 |
terjemahan Kitab al-Azkar Imam Nawawi Bhgn 2 |
Thursday, January 19, 2012 |
Terjemahan
Fasal. Ketahuilah bahawasanya sewajarnya bagi orang yang sampai kepadanya sesuatu tentang kelebihan- kelebihan amalan beramal dengannya walaupun sekali agar dia tergolong di kalangan ahlinya. Dan tidak wajar meninggalkannya sama sekali malah dia perlu melakukannya kadar yang bole kerana Nabi saw bersabda di dalam Hadis yang disepakati kesahihannya (oleh Bukhari dan Muslim)
وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
bermaksud: "Apabila saya memerintahkan kamu melakukan sesuatu maka kamu datangilah daripadanya apa yang terdaya."
Fasal. Para Ulama di kalangan ulama Hadis, Fiqh dan lain-lain berkata; harus dan sunat beramal dalam perkara fadhail (kelebihan- kelebihan amalan), targhib dan tarhib (galakkan beramal dengan amalan wajib dan sunat dan ancaman melakukan perkara haram dan makruh) dengan Hadis Dha'if (Hadis Lemah) selagimana ia bukannya Hadis Palsu. Adapun dalam perkara halal dan haram, jual beli, nikah kahwin, bercerai dan lainnya maka tidak boleh beramal melainkan dengan Hadis Sahih atau Hasan melainkan untuk berhati- hati dan berawas. Contohnya apabila datang Hadis Lemah menjelaskan makruh beberapa jenis jual beli atau pernikahan maka sunatnya ialah menjauhkan diri daripadanya tetapi tidak wajib. Saya sebutkan fasal ini kerana akan datang dalam kitab ini Hadis-hadis yang saya jelaskan status Sahih atau Hasan atau lemahnya, atau saya diamkan kerana ketidakpastian terhadapnya atau lain- lain, jadi saya mahu tegaskan kaedah ini bagi orang yang membaca Kitab ini.
Fasal. Ketahuilah bahawasanya sebagaimana sunat berzikir sunat juga duduk dalam halaqah dan kumpulan orang- orang yang berzikir. Dalil- dalilnya sangat jelas dan akan datang pada tempatnya nanti insyallah. Cukuplah dengan Hadis Ibn Umar radiyallahu anhuma katanya; Rasulullah saw bersabda
" إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا " . قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ ؟ قَالَ : " حلق الذِّكْرِ " .
Maksudnya: "Apabila kamu melalui kebun- kebun syurga maka makanlah semewah- mewahnha. Para Sahabat Rasulullah saw bertanya; Apakah itu kebun- kebun syurga wahai Rasulullah saw? Baginda bersabda; Halaqah dan kumpulan zikir kerana sesungguhnya Allah Taala mempunyai Malaikat- malaikat yang bergerak mencari kumpulan- kumpulan zikir. Apabila mereka mendatangi orang- orang berzikir ini mereka melingkungi mereka. (Hadsi riwayat Ahmad, Tirmizi dan Baihaqi. Tirmizi menilainya sebagai Hasan Gharib dan juga dinilai Hasan oleh Suyuti.
Kami riwayatkan dalam Sahih Muslim daripada Muawiyah r.a berkata; Rasulullah saw keluar ke satu kumpulan di kalangan Sahabat baginda lalu bertanya; apa yang mendorong kamu duduk bersama? Mereka menjawab; Kami duduk mengingati Allah dan memujiNya atas hidayah dan kurniaan Allah kepada kami menerima Islam. Baginda bersabda, demi Allah, tidak mendorong kamu duduk melainkan itu? Sesungguhnya saya tidak meminta kamu bersumpah kerana menuduh kamu tetapi kerana Jibril datang bertemu saya lalu menceritakan bahawa Allah Taala berbangga dengan kamu di khalayak Malaikat.
Kami riwayatkan juga dalam Sahih Muslim daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a dan Abi Hurairah r.a bahawasanya mereka berdua memberi kesaksian terhadap Rasulullah saw bersabda;
Maksudnya: " Tidak duduk satu kaum mengingati Allah melainkan para Malaikat melingkungi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenangan turun ke atas diri mereka dan Allah menyebut mereka di khalayak makhluk yang ada di sisinya."
Fasal; Berzikir berlaku dengan hati dan berlaku juga dengan lidah. Yang lebih afdhal ialah menerusi hati dan lidah kedua-duanya sekali. Sekiranya dia berpada dengan salah satu maka dengan hati lebih afdhal. Kemudian tidak wajar untuk dia meninggalkan zikir dengan lidah beserta hati kerana bimbang disangka riya, malah dia perlu berzikir dengan kedua- dua cara dan diniatkan mendapatkan redha Allah. Kami telah datangkan sebelum ini kata- kata Fudhail bin 'Iyad r.h bahawa meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya. Sekiranya manusia membuka pintu perhatian manusia dan berwaspada daripada timbulnya sangkaan-sangkaan yang batil tentu akan tertutup banyak pintu- pintu kebaikan dan dia telah mensia- siakan bagi dirinya sesuatu yang besar berkaitan urusan- urusan agama yang penting dan ini bukanlah jalan orang yang arif.
Kami riwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.a berkata; Turun ayat berikut tentang berdoa:
قل ادعوا الله أو ادعوا الرحمن أيا ما تدعوا فله الأسماء الحسنى ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها وابتغ بين ذلك سبيلا ( 110
Maksudnya:" Janganlah kamu menguatkan suara dengan doa kamu dan janganlah juga bersuara rendah dan carilah antara kedua- duanya satu jalan" al- Isra: 110. |
posted by admin @ 8:03 AM   |
|
|
|

KALAM MUQODDIMAH |
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga
dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan
al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.
|
IKIM.FM |
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
|
PERKENALAN |
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008)
Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
KELAHIRAN
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.
PENDIDIKAN
Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat
keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut
untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik
menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat
diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990,
hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992
dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.
Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor
dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master
diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah
Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`
Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk:
"Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."
PENGALAMAN BERTUGAS:
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa.
Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah.
Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
TUGAS SEKARANG
Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha
AKTIVITI PENGLIBATAN
Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif&
Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg,
Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku
Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis
(buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
PENULISAN BUKU
Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam
PERHUBUNGAN
saya boleh dihubungi di
talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com
baca lagi..
|
MUTIARA KATA TAKIRI |
Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan
|
Previous Post |
|
Archives |
|
KALENDAR |
|
SOAL-JAWAB HUKUM |
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU,
PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER
UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING
|
Powered by |
 |
|