|
Lailatul Qadar malam 20 Ramadhan / Isnin 1 Oktober 2007? |
Saturday, October 6, 2007 |
|
posted by admin @ 4:36 PM |
|
|
Bertudung Tapi Tidak Menutup Aurat |
Tuesday, October 2, 2007 |
Banyak orang teruji dengan berpakaian secara islam. Lebih malang lagi apabila para guru agama atau asatizah juga gagal mempamerkan wajah pakaian Islam menerusi isteri-isteri mereka. Bertudung barangkali menjadi pakaian ramai wanita islam kini..tapi adakah sifat tudung itu benar-benar menutup aurat? Allah berfirman: وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ Maksudnya: 'dan hendaklah wanita-wanita melabuhkan tudung mereka ke atas "jayb" mereka." Imam Qurtubi menukilkan pandangan Muqatil dan al-naqqasy dalam mentafsirkan ayat ini. Muqatil mentafsirkan perkataan "jayb" dengan maksud dada. Berkata al-Naqqasy: keadaan melabuhkan tudung ialah menjatuhkannya hingga menutup dada.
Ini bererti tudung mestilah labuh hingga menutupi dada.
Justeru perlakuan wanita hari ini yang membelit ekor tudung mereka ke tengkuk sahaja dan membiarkan dada terdedah tanpa ditutup oleh tudung adakah menepati perintah menutup aurat dalam ayat? |
posted by admin @ 5:00 PM |
|
|
Hukum Zakat Orang Yang Berhutang |
Monday, October 1, 2007 |
Adakah Zakat diwajibkan ke atas orang yang masih mempunyai hutang?
Seseorang yang mempunyai sejumlah harta yang mencukupi nisab zakat dan cukup pula tempoh setahun, wajib membayar zakat menurut pendapat yang paling kuat di kalangan ulama. Hukum ini termasuk orang yang mempunyai hutang yang belum dilunaskan.
Ini berdasarkan dalil umum daripada al-Qur’an: خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ واللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Maksudnya: “Ambillah daripada harta mereka sedekah (zakat) yang mensucikan mereka dan menyuburkan (harta) mereka dengannya. Dan berdoalah ke atas mereka. Sesungguhnya doa kamu itu satu ketenangan bagi mereka. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (al-Taubah: 103). Bukhari juga meriwayatkan daripada Ibn `Abbas bahawa nabi saw mengutuskan Mu`az ke Yaman dan mengarahkannya dengan sabda baginda: أعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة في أموالهم Maksudnya: “Bagitau mereka bahawasanya Allah mewajibkan ke atas mereka zakat pada harta mereka.”
Begitu juga Nabi saw mengarahkan para amil mengutip zakat daripada orang yang diwajibkan tanpa mengarahkan mereka bertanya adakah mereka mempunyai hutang atau tidak.
Apa yang perlu difahami ialah zakat harta satu kewajipan, manakala membayar hutang satu kewajipan lain pula. Zakat harta wajib pada harta yang masih berada di tangan. Justeru selagi belum digunakan untuk dilunaskan hutang maka ia tetap diwajibkan zakat apabila cukup masa dan nisab.
Mudah-mudahan zakat yang dibayar itu menjadi sebab kepada barakah harta yang membolehkannya melunaskan hutang. Dan barangkali juga kegagalannya membayar hutang disebabkan keengganannya membayar zakat pada harta yang di tangan. Justeru bayarlah zakat dan mohonlah kepada Allah agar diberi bantuan untuk melunaskan hutang.
Namun sekiranya hutang dibayar daripada harta yang ada sebelum harta tersebut cukup tempoh setahun (cukup haul) maka kewajipan zakat hanya pada baki harta yang tinggal. Harta yang telah diberikan sebagai bayaran hutang tidak dikenakan zakat.
Sekiranya hutang tersebut dituntut ketika itu juga oleh pemiliknya, maka bayarlah hutang tersebut dan bayarlah zakat daripad baki harta. |
posted by admin @ 4:35 PM |
|
|
Barakah Harta Pada zakat |
|
Tengahari tadi saya sampaikan tazkirah di Takaful Ikhlas bertajuk zakat membina ekonomi ummah. Saya sebutkan apa yang kita perlukan ialah barakah ekonomi untuk ummah. Barakah bererti kebaikan sedikit tapi manfaatnya banyak. Kebaikan harta yang berlegar di tangan umat islam hari ini sekiranya mendapat barakah pasti mencukupi untuk seluruh umat. Dengan itu masalah kemiskinan dapat ditangani. Kemiskinan tak mungkin dapat dihapuskan tapi sekurang-kurangnya ialah orang miskin dan memerlukan sentiasa mendapat pembelaan daripada golongan yang berada. Kekayaan yang barakah yang ada di tangan orang kaya pasti melimpah dan cukup untuk membela golongan miskin. Barakah itu akan dapat diperolehi antaranya menerusi zakat. Allah berfirman: "Ambillah daripada harta mereka satu sedakah (zakat) yang menyucikan mereka dan menyuburkan mereka dengannya." |
posted by admin @ 3:55 PM |
|
|
Pilihan raya pelajar & pandangan Naib Cancelor |
|
Sabtu malam ahad 29 september saya dijemput berceramah di kolej Aminurrasyid , UPSI, Tanjung Malim. Tajuk : mencari nur lailatul qadar...menariknya majlis dihadiri juga oleh Naib Cancelor UPSI..tahniah pada Naib canselor yang nampaknya meminati program ilmu sehingga bersedia turun walaupun di malam hari. Selepas selesai ceramah, para pelajar pula sibuk berkempen pilihanraya. Samalah juga di UKM tempat saya mengajar. Sebab semua universiti akan berpilihanraya serentak 2 oktober nanti. sempat juga saya mendengar 2, 3 orang calon berkempen menjelaskan manifesto mereka....menarik juga..hangat.. Saya difahamkan sudah 2 tahun sebelum ini tidak ada pilihanraya pelajar di UPSI. Kata naib cancelor pada saya ketika makan ringan (beliau baru menjawat jawatan setahun 9 bulan sebagai Naib cancelor) ...kita tak boleh sekat pelajar berpilihanraya....berkempen....meluahkan pandangan kerana pemimpin negara yang hebat hari ini adalah hasil kebebasan bersuara yang mereka kecapi ketika di menara gading satu masa dahulu. Bagus juga cara fikir Naib cancelor ini yang merupakan seorang wanita sama seperti UM dan UKM....macamana pula dengan naib cancelor universiti lain? Saudara/i boleh bersetuju dengan pandangan beliau? tepuk dada tanya iman.... |
posted by admin @ 3:00 AM |
|
|
Bala pakaian wanita Islam akhir zaman |
|
Saya sangat bimbang dengan gaya berpakaian wanita Islam dewasa ini. Rata-rata mereka memakai seluar yang gagal menutup susuk badan mereka. Salah ke pakai seluar? Tak salah sekiranya menutup aurat. Salahnya apabila ia tidak cukup untuk menutup aurat. MUngkin ada wanita berkata: saya dah tutup aurat..pakai seluar dah tutup warna kulit. Cukuplah tu...Betul ke? Menutup aurat bagi wanita bukan sekadar tidak menampakkan warna kulit. Tapi juga tidak memperlihatkan bentuk badan. Seluar yang dipakai oleh ramai wanita Islam hari ini jelas memaparkan susuk pinggang dan punggung mereka. Bagi mereka itu sudah cukup untuk menutup aurat. Ini kefahaman yang salah... Kalau nak pakai seluar jgak? Bole...tapi labuhkan pakaian saudari hingga ke bawah punggung...luaskan pakaian anda sehingga tidak menampakkan susuk pinggang saudari.. Jumaat lepas saya tegur seorang pelajar saya kerana pakai tudung yang jarang menampakkan tengkuk. Ini satu lagi bala umat akhir zaman. Pelajar ni mengambil jurusan pengajian Islam. Kalau bakal ustazah pun gagal menghayati pakaian Islam bagaimana pula dengan pelajar-pelajar lain? kerja dakwah sebenarnya masih banyak perlu dilakukan. Marilah kita menjadi para pendakwah Islam... |
posted by admin @ 2:41 AM |
|
|
|
KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
|
|