 |
Menyambung Rahim Penyebab Lapang Rezki |
Thursday, September 24, 2009 |
 Ramai orang mahu kaya tapi malangnya mereka tidak merujuk kepada agama untuk mengetahui kunci-kunci kekayaan. Hadis Nabi saw secara jelasnya menyebut menyebut usaha menyambung rahim adalah antara kunci kepada kelapangan rezki. Rasulullah saw bersabda bermaksud: "sesiapa yang mahu dipanjangkan umurnya dan dilapangkan rezkinya hendaklah dia menyambung rahimnya." Rahim merujuk kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan darah. Imam Zubaydi dalam Ittihaf al-Saadah al-Muttaqin menyebut bahawa rahim terbahagi kepada dua iatu rahim yang wajib disambung dan rahim yang sunat disambung. Rahim yang wajib disambung merujuk kepada kerabat yang menjadi mahram yang terdiri daripada antaranya ibu, ayah, datuk, nenek, moyang dan seterusnya ke atas, anak, cucu, cicit dan seterusnya ke bawah, ibu dan bapa saudara, datuk dan nenek saudara, anak,cucu dan cicit saudara. Yang sunat disambung pula ialah kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, dua pupu dan seumpamanya.
Persoalannya sejauh mana kita prihatain dengan kaum kerabat yang berstatus mahram ini? Kita barangkali masih berhubung rahim dengan ibu,bapa, anak dan cucu. tetapi bagaimana dengan ibu dan bapa saudara? Ramai yang tidak mempunyai kesungguhan untuk merapatkan hubungan dengan mereka. Apatah lagi sekiranya ada kalangan ibu dan bapa saudara yang mempunyai masalah hubungan dengan bapa atau ibu mereka. Anak-anak akan terikut-ikut dengan ibubapa mereka yang bermasalah lantas terus memutuskan hubungan rahim dengan ibu dan bapa saudara yang merupakan mahram yang wajib disambung oleh mereka.
Bagamana pula dengan datuk dan nenek saudara? Moyang saudara? Saya bimbang masyarakat Islam hari ini tidak lagi merasakan mereka adalah sebahagian daripada mahram yang wajib disambung hubungan rahimnya.
Mungkin ada yang berfikir, berhubung rahim dengan datuk dan moyang saudara tentu menyusahkan apatah lagi sekiranya mereka orang-orang miskin. Tentu ada sedikit sebanyak perlu dihulurkan bantuan.Sebenarnya sekiranya mereka sememangnya miskin inilah peluang untuk kita menghlurkan bantuan kepada mereka. Ini kerana sedekah kepada orang mempunyai hubungan kerabat lebih aula berbanding dengan orang yang tiada hubungan kerabat. Dua pahala akan diperolehi. Satunya pahala bersedekah. keduanya pahala menghubungkan rahim sebagaimana dijelaskan oleh para alim ulama berdasarkan petunjuk beberapa hadis.
Dan sebenarnya inilah peluang untuk kita mendapat rezki yang lapang.
Sebilangan orang tidak mahu membentuk kumpulan kerja di kalangan adik-beradik dan sanak saudara. Alasan mereka ialah nanti timbul pergaduhan dan perbalahan yang memutuskan terus hubungan.Ini juga pandangan yang silap. Membentuk kerja dan kerjaya untuk mendapatkan rezki secara berjamaah di kalangan ahli keluarga mendatangkan barakah. Di sinilah kelapangan rezki akan datang.
Jangan hairan jika sekiranya di sana terdapat sedikt sebanyak pertelingkahan kerana syaitan sentiasa cba memutuskan hubungan antara manusia apatah lagi antara yang bersaudara. Itulah ujian keimanan yan perlu ditangani dengan iman.
Yang pasti, nikmatilah kelapangan rezki menerusi hubungan rahim yang disambung dan dieratkan. Cubalah! Pasti anda merasai nikmatnya. Saya telah merasai nikmatnya sejak beberapa tahun yang lalu alhamdulillah. |
posted by admin @ 11:45 PM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|