4] Hadis riwayat Muslim (no 744).
[5] Fath al-Bari, Juz 4, hlm 118.
posted by admin @ 11:43 AM   0 comments
Dua Hakim ke Neraka, Satu ke Syurga
Kejutan besar -- Lingam draf penghakiman Mokhtar Sidin, setiausahanya urus cuti Eusoff Chinn”.
Rujuk:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini sememangnya mengejutkan. Ini pula tajuk berita utama Berita Harian hari ini.
“Cuti Lingam, Eusoff dirancang, Bekas setiausaha dakwa pegawai BPR beri RM3,000 selepas kes ditutup”
Kedua-dua berita di atas bukan sahaja mengejutkan tetapi yang lebih penting MENGECEWAKAN. Isu yang sedang hangat diperkatakan 2,3 bulan ini ialah berkaitan integriti kehakiman. Prosiding Suruhanjaya Diraja untuk membuktikan kesahihan video Lingam telah berjalan beberapa minggu. Sepanjang prosiding ini berjalan masyarakat telah dipaparkan dengan wajah buruk tindakan beberapa hakim kanan negara yang gagal memaparkan integriti mereka.
Saya sentiasa berharap agar Suruhanjaya ini berjaya membersihkan palitan lumpur integriti para hakim kanan Negara. Saya berharap agar apa yang didakwa tidak berlaku. Namun, nampaknya sehari demi sehari berlangsungnya prosiding makin terserlah wajah buruk perjalanan kehakiman Negara.

Benarlah kata Nabi saw:

الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ قَاضِيَانِ فِي النَّارِ وَقَاضٍ فِي الْجَنَّةِ رَجُلٌ قَضَى بِغَيْرِ الْحَقِّ فَعَلِمَ ذَاكَ فَذَاكَ فِي النَّارِ وَقَاضٍ لَا يَعْلَمُ فَأَهْلَكَ حُقُوقَ النَّاسِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَقَاضٍ قَضَى بِالْحَقِّ فَذَلِكَ فِي الْجَنَّةِ[1]
Maksudnya: “ Hakim tiga jenis; dua hakim dalam neraka dan satu hakim dalam syurga. Seorang lelaki yang memutuskan hakiman tanpa berdasarkan kebenaran lalu dia mengetahuinya, maka dia dalam neraka. Seorang hakim tidak mengetahui keadaan tersebut, lantaran itu dia membinasakan hak-hak orang ramai, maka dia juga dalam neraka. Seorang hakim memutuskan kehakiman berasaskan kebenaran maka dialah yang berada dalam syurga.”
[1] Hadis riwayat Tirmizi (no 1244)
posted by admin @ 8:44 AM   0 comments
Hukum Wanita Haid Masuk Masjid Untuk Menuntut Ilmu
Tuesday, February 12, 2008
Soalan:
Apa hokum wanita yang datang haid duduk di dalam masjid untuk tujuan menuntut ilmu?
Jawapan:

1. HUKUM

Hukum yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal ialah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid.
Pendapat Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, Ibn Hazim Zahiri serta beberapa orang lain lagi pula ialah diharuskan.

DALIL YANG MENGHARAMKAN:

Dalil mereka yang mengharamkan ialah dua hadis Nabi saw:
Pertama: Hadis `Aisyah radiyallahu `anha

جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوُجُوهُ بُيُوتِ أَصْحَابِهِ شَارِعَةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ ثُمَّ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَصْنَعْ الْقَوْمُ شَيْئًا رَجَاءَ أَنْ تَنْزِلَ فِيهِمْ رُخْصَةٌ فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ بَعْدُ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ
Maksudnya: “Nabi saw datang ke Masjid Nabawi. Di kala itu muka pintu rumah para sahabat Nabi saw bersambungan dengan Masjid Nabawi. Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid” Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran. Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid, kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” [1]
Kedua : Ummu Salamah radiyallahu `anha.

دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْحَةَ هَذَا الْمَسْجِدِ فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ إِنَّ الْمَسْجِدَ لَا يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلَا لِحَائِضٍ

Maksudnya: “Baginda saw masuk ke pintung gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.”[2]
Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid.
Adapun melintasinya kebanyakan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan-keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid yang akan menitis. Dalilnya dua:
Pertama: firman Allah:

{ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ }[3]
Maksudnya: “(jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan orang yang melintasinya.”
Kedua: hadis `Aisyah yang mana baginda ketika berada di seberang sana masjid mengarahkan beliau menghulurkan kepada baginda hamparan solat. `Aisyah lalu memberi alasan bahawa beliau kedatangan haid. Nabi lantas bersabda:

لَيْسَتْ حَيْضَتُكِ فِي يَدِكِ
“Haid kamu bukan pada tangan kamu.”[4]

DALIL YANG MENGHARUSKAN:

Dalil mereka ialah kedua-dua hadis `Aisyah dan Ummu Salamah di atas adalah lemah. Dengan itu tiada dalil yang kuat yang boleh mengharamkan. Rentetan itu, hokum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hokum asal dalam melakukan sesuatu iaitu harus.[5]
PERBINCANGAN DALIL
Hujah yang mengatakan bahawa hadis Aisyah dan Ummu Salamah di atas adalah lemah telah dibantah oleh para ulama terkemudian antaranya Imam Syaukani. Bagi beliau kedua-dua hadis di atas samada berstatus Hasan atau Sahih dan kedua-duanya boleh dijadikan hujah dalam hokum.[6]
KESIMPULAN
Merujuk kepada soalan di atas, wanita haid yang ingin menuntut ilmu di masjid tidak boleh duduk di dalam masjid. Namun, mereka boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat seperti dewan kuliah yang asing yang tidak dijadikan tempat solat, tempat rehat di tingkat bawah masjid, tempat berwudu’, kawasan persekitaran masjid dan lain-lainnya.
Sekiranya ada yang ingin berpegang dengan pendapat kedua yang mengharuskan, mudah-mudahan itulah antara rahmat keluasan fiqh dan perbezaan pendapat dalam fiqh Islam. Wallahu a`lam.

[1] Hadis riwayat Abu Dawud (no 201).
[2] Hadis riwayat Ibn Majah (no 637).
[3] Al-Qur’an, surah al-Nisa’, ayat 43.
[4] Hadis riwayat Ibn Majah (no 624).
[5] Syauqani, Nayl al-Autor, juz 2, hlm 94
[6] Ibid, hlm 95.
RUJUKAN
1. Fatawa Lajnah Daimah li al-Buhuth al`Ilmiyyah wa al-Ifta’, juz 8, hlm 284.Fatwa no 5167.
2. Himpunan Fatawa dan Tulisan Syeikh Ibn Baaz, juz 10, hlm. 221.
3. `Azim Aabadi, `Awn al-Ma`bud.
4. Syauqani, Nayl al-Autor
posted by admin @ 3:31 PM   0 comments
Kemanusiaan Manusia Menerusi Islam
Monday, February 11, 2008
Umat Islam khususnya di Malaysia bumi tercinta ini berhadapan dengan krisis akhlak dan moral yang mengancam jatidiri manusia sebagai manusia.. Saban hari terpampang di dada-dada akhbar berita tentang perlakuan jenayah yang membabitkan umat Islam. Jenayah yang berlaku pula membabitkan nyawa, harta, dan maruah manusia.
Jenayah yang melibatkan jasad dan nyawa terancam seperti bunuh, dan pukul sudah menjadi santapan harian pembaca akhbar. Malah jenayah membunuh sudah mula dilakukan oleh remaja di peringkat umur persekolahan. Lebih meruncing lagi apabila jenayah tersebut berlaku di kawasan sekolah oleh pelajar sekolah agama pula. Amat memalukan!! Agama seolah terhina.
Pembunuhan yang berlaku dalam masyarakat bukannya pembunuhan biasa, tetapi adalah jenayah mengerikan melibatkan jasad yang dikelar, anggota dipotong, muka dihiris, mata dicungkil, kepala dipancung, perut dirobek-robek, badan dibakar hangus dan sebagainya. Ke manakah perginya kemanusian manusia? Apakah telah berganti dengan kebinatangan binatang? Hanya tutur kata yang belum bertukar.
Binatang tetap binatang tanpa boleh berkata-kata. Manusia tetap manusia dengan petahnya lidah berbicara. Tetapi manusia ingin menjadi binatang dengan baju yang dibuang untuk telanjang dikhalayak ramai. Manusia telah menjadi binatang apabila hubungan seks berlaku sebebasnya tanpa ikatan perkahwinan yang akhirnya menzalimi anak yang dilahirkan tanpa ikatan kekeluargaan.
Jenayah yang melibatkan maruah juga semakin bermaharajalela seperti pencabulan, rogol, homoseks, perzinaan atau bahasa lembutnya hubungan seks luar nikah dan sebagainya. Rogol bukan lagi dilakukan oleh orang perseorangan tetapi secara berkumpulan. Bahkan dilakukan oleh remaja di bawah umur atau si tua bangka yang nafsunya menggila. Ngerinya, yang menjadi mangsa adalah sikecil berumur setahun dua yang belum mengenal perbezaan antara lelaki dan wanita.
Apatah lagi jenayah harta yang tidak terbendung lagi seperti ragut, curi, samun, rompak. Bukan sahaja orang awam, malah anggota keselamatan yang diharapkan untuk membendung jenayah, ada yang bagai harapkan pagar, pagar makan padi. Ini merupakan suatu yang amat serius.
Jenayah bukan sahaja dilakukan oleh orang yang dianggap tidak terpelajar, malah golongan bijak pandai dan teknokrat negara juga melakukan jenayah melibatkan nyawa, harta dan maruah ini. Jenayah kolar putih sudah menular dan berakar umbi di dalam diri sebilangan pegawai kerajaan menerusi rasuah dan suapan. Kebanyakan pegawai kerajaan beragama Islam. Kebanyakan peniaga yang memerlukan projek bukan Islam. Tetapi berlaku sehingga menjadi bualan di kalangan para kontraktor; “Ada fulus, lulus”.
Bukankah Islam mengharamkan rasuah menerusi sabda baginda bermaksud: “ Pemberi rasuah dan penerimanya berada dalam neraka.” Pemberi dan penerima kedua-duanya perlu dikenakan hukuman. Tanpa pemberi tidak akan wujud penerima!! Inilah akibatnya apabila manusia hanya bijak tetapi tidak berakhlak. Umat Hud bijak memahat bukit untuk dijadikan mahligai. Umat Firaun bijak mencipta pyramid yang masih menjadi misteri dan rahsia dunia sehingga ke hari ini. Mereka bijak. Ya! Malangnya mereka tidak berakhlak.
Manusia tidak boleh bahagia hanya dengan cemerlang akademik tetapi hancur akhlak dan moral. Akhirnya nilai integriti masyarakat akan lenyap dalam timbunan nafsu serakah membolot kekayaan. Justeru itu baginda bersabda bermaksud: “ Aku diutuskan semata-mata untuk menyempurkan akhlak mulia manusia.” Tetapi ke manakah perginya hadis nabi ini? Tidakkah ia selalu di baca?
Suasana ini mengajak kita bertanya; ke manakah hala tuju hidup umat Islam kini? Bukankah Islam agama keamanan yang memberi keselamatan kepada umat Islam dan rahmat kepada golongan bukan Islam yang bernaung di negara umat Islam. Sepatutnya umat manusia mengecapi keamanan di bumi yang di diami oleh umat Islam kerana agama mereka menjamin keselamatan agama, nyawa, harta, akal dan maruah manusia?
Manusia hanya bahagia apabila lima keperluan hidup mereka terjamin iaitu agama, nyawa, harta, maruah dan akal. Untuk menjaga agama, Islam menolak kehidupan tidak beragama langsung seperti atheis dan menurunkan peraturan yang tegas terhadap golongan yang mempersendakan agama Islam.
Demi menjaga nyawa manusia, disyariatkan peraturan Qisas yang menetapkan hukuman balas kepada pelaku jenayah yang melibatkan anggota dan nyawa. Allah berfirman bermaksud: “ Diwajibkan ke atas kamu melakukan Qisas (hukuman balas) dalam jenayah bunuh; orang merdeka dengan merdeka dan hamba dengan hamba…” ( Al Baqarah: 178)
Demi menjaga harta manusia Islam menetapkan peraturan yang keras kepada pencuri dengan dipotong tangan dan perompak dengan dipotong tangan dan kaki secara bersilang.
Demi menjaga keselamatan maruah diharamkan zina dan hubungan luar nikah serta homoseks dan lesbian. Malah pelakunya dikenakan hukuman berat dengan disebat atau di hukum rejam. Sebagai benteng awal Islam mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tidak dibenarkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan. Rasululullah bersabda bermaksud: “ janganlah seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang perempuan melainkan ada bersamanya mahramnya.” ( hadis Bukhari)
Demi menjaga keselamatan akal diharamkan minum minuman yang memabukkan. Apabila akal hilang manusia hilang pertimbangan. Sifat kemanusian akan hilang diganti sifat kehaiwanan. Ketika itu, rakan boleh dibunuh hanya dengan kemarahan kecil dan zina berlaku walaupun dengan anak sendiri.
Kenapa semua ini berlaku sedangkan kita muslim? Tidak ada jawapan yang boleh diberikan melainkan kerana kita meninggalkan cara hidup Islam yang dianjurkan. Pengajaran Islam hanya tinggal pengajaran dan teori untuk menjadi pusaka dalam buku-buku peperiksaan di alam rendah dan menengah yang seterusnya diwariskan zaman berzaman.
Benarlah firman Allah bermaksud: “ Sesiapa yang berpaling meninggalkan peringatanKu, sesungguhnya baginya kehidupan yang amat sukar.” (Taha: 124)
posted by admin @ 1:01 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri